Bumbung berkubah yang tinggi memayungi ruang hadapan Rumah Agam dengan ditunjangi pula empat batang tiang penyangga besar itu menyambut ketibaan mereka lewat petang itu. Keseluruhan kediaman yang didominasi warna putih dengan bumbung berwarna kelabu itu kelihatan tegak dan gagah menampan sinar matahari yang semakin condong ke ufuk barat.
Sementara sayap kiri dan kanan Rumah Agam direka berdinding bulat, blok tengah kediaman tersebut beratap lebih tirus dengan tiang tinggi yang mencuar dari ruang bawah,tepat di hadapan tangga besar pintu utama.
Satu beranda luas yang menghadap ke halaman luas Rumah Agam mendominasi tingkat atas blok tengah rumah kediaman itu manakala sebuah kolam besar dengan air pancut dan tumbuhan akuatik terutama sekali bunga Teratai menghiasi halaman.
Dan pada sudut kiri Rumah Agam, sebuah garaj yang juga beratap kelabu dengan tiang-tiang berwarna putih tersergam kemas memayungi beberapa buah kenderaan milik tuan rumah.
Selain daripada jalan sehala yang diturap simen dengan warna merah bata, keseluruhan halaman Rumah Agam terdiri daripada halaman berumput hijau yang dijaga kemas.
Begitu juga dengan tanaman-tanaman hiasan berupa pohon-pohon Pine muda berdaun tirus yang menebar bau harumnya ke seluruh halaman sementara bunga-bunga Bakung yang berdaun hijau licin sedang semarak mengeluarkan bunganya yang berupa kuntum berwarna putih tumbuh subur menutupi pangkal pohon Pine muda yang lebih tinggi.
Tanaman-tanaman hiasan tersebut ditanam sedikit rapat bagi menyembunyikan pagar tinggi dicat putih yang mengelilingi Rumah Agam.Sementara pada sudut-sudut tertentu di halaman luas tersebut , ada pula pohon tidak berdaun yang dibaluti kuntum bunga berwarna putih yang mekar dengan meriah pada setiap ruas rantingnya .Atau paling kurang jika tidak mekar,putik-putik bunga yang masih kuncup itu memenuhi ranting muda dan akan mekar selepas beberapa hari bagi menggantikan kuntum bunga lama yang bakal gugur kelak.
Selain daripada deretan tanaman hiasan yang dijaga rapi, ada pula beberapa buah gazebo yang diperbuat daripada kayu berwarna gelap dibina pada sudut kanan dan kiri halaman Rumah Agam tersebut.
Gazebo berupa binaan beratap tirus tanpa dinding yang di lengkapi meja rendah atau sesetengahnya hanya dibiarkan kosong. Kain organza berwarna putih yang dijadikan dinding pondok tersebut kini diikatkan ke tiang di empat penjuru gazebo itu menggunakan pita kain berwarna hijau dan kelihatan berkibar lembut apabila angin sejuk mulai bertiup.
Walaupun Ara sibuk bertengkar entah apa-apa dengan Vixx dan Ryu, Eiiden yang mengekori mereka tidak berhenti daripada memikirkan kejadian di ruang legar pusat membeli-belah beberapa jam yang lepas. Dia tahu bukan hanya dia yang memikirkan hal tersebut kerana setiap kali dia bersambung pandang dengan Mark atau Aiiden, kedua-dua pemuda itu juga menatapnya dengan pandangan yang sama.
Hairan. Tertanya-tanya.
Bagaimana mungkin pemuda tersebut memiliki bau Lycan apatah lagi dengan hierarki Alfa sama seperti Eiiden dan Aiiden sedangkan mereka bertiga adalah keturunan terakhir yang tersisa daripada seluruh suku tersebut?
Malahan entah mengapa Eiiden dapat merasakan dia sebenarnya pernah melihat pemuda itu entah dimana. Ada sesuatu pada raut wajah berambut kelabu tersebut. Senyuman yang membingkai pada ulas bibirnya dan menyerlahkan lekuk dalam pada pipi kanannya mengingatkan dia pada seseorang tetapi Eiiden tidak tahu siapa.
Begitu melihat Ara berjengket-jengket di belakang Dayang Chi tatkala wanita itu sibuk mengatakan sesuatu kepada Cik Nara, Aiiden segera mengisyaratkan yang lain-lain untuk mengekorinya ke tingkat atas.
" Lycan." Ujar Eiiden sebaik sahaja Rein menjadi orang terakhir memasuki bilik tersebut mengunci pintu dari dalam " Alfa "
" Siapa? "
YOU ARE READING
Last Hunter : Distopia
FantasyKitab Mirria. Kitab itu kitab terkutuk dan sangat tabu .Dalam masa yang sama, kemunculan seorang pemuda membuatkan Ara kembali lagi terjebak ke dalam pertualangan mistik dan berbahaya tanpa dia ketahui ada suatu kejahatan yang mengintai. Sementara K...