-53-

273 31 9
                                    

Lelaki itu-Tuan Medea-hanya memerhatikan sembilan susuk tubuh pemuda yang hampir sama sahaja ketinggian mereka itu berdiri sebelah menyebelah dan tegak dalam lagak menentang. Tidak ada gurat gentar pada riak wajah mereka dan itu semakin mendatangkan rasa jengkel kepadanya.

Sembilan orang menentang ribuan tentera.Wah..kejadian apakah? Perlecehan apakah yang sedang mereka pamerkan kepadanya ketika itu? Medea dari Keluarga Eurus. Seorang bangsawan ternama Istana Marduk yang sedang berdepan dengan para pemuda hingusan tidak sedar diri seperi mereka. Tidak!  Tuan Medea tidak terima sama sekali mereka merendah-rendahkan martabatnya sehingga begitu.

Belum sempat dia mengarahkan para tenteranya untuk mara ke hadapan bagi menghadapi tentera Istana Marduk itu, salah seorang daripada pemuda aneh yang muncul entah dari mana itu tiba-tiba sahaja melangkah ke hadapan.

" Sesiapa yang ingin berubah fikiran, silakan berbuat demikian sebelum ketumbukan tentera istana tiba ke ibu kota. Selepas itu tidak ada jaminan kalian akan terselamat "

Mendengarnya Tuan Medea sudah mengerling ke kiri dan ke kanan. Dan dalam masa itulah dia melihat kuda tunggangan yang ditunggangi mereka mulai bergerak-gerak dengam gelisah malahan ada pula yang berputar-putar walaupun tali kekang sudah direntap berkali-kali memberikan isyarat agar kuda-kuda tersebut tetap diam di tempat masing-masing.

Dan ketika itu jugalah dengan tidak semena-mena kuda tunggangan para tentera tersebut bercempera lari dengan ekor tegak ke sebarangan arah bagaikan dihambat oleh sesuatu yang menakutkan mereka sehingga membuatkan para penunggang yang tidak mencengkam kejap tali kekang tersebut tercampak ke atas permukaan tanah.

Tanpa senjata dan kuda !

Suatu keadaan yang sangat tidak memihak kepada mereka dan Tuan Medea menyedari semangat para tenteranya itu mendadak jatuh dan berada pada titik paling rendah ketika itu.

" Menyerah sahaja dan kalian semua tidak akan diapa-apakan!  " Putera Reiid menyeru tenang " Itu janji beta. "

Sekali lagi lelaki itu menoleh ke kiri dan kanannya.Sambil mengetap gigi dan mengepal penumbuk, dia menyepetkan mata apabila imej beberapa orang tentera dalam pasukannya mulai kelihatan teragak-agak. Ada yang silih berganti menatapnya dengan pandangan ragu malahan ada pula yang lambat-lambat mengangkat kedua-dua tangan ke paras telinga seraya berundur dua tiga langkah ke belakang.

" Apa kalian tunggu lagi?  Serang
mereka!! "

Beberapa orang tentera yang masih tampak nekad bergerak ke hadapan walaupun dalam langkahan yang tidak sekata namun tatkala tapak kaki Tuan Medea terasa bergegar akibat tanah di bawahnya bergerak-gerak bagaikan ada sesuatu yang hendak keluar,rekahan kecil mulai muncul sehingga memaksa dia sendiri mengelakkan rekahan tersebut.

Dan dalam masa masing-masing cuba untuk mengelakkan rekahan tanah tersebut tanpa mereka sedari suasana sekitar mulai berubah dengan awan mendung berarak mendadak memayungi kawasan itu. Ada pula angin kasar yang berhembus entah dari mana membuatkan bukan sahaja para tentera pemberontak tersebut panik malahan tentera Istana Marduk juga tertoleh-toleh tidak keruan.

Masih belum tuntas rasa kaget mereka dengan kemunculan tiba-tiba sembilan susuk tubuh tersebut, lengkap sudahlah rasa hairan bercampur takut para tentera pemberontak tersebut apabila dari celah rekahan tanah itu muncul pula selirat akar dan menjerut apa sahaja bahagian tubuh yang terjangkau oleh akar itu.

Seperti ratusan ular,akar-akar pohon itu membelit para tentera pemberontak malahan ada pula yang mencampakkan tubuh mereka dan tidak kurang ada yang diheret ke sebarangan arah di antara celah rumput hijau padang tersebut.

Suasana di hadapan mata yang mendadak kucar-kacir dengan akar pohon membelit para tentera pemberontak seperti seekor sotong kurita gergasi yang sedang marah itu lagi-lagi membuatkan mereka-terutama sekali Putera Reiid-tergamam.

Walau di dalam mimpi sekalipun, tidak pernah terlintas dalam fikirannya bahawa dia akan menyaksikan kejadian aneh tersebut di hadapan matanya sendiri.Tidak ada satupun logik akal yang mampu menjelaskan hal tersebut melainkan hanya satu perkara.

