BEGINNING OF THE END : ONE SHOT
================================Keadaan Rumah Agam yang mendadak senyap membuatkan Rein mengernyitkan mata dengan hairan.Ruang tamu di tingkat bawah senyap dan tidak ada kelihatan seorang pun sedang berada di situ.Bantal-bantal sofa tersusun kemas manakala televisyen gelap sahaja. Segala-galanya normal.Bersih.Kemas dan teratur.
Sementara itu, Puan Nara dan Dayang Chi kelihatan sedang sibuk mengarahkan sesuatu kepada pekerja yang sedang menyiapkan kerja-kerja pengubahsuaian kolam ikan di rusuk kiri rumah tersebut.
Waktu begitu bukan sesuatu yang normal untuk para perusuh Rumah Agam untuk senyap.Apa jangan-jangan ia adalah kesenyapan sebelum bencana melanda?
Dengan leher yang dipanjang-panjangkan meninjau ke tingkat atas,Rein mengerutkan kening.Waktu-waktu begitu Rein tahu Eiiden dan yang lain-lain tidak ada di rumah.
" Tikus mondok !! "Nah benar bukan.Jerit pekik Ara dari hujung tiba-tiba kedengaran " Ke mari kau !!"
Daun pintu paling hujung terbuka seperti ditendang paksa lalu daripada celahnya bermunculan beberapa susuk tubuh yang lari berhamburan seperti lipas disembur racun serangga membuatkan Rein menepi dengan mata membola kerana jika dia tidak menepi pasti kakinya akan dilanggar tanpa belas kasihan.
Ara dengan rambut yang simpang-siur berlari terjengket-jengket sambil tangannya cuba menjangkau satu susuk tubuh yang sedikit berisi daripada yang lain dan sedang terkedek-kedek berlari.Wajah dan kepala Ara putih bersimbah bedak.
" Ara.." Rein menangkap lengan gadis tersebut " Kenapa?"
" Jangan tanya "
Ara mengetapkan gigi termengah-mengah bagaikan baru sahaja menyelesaikan larian marathon awal-awal pagi begitu.
Lalu tanpa bertanya apa yang telah berlaku,Rein menggelengkan kepalanya kerana tahulah dia apa yang mengakibatkan Ara seperti lipas kudung pagi-pagi begitu.
" Rasanya aku faham mengapa Puan Iraya berhenti begitu sahaja."
Ujar Rein sambil menatap pemandangan aneh yang terhidang di hadapan matanya itu antara percaya dengan tidak.
Ara yang jelas kehilangan akal untuk menjinakkan tikus-tikus mondok tersebut menggunakan helahnya yang terakhir .Jika mereka terlepas sahaja ke tingkat bawah,keadaan jauh lebih gawat jadinya.Bukan tidak pernah pasu bunga berkecai disebabkan ulah mereka ini!
Sambil mengetap gigi,Ara menebar selimut tebal di tangannya seperti lagak nelayan menebar jala membuatkan empat tikus mondok tersebut terkial-kial cuba melepaskan diri. Maka kesempatan begitu diambil oleh Ara untuk menangkap mereka sekaligus.
Jika mengambil kira daripada saiz,Ara memang jauh lebih unggul namun pemandangan langka yang tersaji di hadapannya ketika itu membuatkan Rein hendak tertawa tetapi situasi tersebut tampak begitu kalut hatta kepada dirinya sendiri pun.
Kejadian di hadapan matanya itu serta-merta mengingatkan Rein kepada satu cerita tentang seorang manusia yang terdampar di sebuah pulau yang didiami oleh suku orang kenit.Kerana takut dengan saiznya,gerombolan orang kenit tersebut berpakat untuk mengikat tubuh manusi itu tatkala dia sedang tidur.
Ara adalah gergasinya sementara lima empat susuk tubuh tersebut ialah orang kenitnya !
Ataupun jika hendak membuat perbandingan paling mudah, bayangkan sahaja ada tiga orang sedang mencuba untuk menumbangkan seekor lembu.
Gray,pemimpin gerombolan pemberontak Rumah Agam tersebut sedang menduduki Ara yang tertiarap akibat kakinya ditangkap oleh Ten selaku pemilik otak segala kenakalan tanpa ampun itu.Sementara Gray menunggangi belakang Ara seperti lagak penunggang lembu ,V pula jelas cuba menghentikan usaha Ara untuk bingkas bangun dengan menduduki kakinya penuh bangga.
YOU ARE READING
Last Hunter : Distopia
FantasyKitab Mirria. Kitab itu kitab terkutuk dan sangat tabu .Dalam masa yang sama, kemunculan seorang pemuda membuatkan Ara kembali lagi terjebak ke dalam pertualangan mistik dan berbahaya tanpa dia ketahui ada suatu kejahatan yang mengintai. Sementara K...