Chapter 42 : Mother's Regret & Eyepatch Men

1.4K 144 48
                                    


Suasana sibuk di bandar membuatkan lelaki tersebut terpinga-pinga,dia sempat mengubah pakaiannya kepada pakaian formal. Kepala digaru dan memandang sekeliling kawasan,nafas dihelakan panjang kemudian melangkah mengikut gerak hatinya.

"Aduh.. Mana pulak tempat ni? Aveline mesti bebel.." kata lelaki tersebut.

Lelaki tersebut berjalan memerhatikan keadaan sekeliling,dia hanya menghela nafas pendek dan perutnya tiba-tiba berbunyi.

"Alamak lapar pula.."

Lelaki tersebut berjalan sambil menggaru pipi,dia malas nak berfikir dan saat itu dia berselisih lelaki berambut hitam. Lelaki eyepatch itu hanya memerhatikan sahaja,dia merasakan aura yang kuat datang daripada lelaki tadi.

"Naga?"

Pada masa yang sama di tempat lain,Sanzo didatangi oleh tetamu. Seorang gadis berambut warna blonde,anak mata keunguan bersinar.

"Apa khabar? Nama saya Kougami Ruka.. Selamat berkenalan..." ujar gadis

"Siapa dia ni?" soal Elene.

"Dia kawan.." ujar Aphys.

"Ya.. Kawan baik.." Astia turut menyokong.

"Manusia biasa?" soal Elene berbisik dan dua gadis itu mengangguk tersenyum.

"Jadi kamu datang ni..." Elene berkata sambil memandang ke arah Ruka.

Sebelum sempat Ruka ingin menjawab,Sanzo muncul memberi sapaan padanya.

"Hey bukankah kamu anak gadis Kougami-san?" soal Sanzo.

"Sanzo-jisan..lama tak bertemu.." Ruka menunduk hormat.

"Ya.. Lama tak jumpa.. Ayah dan ibu kamu sihat?" soal Sanzo tersenyum dan Ruka membalas senyumannya.

"Ya.. Mereka sihat dan kuat menguruskan kedai.." jelas Ruka tersenyum girang.

"Baguslah kalau macam tu,rasanya aku akan singgah sana nanti.." ujar Sanzo dan Pheara pula muncul.

"Bagaimana kau pula kenal?" soal Elene.

"Keluarga Kougami ada uruskan kedai makan dan juga kedai runcit,aku selalu ke sana membeli bekalan makanan. Ruka ni selalu bantu ibu bapa dia..." jelas Sanzo dan Astia mengangguk faham,Aphys tersenyum.

"Ya.. Biasa Sanzo-jisan berurusan dengan saya.. Hehe.." Ruka berkata dengan senyuman manis,Pheara mengusap kepala gadis tersebut.

"Comelnya.. Kamu banyak bantu Astia dan Aphys juga ya? Terima kasih.." ujar Pheara tersenyum,Ruka hanya membalas senyuman sahaja.

"Ruka-chan! Mari pergi!!" Astia menarik lembut tangan Ruka dan berlari pergi disusuli Aphys.

"Jangan lewat untuk makan tengahari!" Elene memberi peringatan.

"BAIKKK...!!" serentak mereka bertiga menyahut,lalu berlari pergi dengan kegirangan.

"Aphys!" Sanzo menjerit nama Aphys.

Sebaik Aphys menoleh dengan tiba-tiba dia menangkap sesuatu,dia memandang apa yang dia tangkap dan terkejut. Satu model smartphone baru dan Aphys memandang ke arah Sanzo.

"Jika ada masalah hubungi abang ya?!" ujar Sanzo dan Aphys tersenyum girang.

Aphys melambai dan kembali mengejar Astia serta Ruka,Sanzo pula hanya tersenyum menghela nafas pendek. Pheara menghampiri dia dan kepalanya diletakkan pada bahu Sanzo,Elene sudah beredar memberi ruang kepada pasangan itu dan pergi ke arah Tez.

Sanzo dan Pheara mula berjalan masuk ke dalam rumah,tetapi langkah Sanzo terhenti dan entah kenapa dirinya begitu risau.

"Sanzo?" soal Pheara.

 GODDESS & THE IMMORTAL™ (C)Where stories live. Discover now