Chapter 31 : Takemikazuchi,God of Thunder

1.2K 133 12
                                    


Sanzo dan Pheara berbalas pandangan,Pheara benar-benar ingin tahu siapa nama ibu Sanzo. Pemuda yang di hadapannya ingin membuka mulut,menjawab pertanyaan dia namun seseorang muncul menegur mereka.

"Apa yang kamu berdua buat?" soal Elene menyilangkan tangan pada dada.

"Tiada apa-apa.. Cuma berbual kan Sanzo?" Pheara berdalih.

"Ya.. Berbual.. Salah ke?" Sanzo menyoal dan Elene hanya merengus lembut kemudian beredar.

Sanzo menghela nafas pendek,dia memandang Pheara yang turut helakan nafas lega juga. Dia sekadar tersenyum sahaja,Sanzo menyertai Astia menjamu selera sushi yang dipesan olehnya. Pheara agak kecewa kerana perbualan mereka terganggu,dia ingin tahu siapakah ibu Sanzo yang juga seorang dewi.

Pheara tidak berani ingin mengagak,kenapa nama itu bermain dalam fikirannya. Tetapi dia serahkan pada masa yang sesuai,biar Sanzo sahaja yang membuka mulut mengenai hal dengan rela hati.

Ruhiel muncul dari satu sudut yang tersembunyi dengan menggunakan portal,kemudian  dia keluar dari tempat tersebut dengan berhati-hati. Namun seseorang mendarat di hadapannya,Ruhiel terkejut dengan kemunculannya.

Bishamonten,God of War dalam sejarah mitos orang Jepun..

Ruhiel mendecih kerana bertemu dewa di alam itu,dia mengetap gigi dan menghela nafas pendek.

"Apa khabar Bishamonten.. Tak sangka akan bertemu dengan kamu..." ujar Ruhiel dengan sopan.

"Hentikan kata-kata dusta tu." Bisha memotong dan Ruhiel terdiam.

"Apa yang Angel dari alam lain datang ke sini?" soal Bisha dan Ruhiel terkejut kerana mengetahui identitinya.

"Aku cuma mencari orang.." kata Ruhiel.

"Bukankah kamu sepatutnya bertemu dengan penjaga alam ini terlebih dahulu?" soal Bisha dengan renungan tajam,Ruhiel berundur beberapa langkah ke belakang.

Ruhiel mengeluarkan sesuatu lalu dibaling ke tanah,bom asap dan kepulan asap memenuhi kawasan. Bisha terkejut dengan tindakannya,dia mengetap gigi dan melibaskan hayunan tangan.

Asap tebal terus lenyap namun Ruhiel juga,lenyap daripada pandangan matanya dan Bisha mendiamkan diri. Tidak lama dia menjerit,tetapi orang lalu lalang tidak hiraukannya kerana tiada siapa mampu melihat dewa atau dewi.

"Waa.. Mengamuk pagi-pagi?" soal satu suara.

Bisha menoleh ke satu arah,dia memandang lelaki berambut blonde pendek tersenyum muka tidak bersalah.

"Takemikazuchi.." kata Bisha.

"Yo! Lama tak jumpa tersengih.." tegur lelaki itu atau digelar God of Lightning dan dipanggil Takemikazuchi.

"Apa yang buatkan kau ke sini? Duduk diam-diam atas sana tak boleh ke?" ujar Bisha geram.

"Aku nak melawat kawan lama.." jawab Takemikazuchi selamba.

"Kawan lama?" soal Bisha.

"That Immortal guy.." kata Takemikazuchi tersengih.

Ruhiel melompat dan mendarat di satu tempat yang sunyi,dia berjaya pergi selamatkan diri daripada Bishamonten. Dewa itu bukan lawan dia,Ruhiel berjalan normal dari kawasan tersebut.

Pakaian formal dipakai sekelip mata,mata meliar mencari sesuatu dan kali ini adalah giliran dia. Igdes memberikan arahan supaya mencari dan menghapuskan Pheara secara senyap,tanpa diketahui oleh orang lain.

Ruhiel melompat dan mendarat di atas menara pencawang,mata dia mencari dan akhirnya menjumpai dojo yang dimaksudkan. Kebetulan juga Pheara berada di luar,dia tersenyum dan mengeluarkan senapangnya.

