Suasana yang suram di medan peperangan,Ikhwan hanya memerhatikan sahaja dua orang individu di hadapan dia..Zahhak Nightwing
Marvus Raphael
Dua orang musuh yang pernah dia hadapi,serta berjaya menghentikan kemaraan niat jahat mereka.
Agak lama Ikhwan menatap mereka,kemudian keluhan nafas kecewa dihelakan.
"Apa masalah kau ha?" soal Zahhak mula bengang.
"Tiada apa.. Cuma terfikir aku akan berlawan dengan korang sekali lagi.." ujar Ikhwan tersenyum.
"Aku mendengar kau mengeluh.. Kenapa?" soal Marvus dengan muka bersahaja.
"Sebab aku perlu kalahkan kamu berdua lagi sekali.." jelas Ikhwan dan mereka berdua merenung tajam.
"Ouhoo.. Nampaknya Sungguh Yakin..." Marvus berkata dengan tersengih.
"Kamu berdua serang lah cepat.." kata Ikhwan menghela nafas pendek,Hazen yang memerhatikan dari tadi hanya tersengih.
DUUUSSH!!!
Tumbukan padu,Zahhak dan Marvus hayunkan dengan serentak. Ikhwan pula dengan mudah,berjaya menangkap tinju mereka berdua.
"Sial kau!! Jangan pandang rendah pada aku!" ujar Zahhak.
"Terlalu bongkak memakan diri kau.. Raja Naga.." Marvus mencelah.
"Sejak bila korang aktif bercakap banyak ni?" soal Ikhwan dan menghasilkan tekanan impak.
Marvus dan Zahhak tergerak berganjak,ke belakang dan Zahhak ingin mara. Namun Ikhwan mengacukan dua pucuk pistol,sepucuk di kanan jenis seperti semi-auto dan besar dari pistol biasa. Manakala sebelah kiri jenis revolver,Hazen bersiul melihat keadaan tersebut.
Bam!!
Bam!!
Bam!!
Tembakan bertalu-talu dilakukan,Zahhak dan Marvus terkejut cuba menahan. Namun tembakan Ikhwan mencederakan bahagian bahu Zahhak,Marvus segera berlari untuk mencari tempat berlindung.
"Sial!" Zahhak di tapak tangannya keluar cahaya gelap keunguan.
Zahhak mencampakkan cahaya gelap keunguan,ke arah Ikhwan namun tindakan Ikhwan hanya menyarung pistol revolver miliknya. Ikhwan segera menarik keluar selaras senjata seperti sejenis senapang,dia menembak cahaya gelap keunguan.
BRAAM!!
BOOMM!
Letusan yang hebat berlaku dan Hazen,yang menyaksikan keadaan itu sekadar tersengih.
"Cowboy time. Yeah..!" ujar Hazen.
Zahhak menyeru busur dan memanah laju,ke arah Ikhwan dan Marvus juga membantu menambahkan kekuatan.
TUSSH!!
TUSSH!!
Serangan anak panah yang dihasilkan dari bayang,laju menyerbu ke Ikhwan. Namun Ikhwan hanya menyimpan senapangnya,kemudian menarik pistolnya.
BAMM!!
BAMM!!
BRAAM..!!!
Lagaan tiga kuasa berlaku,lalu mengakibatkan letupan yang amat kuat. Asap tebal juga terhasil,Zahhak meluru keluar dari kepulan asap itu.
KRASSH!!
Pedang Zahhak ditahan oleh Ikhwan,menggunakan badan pistolnya. Sekadar senyuman sahaja Ikhwan berikan,Zahhak guruh berdentum dan Ikhwan menyedari itu serangan daripada Marvus.
YOU ARE READING
GODDESS & THE IMMORTAL™ (C)
RomanceApa yang kau akan lakukan jika dewa sendiri menjadi musuh kau? Dunia akan berakhir bagi kau jika itu berlaku? Malangnya itu bukan pilihan Yamasato Sanzo,seorang manusia demigod dan seorang yang telah hidup beratus tahun. Hidupnya selama ratusan tahu...