Chapter 68 : The Lich

1.2K 125 35
                                    


Sanzo agak terkejut melihat keadaan dalam rumah tersebut,seperti dalam dungeon kerana ruangan dalam amat luas dan besar. Pheara pula menyeru pedangnya,Ikhwan pula menggunakan api merah untuk dijadikan obor bagi menyuluh kawasan gelap.

"Hurmm.. Ini betul ke dalam rumah?" soal Pheara kehairanan.

"Ini lah salah satu kuasa yang ada pada Akashic Records.." jelas Ikhwan.

"Akashic Record yang master katakan,apakah ia sebenarnya?" soal Sanzo ingin tahu.

"Akashic Records ni boleh dikatakan catitan dunia.. Setiap dunia mempunyai Akashic Records sendiri.. Sesiapa yang memilikinya mampu mengubah nasib dunia.. Malah mengubah nasib seseorang.." ujar Ikhwan dengan nada yang dingin di hujung kata-kata.

"Yang ada pada Dark Sorcerer ni?" soal Sanzo.

"Hanya pecahan skroll.. Akashic Records of Mithgar,mempunyai beberapa skroll.. Salah satu adalah yang aku baru beritahu." ujar Ikhwan.

"Akashic Records of Nightmare?" soal Sanzo dan Ikhwan mengangguk sahaja.

"Tapi bagaimana ia boleh sampai sini..?" soal Sanzo lagi.

"Ada kalanya,kau tidak boleh tahu semua benda.. Maaf Sanzo.." kata Ikhwan tersenyum kelat.

Sanzo terdiam dan Pheara sekadar tersenyum,mereka mengangguk faham dan terus melangkah. Dark Sorcerer pula ketika itu,memegang skroll hitam dan tersenyum.

Ikhwan berhenti dari terus berjalan,lalu menghalang Sanzo dan Pheara dari terus mara. Sanzo dan Pheara kehairanan,pada masa itu sesuatu berbentuk bayang ungu hitam timbul dari permukaan lantai.

Sedikit demi sedikit bayang itu membentuk wajah,Ikhwan hanya memerhatikan tanpa emosi. Tiga bayang menyerupai mereka,Ikhwan,Sanzo dan Pheara.

"Itu kita?" soal Pheara.

"Mimic dah digunakan huh?" soal Ikhwan.

Ikhwan terus melepaskan kuasanya,Sanzo memeluk Pheara dan Dark Sorcerer terkejut. Sebelum segala-galanya menjadi putih dan Dark Sorcerer,melutut menggigil dan bayang dipanggil mimic terus lenyap.

"Kau pandang rendah pada aku?" soal Ikhwan dengan aura yang menakutkan,Dark Sorcerer terkejut serta berpeluh mukanya. 

Walaupun tidak bertembung secara berdepan,suara Ikhwan jelas kedengaran di telinga Dark Sorcerer.

"Berani betul kau gunakan benda bukan milik kau..." ujar Ikhwan lagi.

Sanzo hanya memerhatikan gurunya sahaja,Pheara juga sekadar mendiamkan diri. Dark Sorcerer mengetap gigi,lalu menggunakan kuasa pada skroll hitam.

Suasana menjadi sunyi seketika dan mereka bertiga,hanya sekadar memerhatikan sekeliling. Tidak lama lepas itu muncul askar berzirah di setiap sudut,Ikhwan sekadar menghela nafas pendek.

"Sanzo,kau uruskan.." ujar Ikhwan dan Sanzo agak terkejut.

"Baik master.." ujar Sanzo mengangguk,lengan baju ditarik oleh Pheara.

"Saya ingin bantu.." kata Pheara dan Sanzo tersenyum lalu mengangguk.

"Bagaimana master?" soal Sanzo dan Ikhwan menghela nafas pendek.

"Suka hati kau.." kata Ikhwan pula.

Askar berzirah mula mara menyerang mereka,Sanzo terus menarik katana miliknya. Sekelip mata askar berzirah itu dipotong,lalu hancur menjadi debu. Pheara pula memegang dua bilah pedangnya,lalu terus meluru ke arah askar berzirah tersebut.

TANG!!

ZRASSHH!!

Dua askar berzirah dipancung dengan mudah,salah satu askar berzirah ingin menyerang hendap. Sanzo pula muncul dan tangannya,berubah bersisik dan bercakar lantas menghayunkan penumbuk sehingga tembus zirah askar hantu itu.

 GODDESS & THE IMMORTAL™ (C)Where stories live. Discover now