Chapter 80 : Truth

1.1K 119 18
                                    


Igdes berdiri merenung kristal berwarna hitam,seseorang berada di dalamnya.

Tetapi siapa?

Ia berbeza dari kristal yang mengurung Sophiriel,hanya sekali imbas seorang lelaki yang berkedut sedang lena di dalam kristal tersebut.

Tiba-tiba kedengaran bunyi tapak kaki mendekati dia,Igdes menoleh ke belakang dan Ashliel melutut ke arahnya.

"Ashliel.." ujar Igdes.

"Tuan.. Saya baru sahaja menyiasat dari tempat tuan arahkan.." jelas Ashliel.

"Apa yang kau dapat?" soal Igdes.

"Ia kosong.. Tiada apa-apa.. Cuma kubur yang kosong.." jelas Ashliel dan Igdes terkejut kemudian mengetapkan gigi menahan marah.

"Tuan?" soal Ashliel.

"Kau boleh pergi..." kata Igdes.

"Tapi tuan?" Ashliel mula risaukan keadaan tuannya.

"AKU KATA PERGI!!" bentak Igdes dan Ashliel tersentak lalu segera beredar.

Ashliel mengetap gigi menahan marah,disebabkan Igdes lebih tinggi pangkatnya buatkan dia tidak boleh buat apa-apa.

Hases berjalan sambil bersiul ternampak Ashliel,dia ingin menyapanya namun air muka Ashliel seperti mahu telah orang buatkan Hases batalkan niatnya.

"Apahal minah tu? Datang bulan ke?" soal Hases berbisik selepas Ashliel melepasinya tanpa menghiraukan kewujudan dia.

"Lebih baik aku jangan ganggu.. Aku tak nak mati.."

Igdes mengetap gigi dan kemarahannya memuncak,dia benar-benar marah kerana rancangan dia gagal. Semuanya kerana manusia bernama Sanzo,penumbuknya digenggam sekuatnya.

"Yamasato Sanzo.. Kalau kau tidak wujud..."

Igdes bersumpah dia akan hapuskan Sanzo,bersama-sama Pheara serta yang menentang dia.

Hakesyuh!!!

Tez membuat muka blur,yang lain agak terkejut mendengar Sanzo bersin.

"Kau okay ke?" soal Lucas tersengih.

"Ada orang mengumpat aku.." kata Sanzo selamba.

"Siapa je yang mengumpat kau? Hantu? Yelah orang immortal ni mana ada kawan yang hidup lama...?" soal Tez dengan mulut tiada insuran.

KRAKKK!!

"Ye.. Kau juga akan menjadi macam mereka.." ujar Sanzo dengan senyuman menakutkan serta mencengkam muka Tez.

"Arghh!!! Sakit! Sakit! Tolong lepaskan muka aku yang hensem nih.." Tez merayu sekali dengan sarkastik dan Sanzo menimbulkan urat di dahinya.

KRAKKK!!

"Makin kuat pulak!! Sakit! Sakit! Sakit!!" Tez mengerang kesakitan dan Lucas hanya tersengih sahaja.

"Nostalgic rasanya kan?" soal Irish dan Lucas menoleh ke arah dia.

"Yeah.. Macam tengok pada pita rakaman.." ujar Lucas.

"Yep.. Lawak bodoh awak menyebabkan dapat hadiah tendangan Kenji.." kata Irish dan Lucas mukanya pucat.

"Jangan ingatkan.. Boleh terasa semula sakitnya.." ujar Lucas.

Irish dan Lucas terdiam seketika,kemudian mereka ketawa bersama. Sophie sekadar menjadi penonton,dia memandang ke arah Sanzo dan Tez.

"Aku nak tanya sesuatu pada kau Lucas.. Kenapa kau tiada semasa peristiwa itu berlaku?" soal Irish dan Lucas menoleh manakala Sanzo hanya menjeling sahaja.

 GODDESS & THE IMMORTAL™ (C)Where stories live. Discover now