-35-

237 29 11
                                    

"Seperti yang kita duga.."

Ken memutuskan panggilan telefon yang diterimanya lalu menatap wajah Eiiden di hadapannya sambil menganggukkan kepala.

Eiiden,sang alfa dari Suku Lycan itu sekadar mencerunkan penglihatannya ke luar tingkap dan dalam masa yang sama fikirannya bersimpang-siur seketika.

Pemuda sama yang ditemui atau sebenarnya menemui mereka di ruang legar pusat membeli-belah Kleuarga Lycan tempoh hari.Berambut keperakan dengan lesung pipi pada pipi kanannya dan sekali imbas Eiiden sepertinya pernah melihat wajah itu tetapi dia tidak ingat di mana atau bila.

Dengan memikirkan pelbagai kemungkinan yang boleh berlaku dan memperhalusi setiap ceruk kebarangkalian ,maka mereka sepakat untuk mencari tahu siapa gerangan pemuda misteri tersebut apatah lagi ia sebenarnya tidak dapat dinafikan memang mempunyai kaitan dengan Ara serta kejadian penggodaman Projek M 2.0 tempoh hari.

Mereka terutama sekali Mark yang sangat jarang berbicara dan selalu menghemat bicara itu masih sangat tidak dapat menerima kejadian itu walau apa sahaja alasannya.Dan persoalan terbesar dalam hal tersebut adalah penglibatan Ara sendiri sedangkan dalam masa yang sama Ara kelihatan amat normal malahan terlalu biasa dan itu sangat mengganggu mereka.

Dan suara Aiiden yang gusar mengkhabarkan sesuatu kepadanya kembali membuatkan Eiiden merasakan bahawa mereka perlu melakukan sesuatu tentang hal tersebut iaitu mencari jalan untuk bersemuka dengan pemuda misteri itu.

Mahu membuktikan andaian Rein bahawa pemuda tersebut sedang memerhatikan Ara senyap-senyap,maka satu rancangan rapi segera diatur.Beberapa orang pemuda berbangsa Athos dari Istana Besar diaturkan untuk menimbulkan ancaman pura-pura kepada Ara sehingga jika benar telahan Rein,pemuda tersebut pasti akan memunculkan diri untuk melindungi Ara.

Dan teori tersebut ternyata tidak salah!

Sebenarnya teori Rein bukanlah tidak berasas .Kejadian semasa pelancaran koleksi pakaian sepanjang tahun oleh jenama Lycan itu membawa mereka kepada andaian yang menggerunkan.Pada hari berikutnya,seorang daripada pekerja penyelenggaraan yang bertanggungjawab dalam menyelenggarakan sistem pengaliran udara di atas bumbung bangunan Kompleks Membeli-belah Lycan menemui serpihan yang segera dikenali sebagai sisa kelonsong peluru dan melaporkan hal tersebut kepada Eiiden dengan wajah pucat-lesi.

Tidak diperlukan masa yang lama untuk N mengenalpasti kelonsong peluru tersebut dan pemuda dari Bangsa Myrth itu menatap wajah Eiiden dengan raut aneh apabila mengatakan bahawa peluru tersebut berasal daripada sejenis senjata api dari model LWRC SABR. 308 yang merupakan senjata api yang digunakan oleh para penembak tepat.

Hal tersebut tidak diwar-warkan kepada pekerja lain kerana dibimbangi akan tersebar keluar dan mendatangkan panik orang awam namun ia tidak pula berakhir disitu sahaja.Tidak tahu bagaimana N melakukannya dan wajar sahaja jika pemuda itu dianggap pakar balistik di antara mereka berlapan, hanya dengan beberapa coretan berupa formula-formula hukum fizik yang rumit dan barangkali hanya difahami oleh N seorang juga kuliah segera tentang sudut, kelajuan angin dan kekuatan senjata api yang digunakan-pemuda itu menghabiskan masa kira-kira dua hari untuk mencari padanan sisa bahan letupan pada kelonsong peluru tersebut dan dengan bantuan Ryu juga Rein, dia berjaya mereplikakan sebatian bahan tersebut.

Eiiden faham tetapi dia tidak tahu bagaimana hendak menjelaskan hal tersebut dalam bahasa yang mudah. Dia tahu pemuda itu cuba mereplikakan sebatian yang terdapat pada kelonsong peluru tersebut dan berusaha untuk mencari padanan yang sama bagi mengetahui ke arah mana tembakan tersebut diarahkan.

Dengan mengambil kira tahap jangkauan tembakan senjata api tersebut, N berjaya lagi mengecilkan radius kebarangkalian jarak tembakan kepada lingkungan 500 meter dan sudah tentu hal tersebut akan kelihatan sedikit mustahil jika bukan dengan bantuan Mark yang jelas masih jengkel bukan main dengan kejadian tempoh hari.

Last Hunter :  DistopiaWhere stories live. Discover now