Sihir!

Jika bukan sihir, apa lagi yang mampu menjelaskan hal tersebut?  Sembilan orang pemuda yang menjelma entah bagaimana dan ditambah seorang gadis aneh yang mampu melakukan hal-hal aneh juga.

Jerit pekik para tentera pemberontak yang diketuai oleh Tuan Medea itu kembali mengisi pendengaran Putera Reiid dan seperti dirinya, para tentera Istana Marduk juga tampak sedang tergamam menyaksikan hal tersebut di hadapan mereka.

Tanpa perlu mengangkat senjata,para tentera pemberontak tersebut terpekik-pekik tatkala akar pohon yang membelit mereka menghempaskan mereka kembali ke atas tanah.Tubuh-tubuh yang lengkap berpakaian perang ramai sekali terkapar tidak bermaya akibat dibanting ke mana-mana dan baki mereka yang tidak dibelit akar tersebut pontang-panting berlari menyisakan Tuan Medea yang kaku dan terpinga-pinga sendiri.

" Ini peluang terakhir kalian. "

Salah seorang daripada pemuda dengan susuk tubuh paling tinggi di antara sembilan lelaki tersebut bersuara dalam nada malas dan tidak diketahui oleh Putera Reiid mahupun Panglima Cassius dan Panglima Zethus bila masanya dia sudah menghunuskan pedang bermata lebar tersebut.

Tidak melibaskan mata pedang itu tetapi sekadar memikulnya ke atas bahu kanan dengan lagak paling bersahaja malahan ada pula bunga rumput yang terselit di sudut kiri bibirnya.

Rein hanya tertawa kecil melihat betapa kucar-kacirnya para tentera pemberontak tersebut. Seperti yang difahami mereka tanpa sebarang perbincangan, boleh sahaja mereka membunuh para tentera pemberontak tersebut apatah lagi dengan segerombolan tentera yang memihak kepada seorang pemuda yang membahasakan dirinya sebagai beta itu.

Tetapi, baik Vixx ataupun Rein-mereka berdua lebih memilih jalan selamat dalam hal tersebut. Kerana mereka sedang berada di sebuah kawasan penempatan yang sangat terpencil dan tidak tahu pula apa yang sedang berlaku di tempat tersebut, maka sedaya upaya mereka tidak mahu terlibat dalam sebarang masalah apatah lagi apabila melibatkan pertumpahan darah seperti itu.

Jelas sekali kerana mereka memaksa Andra membawa mereka ke tempat tersebut semata-mata bagi menghalang Ara daripada melakukan apa sahaja niat gila yang berlegar di dalam kepala gadis tidak siuman itu !

Dan ternyata benar bukan?  Ara sedang terlibat dengan masalah. LAGI.

Jika diambil kira betapa ramainya bala tentera yang sedang berhadapan antara satu sama lain tepat tatkala Andra,Ken dan Ryu membawa mereka berteleportasi ke tempat tersebut-sesiapa pun dapat mengagak bahawa gadis tersebut sedang berhadapan dengan sesuatu yang bukan kecil.

Tiupan Shofar perang tiba-tiba sahaja bergema memenuhi pendengaran Tuan Medea dan ia sukses membuatkan lelaki itu tertoleh ke segenap arah dengan wajah pucat. Shofar yang ditiupkan bermakna para tentera yang sedang berada di sempadan telah tiba ke ibu kota dan ia bukanlah satu hal yang bagus untuk mereka.

Ketibaan para tentera Istana Marduk juga membawa makna bahawa pasukan tentera pimpinannya akan berhadapan dengan bahaya yang bukan kepalang tanggung kerana dia tahu hukuman bagi pemberontak adalah hukuman pancung. Jika semua tentera kerajaan telah tiba di ibu kota, amat mustahil untuk mereka memenangi pemberontakan kali itu.

Kemunculan ribuan askar yang lengkap dengan baju perang dan senjata itu membuatkan peluh dingin bertimbulan dari liang roma Tuan Medea sementara para tentera pemberontak yang masih berdiri di sebelahnya itu semakin cemas dan ada pula yang memandangnya dengan riak wajah minta dikasihani.

Dengan rasa bercampur-aduk,Tuan Medea melangkah perlahan-lahan.Lututnya terasa longgar mendadak dan lehernya berat sekali seperti digantungkan dengan batu.

" Lepaskan mereka " Ucap Tuan Medea lantang " Hanya aku yang kalian
perlukan! "

Sementara N hanya tersenyum sekilas, Putera Reiid dan dua pengawal rapatnya serta Jeneral Arke juga para tentera Istana Marduk hanya saling berpandangan antara satu sama lain.

Hairan.

Apa sebenarnya yang sedang terjadi sehingga pasukan pemberontak yang dikepalai oleh Tuan Medea itu tiba-tiba sahaja pucat dan tidak keruan lalu menyerah diri begitu sahaja?

+            +             +

Last Hunter :  DistopiaWhere stories live. Discover now