Sanzo duduk berehat sambil menyandar pada dinding,di tepi beranda kayu sambil menikmati teh hijau. Matanya redup memerhatikan keadaan tenang di halaman,namun hanya seketika apabila jeritan Irene dan Tez kedengaran."Mula dah..." ujar Sanzo dengan muka blur.
"JANGAN LARI SI MIANG!!" Irene mengejar Tez dengan lembing di tangan,lalu ditujah ke arah Tez.
"AKU TAK BUAT APA-APA PUN! AKU LALU JE LAH!!" Tez berlari mengelak tusukan lembing Irene.
"Jangan nak berdalih!! Kenapa awak ada di hadapan pintu bilik mandi?!" soal Irene.
"Itu... Err..." Tez ingin menerangkannya,tetapi serba-salah.
"Itu apa?!!" Irene menghayunkan lembingnya.
"Ada seluar dalam terjatuh di hadapan pintu,aku tergamam sampai tak boleh nak bergerak.." kata Tez.
Irene mengetap gigi dan teringat,itu adalah kepunyaan dia dan terjatuh tanpa disedari. Irene merenung tajam ke arah Tez,mata Irene bersinar dan aura kuat terasa.
"Matilah demon tak guna.." ujar Irene.
"Serius arr!?" Tez berkata dengan bengang.
Irene menghayunkan lembing beratus kali,Tez mengelak sahaja dan paling teruk Irene hanya berkemban sahaja. Tez langsung tidak boleh fokus,Irene pula tidak perasan keadaan dirinya.
Sampai satu tahap ikatan tuala terlerai,maka Irene kini dalam keadaan tidak memakai apa-apa.
Krik.. Krikk...
Suasana sunyi seketika dan Irene tergamam,Tez terdiam dan menelan air liur sahaja. Tez dan Irene berpandangan seketika,Irene mukanya merah padma dan mengetap gigi.
Tez dengan mulut mengalir darah,tersenyum pasrah kerana dia akan mati lepas ni.
"MIANG!! GATAL!! HIDUNG BELANG!! PEROGOL!! SAYA AKAN CINCANG AWAK!!" Jerit Irene dan meluru ke arah Tez.
"OI! OI! TUTUP BADAN KAU TU LA!!" Tez pula membalas dengan menutup matanya menggunakan tapak tangan.
Langkah Irene terhenti dan Tez menghela nafas lega,atau tidak kerana Irene tubuhnya sedikit demi sedikit bersalut pakaian lalu lengkap berzirah. Melihat keadaan itu muka Tez,menjadi blur dan pasrah.
"Aku lupa dia adalah Valkryie.." kata Tez tersengih.
Irene menghayunkan lembing dengan sekuat hati,Tez terus tercampak keluar merempuh tingkap sambil diperhatikan oleh Sanzo. Irene merengus geram dan beredar,mukanya merah padma dan menahan marah.
"Tez! Baiki tingkap tu nanti!" ujar Sanzo melihat Tez yang tercampak keluar.
Ebisu,Takemikazuchi dan Bisha hanya berpandangan. Melihat Tez jatuh di hadapan mereka dalam keadaan terbalik,apa yang berlaku kepada dia?
"Err.. Hello?" soal Bisha menyucuk jari pada pipi Tez,air muka menjadi pucat.
"Bagaimana keadaan dia Bishamonten?" soal Takemikazuchi.
"Dia dah mati..." ujar Bisha.
"Aku..hidup..lagi..la.." kata Tez dengan tiba-tiba,Ebisu hanya menghela nafas pendek.
Pheara yang baru menyaksikan keadaan riuh-rendah tadi,hanya mampu menggelengkan kepala dan dia pula baru sahaja menyidai pakaian dibantu Aphys dan Astia.
"Awak tak risaukan abang awak ke Astia?" soal Pheara dan Aphys mengangguk setuju dengan soalan Pheara.
"Jangan risau.. Abang saya kuat.." balas Astia tersenyum manis.
YOU ARE READING
GODDESS & THE IMMORTAL™ (C)
RomanceApa yang kau akan lakukan jika dewa sendiri menjadi musuh kau? Dunia akan berakhir bagi kau jika itu berlaku? Malangnya itu bukan pilihan Yamasato Sanzo,seorang manusia demigod dan seorang yang telah hidup beratus tahun. Hidupnya selama ratusan tahu...