Chapter 66 : Sanzo's Tease & White Hair Guy

1.2K 121 7
                                    


Sanzo duduk berehat sambil menyandar pada dinding,angin bertiup lembut dan buatkan pemuda itu terlena.

Peristiwa di rumah agam berjaya diselesaikan,semua ini terjadi kerana sesuatu atau seseorang mempergunakan roh si mati yang tidak aman untuk menarik perhatian manusia.

Sebab itu manusia yang jenis ingin tahu,hilang apabila masuk ke dalam rumah tersebut. Sanzo menemui tulang-tulang di sesetengah bilik,dia tahu hanya satu makhluk sahaja yang ada bermain di kepalanya.

Mereka dikenali sebagai ghoul dan kegemaran mereka,adalah daging manusia dan nasib Riku serta Shin amatlah baik kerana Sanzo sempat selamatkan mereka.

Namun persoalan utama,ghoul hanya tahu mencari dan makan mangsa.

Tetapi bagaimana mereka mampu manipulasikan roh si mati?

Sanzo menggosok kepalanya dan menghela nafas pendek,dia mendongak ke atas langit dan bunyi tapak kaki kedengaran. Sanzo menoleh ke arah suara tersebut,Pheara berjalan ke arah dia dengan tersenyum.

"Pheara..." ujar Sanzo sebaik Pheara menghampiri dia.

"Kenapa ni?" soal Pheara mengusap pipi Sanzo.

Sanzo memegang tangan Pheara dengan lembut,dia tersenyum kelat dan menyentuh pipi Pheara pula. Senyuman manis Pheara hadiahkan,Sanzo sekadar ketawa kecil.

"What's so funny?" soal Pheara tidak puas hati.

"It's not that,but your smile make me happy.. That's why I laugh... Thanks..." jelas Sanzo dan Pheara agak terkejut kemudian tersenyum.

"Well.. Your welcome I guess?" kata Pheara turut ketawa kemudiannya.

"So... What's on your mind?" soal Pheara.

Sanzo menghela nafas pendek kemudian dia menceritakan apa yang berlaku,Pheara hanya mendengar dengan teliti sehingga habis.

"Jadi itulah yang berlaku.." jelas Sanzo dan Pheara berfikir sejenak.

"Pheara?" soal Sanzo.

"Ya..benar kata-kata awak,ghoul bukan makhluk pintar.. Mereka cuma tahu membunuh dan meratah mangsa.. Mereka tidak mahir gunakan magis ataupun teknik kawalan.." ujar Pheara kerana dia turut hairan.

"Jadi apa kata kita check lagi sekali rumah tu?" soal Ikhwan muncul dengan tiba-tiba dan mengejutkan pasangan tersebut.

Ikhwan ketika itu sedang dalam keadaan bertenggek,di atas patung singa yang memancutkan air kolam ikan di taman halaman dojo Sanzo.

"Guru?" soal Sanzo kehairanan.

"Tuan Ikhwan?" Pheara turut sama kehairanan,kerana dia tidak mengesan kehadiran Ikhwan.

"Ah maaf,aku tidak bermaksud untuk masuk dengan tiba-tiba.." jelas Ikhwan.

"Tidak kiralah tu..! Apa maksud tuan? Ke rumah tu lagi?" soal Sanzo.

"Ya.. Aku ada dua pembantu yang sedang mengawasi rumah tu.." jelas Ikhwan tersenyum.

"Tapi.. Kenapa?" soal Pheara.

"Aku ada benda yang nak diambil dari dalam rumah tu.." jelas Ikhwan lagi.

"Kuasa guru dah cukup nak uruskan semua ini.. Tapi masih perlukan bantuan kami?" Sanzo mula kehairanan.

"Kau rasa kalau aku buat.. Apa tindakan terpantas aku?" soal Ikhwan selamba dan minda imaginasi Sanzo memainkan imej rumah itu diletupkan dengan kuat.

"Okay,saya faham.. Saya akan bantu.." ujar Sanzo mengangguk faham dan Pheara menoleh ke arahnya terkejut.

"Good.. Nampaknya kau faham aku bagaimana.." ujar Ikhwan tersengih.

 GODDESS & THE IMMORTAL™ (C)Where stories live. Discover now