Apa yang dijelaskan oleh Lucas mengejutkan semua yang berada di dalam dojo,Pheara juga tidak menyangka identiti Igdes begitu rumit.Sanzo sekadar mendiamkan diri,tidak memberi reaksi atau pandangan. Dia memandang ke luar tingkap,Sanzo hanya mengeluh sendirian.
"Sanzo?" soal Pheara dan Sanzo hanya tersenyum mengusap kepala kekasihnya.
"Tiada apa-apa.." ujar Sanzo.
Irish tersenyum melihat keadaan itu,Aphys pula hanya merapati ibunya. Irish sedar tindakan puterinya itu,hanya memeluknya dan mengusap kepala Aphys.
"Kau sudah bebas dari kawalan Igdes huh? Siapa yang rungkaikan sumpahan tu?" soal Lucas.
Semua yang ada menuding jari menunjukkan ke arah Sanzo,Lucas tersengih dan hanya ketawa kecil sahaja.
"Apa yang lucu?" soal Sanzo.
"Tiada apa.. Cuma kau benar-benar menyerupai ayah kau.. Kekuatan serta personaliti.. Aku bagaikan melihat pantulan imej Kenji.." jelas Lucas.
"Adakah dia kuat?" soal Sanzo dan semua terkejut dengan soalannya,Lucas hanya tersenyum sahaja.
"Sudah tentu.. Dia adalah Demon Hunter yang terkuat pernah aku bertembung.." jelas Lucas.
"Kau adalah demon.. Bagaimana kau boleh rapat dengan ayah aku?" soal Sanzo.
"Aku juga tertanya-tanya sampai sekarang.." jelas Lucas dan Sanzo tersenyum kemudian ketawa kecil.
"Jawapan kau sama dengan ayah aku.." Sanzo membalas dan Lucas serta yang lain mendengar sahaja.
"Apa maksud kau?" soal Lucas.
"Ayah aku pernah bercerita.. Dia ada seorang kawan dari puak demon.." jelas Sanzo dan Lucas membesarkan matanya.
"Aku tanya.. Bagaimana dia boleh berkawan dengan demon sedangkan dia adalah demon hunter.." tambah Sanzo memejamkan matanya.
"Dia senyum dan jawab.. Ayah juga tertanya-tanya.."
Lucas tersentak dan tersenyum kemudian menundukkan kepalanya,giginya dirapatkan kemudian kembali mengangkat kepala memandang ke arah Sanzo.
"Aku perlu pulang.." jelas Lucas dan Sophia yang berada di sisi hanya tersenyum.
"Ayah?" soal Astia dan Rea hanya mendiamkan diri,Tez pula sekadar memerhatikan ayahnya.
Sanzo hanya mengangguk sahaja,tidak menghalang atau bertanyakan soalan. Lucas melangkah keluar dan berdiri di halaman dojo,semua sekadar memerhatikan dia sahaja. Lucas menghalakan tangan ke satu arah,bulatan hitam kemerahan terbuka iaitu pintu portal ke dunia syaitan.
"Jadi sampai waktunya.. Kita bertemu lagi.." kata Lucas dan berubah ke bentuk syaitannya.
Lucas melangkah masuk ke portal,sekelip mata terus hilang portal tersebut. Sanzo mendongak ke langit,entah kenapa dia tidak sedap hati dan merasakan sesuatu yang buruk berlaku.
Pada masa yang sama,Ruka baru pulang dari membeli barang yang dipesan oleh ibunya. Dia kini dalam perjalanan pulang,namun seseorang berada di hadapannya.
Ashliel berdiri sambil tersenyum ke arahnya,Ruka merasakan sesuatu yang tidak kena dari individu di hadapannya. Ruka segera berpatah balik,Ashliel menghalakan tapak tangannya dan Ruka tersentak sebelum rebah.
Ashliel berjalan menghampiri Ruka yang tidak mampu bergerak,tubuhnya bagaikan lumpuh dan tidak mampu menggerakkan walaupun jari-jemarinya.
"Maaf si kecil.. Pinjamkan tubuh kau ya?" Ashliel berkata dan tangannya mula bersinar-sinar.
YOU ARE READING
GODDESS & THE IMMORTAL™ (C)
RomanceApa yang kau akan lakukan jika dewa sendiri menjadi musuh kau? Dunia akan berakhir bagi kau jika itu berlaku? Malangnya itu bukan pilihan Yamasato Sanzo,seorang manusia demigod dan seorang yang telah hidup beratus tahun. Hidupnya selama ratusan tahu...