IMBAS SEMULA
DUA HARI SEBELUM" Apa kata anaknda? "
Soal si ayah dengan kening yang bercantum seraya meletakkan cawan teh ke atas permukaan meja lalu menatap wajah bersungguh-sungguh Putera Reiid pada lewat pagi tersebut.
Sekilas dia melayangkan kerlingan menyoal kepada isterinya yang kebetulan juga menoleh kepadanya dan sinar mata wanita itu jelas mengatakan bahawa dia tidak tahu apa-apa tentang perkara tersebut.
Entah apa yang berlegar di dalam benak anaknya itu dia sendiri tidak tahu walhal di dalam istana hampir semuanya arif tentang kelakuan Putera Reiid yang nyata sekali tidak menyukai upacara tersebut. Abaikan perkataan tidak menyukai itu kerana ia kedengaran terlalu sopan. Yang lebih tepat-pemuda itu benci sekali kepada tradisi turun-temurun keluarga diraja Istana Marduk tersebut!
Mengaku bahawa dia menghidap penyakit kusta yang mengerikan sehingga calon puteri mahkota sukarela menarik diri,sudah pernah dilakukannya.Begitu juga dengan demam panasnya yang bagaikan boleh diajak bersekongkol dan menyerang pula pada hari yang sangat tepat yakni pada hari pemilihan terakhir. Dan helah paling basi adalah dengan menyelinap keluar menyembunyikan diri entah di sudut Lembah Zardus yang mana. Muncul semula setelah beberapa hari, tersengih-sengih dengan wajah tidak bersalah sedikitpun.
Semuanya hanyalah kerana dia menganggap Upacara Simiera itu satu upacara mengarut yang tidak berfaedah!
Dan kini, tanpa sebab yang jelas-dia mohon untuk menghadap kedua-duanya bagi meminta perkenan untuk melangsungkan upacara santapan diraja itu mengikut perancangannya. Hairan binti ajaib!
Jika sebelum ini, jangankan menyumbang buah fikiran-menghadiri majlis tersebut sahaja sudah mengundang cuka pada wajahya. Dan jika tidak memikirkan air muka keluarga diraja yang perlu dijaganya di hadapan para pembesar negara,tidak syak lagi pemuda itu akan lebih rela berlapar sepanjang malam tanpa menjamah apa-apa makanan daripada duduk menghadap wajah para tetamu yang memenuhi dewan utama istana tersebut.
" Pakaian sutera.Apa maksud anaknda? "
" Percayalah pada anaknda kali ini saja,ayanhda."
" Anaknda tidak akan bertindak yang bukan-bukan seperti tahun sudah. Iyakan?"
Bukan sedikit rasa curiga yang mendatangi fikiran si ibu tetapi demi melihatkan raut wajah bertekad anaknya itu, dia tidak sampai hati untuk mengatakan sebaliknya.
" Baik. " Sang ayah menganggukkan kepala lalu mencerunkan matanya ke arah Putera Reiid " Tapi awas kalau anaknda berkelakuan tidak sepatutnya! "
+ + +
Tuan Nestor -lelaki yang bertanggungjawab kepada semua istiadat dan majlis rasmi istana itu hanya menundukkan kepala.Tidak faham sebenarnya tetapi bukan tanggungjawabnya untuk bertanya dan menyelidiki permintaan aneh Putera Reiid.
Sudah cukup mujur putera tersebut tidak melakukan hal pelik yang akan menyusahkannya kelak dan menjadi punca Raja Aurius murka tidak kepalang. Bukan tidak pernah dihukum tetapi Putera Reiid memang terkenal dengan tingkah yang jauh daripada perkataan normal bagi seorang putera bakal menaiki takhta sepertinya.
Arahannya pelik tetapi seperti ada yang tidak kena tetapi Tuan Nestor masih gagal menebaknya. Majlis santapan diraja akan di adakan secara berasingan antara tetamu wanita dan kanak-kanak yang merupakan keluarga rapat para pembesar negeri yang turut hadir memeriahkan Upacara Simiera itu.Dan bukan itu sahaja, setiap pembesar dan para ahli keluarga mereka dikehendaki mengenakan persalinan daripada sutera pula.
YOU ARE READING
Last Hunter : Distopia
FantasyKitab Mirria. Kitab itu kitab terkutuk dan sangat tabu .Dalam masa yang sama, kemunculan seorang pemuda membuatkan Ara kembali lagi terjebak ke dalam pertualangan mistik dan berbahaya tanpa dia ketahui ada suatu kejahatan yang mengintai. Sementara K...