Sanzo hanya memerhatikan ke satu arah,dia merasai daya kuasa yang amat dikenali. Ikhwan yang sedang berhadapan Zahhak dan Marvus,Ikhwan sekadar tersenyum sahaja. Sanzo juga turut tersenyum,dia memandang ke arah Kenji."Ayah saya..akan ke Kayangan.." jelas Sanzo dan yang lain selain Pheara hanya mampu tersenyum sahaja.
"Masa untuk berhadapan dengan Igdes.. Kita akan tamatkan segala-galanya.." kata Sanzo lagi dan tidak lama lepas itu,Lucas diiringi Lohrryn muncul dari portal hitam.
"Need a help..?" soal Lucas.
"Of course uncle.." balas Sanzo.
Lucas menunjukkan portal hitam itu,Sanzo dan Pheara berpandangan. Pheara mengangguk tanda bersetuju,Tez dan Elene serta yang lain memerhatikan mereka berdua.
KRAKKK!!!
GRAAHH!!!
ARGGHHH!!!!
Mereka mendengar bunyi yang kuat,berlaku dan membuatkan mereka semua menoleh.
"Ada lagi natang beruk semua ni??" Tez menggosok belakang leher.
"Selagi punca tidak dihancurkan.. Semuanya akan berterusan.." jelas Osiris.
"Tiada pilihan lain la nampaknya.." Sophie berkata menjeling ke arah suaminya.
"Lama saya tidak nampak awak dalam penampilan seperti itu." kata Lucas.
"Kenapa? Awak nak ke?" soal Sophie dengan senyuman menggoda.
"Kalau awak tiada masalah.. Ia sudah beratus tahun.." jelas Lucas dengan senyuman nakal.
"My dear parent,keep that for a while.. We got a problem over here.." Tez berkata bengang.
Army of Dead berlari meluru ke arah Sanzo dan yang lain,Sanzo ingin mara namun Kenji terus melepasi Sanzo dan sekelip mata Army of Dead hancur begitu sahaja.
"Oto-sama!" ujar Sanzo dan Kenji mengangkat tangannya.
"Kau pergi ke atas.." ujar Kenji dan Sanzo terkejut kemudian tersenyum.
"Uncle Lucas.. Tolong.." kata Sanzo dan Lucas tersenyum mengangguk.
Portal hitam itu berubah dan menunjukkan satu tempat,dia menoleh ke arah Sanzo. Pheara berjalan ke hadapan,Asheia menyentuh bahunya.
"Jangan risau nak bertarung.. Kami sudah pindahkan orang - orang kita.." jelas Asheia.
"Terima kasih Empress.." ujar Pheara.
"Tez,kau bantu mereka.." kata Lucas.
"Saya akan turut sertai!" Elene juga mencelah.
Tez mengangguk faham dengan arahan ayahnya,Sanzo hanya memerhatikan portal itu dan menoleh ke arah Pheara.
Anggukan sahaja yang diberikan oleh Pheara,Sanzo tersenyum dan menoleh ke arah Tez dan Elene. Mereka berdua mengangguk tanda sudah bersiap-sedia,Sanzo segera melangkah masuk ke dalam portal bersama Pheara dan yang lain.
Iris hanya memerhatikan sahaja mereka hilang dari pandangan,Asheia menyentuh bahunya dan mereka berdua berbalas anggukan kepala. Osiris menyeru pedang berwarna keemasan,dia harus bertahan sementara Sanzo dan Pheara ke Kayangan.
ZRASSH!!
Kenji membelah puluhan Army of Dead dengan mudah,dia melakukan dengan senyuman tidak lekang dari mulut.
KRAKKK!!
Lucas merobek zirah besi salah satu Army of Dead sehingga terputus,menjadi dua dan menikam musuh dengan kejam.
YOU ARE READING
GODDESS & THE IMMORTAL™ (C)
RomanceApa yang kau akan lakukan jika dewa sendiri menjadi musuh kau? Dunia akan berakhir bagi kau jika itu berlaku? Malangnya itu bukan pilihan Yamasato Sanzo,seorang manusia demigod dan seorang yang telah hidup beratus tahun. Hidupnya selama ratusan tahu...