BAB BONUS:TRIBUTE TO THE READERS

207 12 43
                                    

especially for those who request and ask about it:
Leena_syiha
BlurryQiQiF
NescafeAisKaw
ariatiusman
an_syafaatulzahra

BEGINNING OF THE END:ONE SHOT

================================

STRING OF FATE : REIN

Hamparan awan tipis yang sepatutnya gebu,hangat dan menyamankan itu entah mengapa mendadak berubah seperti dasar perahu yang dibadai taufan.Terlambung ke kiri dan kanan malah ke atas ke bawah.Ada pula suara tertawa-tawa dan kekehan kecil membuatkan Rein membuka kelopak matanya dengan pantas dan satu bingkai wajah yang menyeringai tepat di hadapan wajahnya spontan mengakibatkan pemuda itu terduduk.

Dengan nyawa dan kesedaran yang separuh dengan sebahagian daripadanya masih tertinggal di alam mimpi,Rein hanya mampu meringis lalu menarik semula selimut menutupi kepalanya.Sungguh dia tidak terima bagaimana tega sekali perlakuan mereka kepadanya.

Erza yang mengacu pedang plastik ,Gray yang tidak berbaju,Ten yang hanya bersinglet dengan seluar yang hampir terlucut entah mengapa sedang mempamerkan tarian seperti sahaja mereka baru berjaya menumbangkan seekor seladang.

Melompat-lompat dan berputar-putar sambil memekik-mekik heboh sehingga membuatkan tubuh Rein yang berselubung dan sedang cuba untuk tidak mengendahkan para perusuh Rumah Agam itu terlambung-lambung di atas permukaan katil.

Hujung minggu.Awal pagi dan dia sudah dibangunkan dalam cara yang paling kejam.Alangkah....

" Baba Rein.." Suara merengek begitu dikenalinya sebagai suara V yang diselang-seli dengan bunyi denyar kamera polaroid " Bangunlah..Baba Reinnnnn..."

Rein sememangnya memilih untuk tidak memberi respon hanya membatukan dirinya namun niatnya untuk terus berdiam diri punah serta-merta apabila ada seseorang yang menghenyakkan punggung tepat ke perutnya dengan kasar.Nafas Rein tersengal di pangkal leher dan ia membuatkan Rein bingkas bangun.

Sabarlah wahai hati !

Sambil mengetap gigi,tubuh kecil Ten dicekup dengan tangan kanan lalu dijejalkan ke dalam gumpalan selimut dan dalam masa yang sama jari-jemarinya membentuk cakar untuk menggelitiki anak itu.

Ten terpekik-pekik tidak tahan apabila sepuluh ruas jari runcing Rein hinggap pada sisi pinggangnya sementara tunggul-tunggul kasar jambang pada bingkai dagu digeselkan ke perutnya.Belum lagi mengira bagaimana kepalanya dikepit pada celah ketiak pemuda itu.

" Rasakan !!" Rein tidak perduli tawa meledak-ledak Ten kerana digerayanginya " Biasa betul !!"

Melihat bagaimana Ten terkapai-kapai tidak berdaya melawan,Erza mengacu pedangnya lebih tinggi dan mengangguk ke arah Gray dan V.

" Komrad,serang !!! "

Seperti kumpulan elit yang terlatih,Erza dan Gray melompat  lalu berpaut ke belakang Rein sementara V pula menarik lengan Ten yang sudah hampir hilang suara akibat tertawa keras . Lolos daripada jangkauan Rein,tanpa membuang masa kedua-duanya pantas menyertai Gray dan Erza yang berganding bahu menumbangkan tubuh raksasa berambut cokelat itu.

Mirip sekali dengan adegan gusti berkumpulan tetapi itu hanyalah rutin biasa bagi Rein.Melayani kenakalan akut anak-anak Rumah Agam itu bukan hal luar biasa bagi mereka . Seisi rumah arif tentang hal tersebut.Tetapi apabila Rein menghinggapkan ciuman ganasnya ke pipi Gray yang berjaya ditumbangkan itu,spontan mata Rein membulat apabila melihat dengan jelas bingkai bibirnya pada pipi anak nakal tersebut.

Last Hunter :  DistopiaWhere stories live. Discover now