Sasaran dikunci dengan tepat,dia harus menembak dengan tepat. Sebaik yakin dengan sasarannya,picu ditarik dan peluru dibedil menuju ke sasaran. Peluru milik Ruhiel adalah istimewa,mampu mencedera dan membunuh dewa atau dewi.

Namun seseorang menarik tali busur,menangkis serangannya dan Ruhiel kehairanan. Dia tersentak apabila melihat seseorang berdiri di atas bumbung dojo,Amreadeus atau Rea berdiri dengan busur di pegangan tangannya.

"Amreadeus? Apa yang demon rank S buat di sini?!" soal Ruhiel.

"Untuk pastikan kau mati.." ujar Rea muncul di sebelahnya,Ruhiel menjeling dan Rea melibaskan busurnya.

Ruhiel menangkis dengan senapangnya,mereka berbalas renungan dan Ruhiel terus berundur ke belakang. Menjarakkan dirinya dan menghela nafas,tidak sangka akan bertemu dengan Rea buatkan Ruhiel mengetap gigi.

"Apa yang kau buat di sini Rea?!" soal Ruhiel.

"Jangan panggil nama seperti kau kawan aku.." kata Rea memecut ke arah Ruhiel.

Mereka berlaga senjata dengan deras,Ruhiel mengeluarkan pisau belati dan Rea kekal dengan busurnya yang boleh digunakan lawan jarak dekat.

"Urghh!! Dia tak bergurau..!" Ruhiel terseret ke belakang.

Rea menghasilkan besi dan menjadikan anak panah,dia terus menembak ke arah Ruhiel. Lantas Ruhiel membalas dengan membedil anak panah tersebut,mereka berbalas tembakan dan panahan.

Tez yang berjalan berhampiran kawasan,menyaksikan keadaan tersebut dan tergamam.

"Diorang buat pertunjukan bunga api ke?" soal Tez kerana hasil pertembungan itu sama seperti letupan bunga api.

Rea berundur ke belakang sedikit,kemudian menarik tali busur bersama anak panah. Dia sedang menumpukan kuasanya,aura kuasa terhasil menyelubungi anak panah itu.

TUSSH!!!

Anak panah dilepaskan dan laju ke arah Ruhiel,lantas si angel menarik nafas panjang. Puluhan bulatan cahaya terhasil,Rea terkejut dan Ruhiel serentak menjerit lalu melepaskan serangan.

"Rasakan." ujar Ruhiel yakin akan menumpaskan Rea,tetapi demon itu hanya menghela nafas pendek.

"Scattered.." kata Rea.

Anak panah berpecah menjadi bilangan yang banyak,maka serangan mereka bertembung dengan dahsyat. Sanzo dan Pheara serta yang lain,menyedari perkara itu dan menoleh ke luar dojo.

Ruhiel hanya mendecih kerana gagal ingin mencederakan Rea,Tez muncul mendarat di sebelah kakaknya tidak lama lepas itu. Sekali lagi Ruhiel terkejut,melihat calon raja syaitan di hadapan dia.

"Again? Why the candidate demon king is here?" soal Ruhiel.

"That's not of your concern.." ujar Rea dan berjalan ke depan sedikit.

"What?" soal Ruhiel menelan air liur.

"You lost advantage,now scram.." kata Rea dan Ruhiel mengetap gigi,kemudian terus menghasilkan portal.

"Don't think this is already over.." kata Ruhiel dan melangkah masuk ke dalam portal kemudian terus lenyap.

Tez hanya memerhatikan dari tepi,dia memandang kakaknya dan Rea pula beredar. Tidak lama Sanzo berada di hadapannya,Rea membalas renungannya dan terus berjalan melepasinya.

Sanzo tidak berkata apa-apa,hanya membiarkan sahaja dan Tez pula seperti mengenali angel tadi.

"She's angel? Why's she smell like a demon?"

"What's the different?" soal satu suara,Tez menoleh dan Takemikazuchi berdiri tersenyum ke arahnya.

"Ah.. Another last person I wanna see.." kata Sanzo menyedari kehadiran Takemikazuchi.

"Don't be so cold toward me.." balas Takemikazuchi tersengih.























=====================

Okay cukup

Kalau cantik aku akan update double

Komen dan vote

Ciao!

 GODDESS & THE IMMORTAL™ (C)Where stories live. Discover now