Pheara berpusing ke udara dan menghayunkan pedang,Aena tersentak dan menahan dengan dua bilah pedangnya sebelum tercampak ke belakang.Sayapnya dikibarkan dan Aena kembali stabil,dia memandang tajam ke arah Pheara tanpa satu ayat sekalipun.
Sanzo pula menyerang puluhan askar kematian,dua bilah pedang dipegang kemas dan membelah musuh tanpa teragak-agak.
Nafas diatur dengan kemas,dia memandang tajam ke arah Pheara yang sedang bertarung sendirian. Askar-askar kematian mara ke arahnya,dia memegang erat kedua-dua pedangnya dan terus mencincang musuh.
ZRASSH!!
ZRASSH!!
ZRASSH!!!
DIMENSION CUTTS!!
Sekelip mata askar-askar kematian hancur,dia menghela nafas panjang. Aura bunuhnya membuatkan Ruhiel menggigil dan bersyukur,kerana dia kini berada di pihak yang sama.
"Hey Irene.." sapa Ruhiel dan Irene menoleh ke arahnya.
"Apa?" soal Irene selepas melubangkan badan askar kematian.
"Aku rasa buat pilihan yang bijak berpihak dengan kamu semua.." kata Ruhiel dan Irene hanya tersengih.
"Aku setuju dengan kau.." ujar Irene dan Ruhiel menoleh ke arah lain.
"Budak tu pula boleh tahan.." kata Ruhiel dan Irene menoleh ke arah Astia yang terbang menyerang askar musuh.
"ANKLE DROP!!" Astia menghayunkan buku lalinya.
DUUUSSH!!!
"METEOR IMPACT!!" tangan Astia kedua-dua angkat ke udara,bola sebesar saiz tubuhnya terhasil dan dibaling ke arah puluhan askar kematian yang mara.
BRAAMMM!!!!!
"WING FEATHER!!" Astia terbang ke udara sebelum menembak dengan bulu pelepah hitamnya.
TUSSH!!!
TUSSH!!!
Irene dan Ruhiel yang menyaksikan keadaan itu,hanya mampu tersengih melihat Astia yang ketawa girang.
"Aku boleh percaya yang dia adalah anak Raja Shaitan.." ujar Ruhiel tersenyum kelat menelan air liur.
"Ini masa dia main-main.. Kalau masa dia serius?" soal Irene pula dan dua askar kematian menyerang curi.
ZRASSH!!
BAMM!!!
BAMM!!!
Irene menyerang balas dengan lembingnya,Ruhiel pula memegang dua pucuk pistol yang muncungnya masih berasap.
"JANGAN SIBUK!!" Irene dan Ruhiel berkata serentak.
TANG!!!!!
Tez dan Hayyel berbalas tetakan pedang,mereka berdua bertarung dengan impak sekeliling bergegar. Hayyel berundur beberapa langkah ke belakang akibat ditolak Tez,dia menjejakkan kakinya untuk menghentikan dirinya lalu memecut semula ke arah Tez.
KRAANG!!
Tez mengetap giginya dan tangannya sedikit kebas menahan libasan Hayyel,dia memandang ke arah Hayyel yang berpatah balik ke arahnya dan kembali menyerangnya semula.
KTANG!!!
"Tch!! Damn...!" Tez diasak teruk.
"Menyerah dan biarkan aku bunuh kau.." ujar Hayyel.
YOU ARE READING
GODDESS & THE IMMORTAL™ (C)
RomanceApa yang kau akan lakukan jika dewa sendiri menjadi musuh kau? Dunia akan berakhir bagi kau jika itu berlaku? Malangnya itu bukan pilihan Yamasato Sanzo,seorang manusia demigod dan seorang yang telah hidup beratus tahun. Hidupnya selama ratusan tahu...