Kepala Erza dan Grey pantas berpaling daripada menghadap skrin komputer apabila terasa ruangan bilik bawah tanah tersebut bergegar dengan hebatnya sehingga mengakibatkan lampu gantung diatas siling saling berlaga sesama sendiri tanpa sebab yang jelas.
Andra!
Itu nama pertama yang melintas dalam fikiran mereka tatkala pandangan mereka kembali bertembung.Sementara Aria yang duduk bersila dan berpeluk tubuh itu pantas membuka matanya dan menghela nafas sambil menggelengkan kepala.
" Kenapa? " Kedengaran suara Leo dan jelas sekali ada garis gusar dalam nada suaranya.
" Aku rasa, ada sesuatu yang sedang berubah di sana. " Aria menjawab " Harap-harap sahaja Andra tidak apa-apa.. "
+ + +
Menatap kad tipis mesin juruwang automatik dan peranti storan memori berupa satu pemacu USB kecil sebesar jari kelingking itu membuatkan Andra hanya mengeluh.
Kerana dia memang mengenali Ara, maka keputusan Ara untuk melakukan hal tersebut memang langsung tidak mengejutkannya lagi dan dia tahu. Jika dia sedang berada ditempat Ara sekarang, dia juga akan melakukan hal yang sama.
Kehilangan V sahaja sudah menjadi beban yang cukup meresahkannya dan kerana dia tidak mahu Grey, Aria, Leo, Erza dan Ten mengalami nasib yang serupa maka, dia mengambil keputusan untuk melakukan hal tersebut walaupun mendapat tentangan yang besar terutama dari Erza dan Grey.
Sama seperti Ara yang mengambil keputusan untuk mencari Kitab Mirria seorang diri demi memastikan lapan saudaranya itu selamat dan ketika Ara tiba-tiba muncul dengan idea gila begitu, Andra tahu tidak ada sebab untuk Ara akan mendengar katanya.
Ya. Tentu sahaja kerana perjalanan untuk mencari Kitab Mirria itu bukan semudah apa yang disangka. Mendapatkan Kitab Mirria yang menjadi punca segala masalah itu jauh lebih berbahaya tetapi Ara adalah seperti apanya dia. Seorang yang tidak akan teragak-agak untuk merisikokan dirinya demi keselamatan orang lain apatah lagi Andra sendiri adalah bukti dan saksi mata bagi seluruh kejadian tersebut.
Bagi Andra, memasuki penempatan kaum Mereka Yang Tidak Dinamakan itu sendiri sudah kedengaran sebagai satu hal yang sangat serius dan menakutkan.Belum lagi ditambah dengan misi Ara untuk mendapatkan Kitab Mirria secepat yang mungkin sebelum orang lain berjaya mendahuluinya.
Mereka-kaum yang tidak dinamakan itu hidup bagaikan lagenda yang hanya disebarkan dari mulut ke mulut sama halnya seperti cerita penghantar tidur bagi anak-anak. Tidak dicatatkan malah tidak dipetakan dalam mana-mana pemetaan demografi.Wujud seperti hantu. Ada tetapi tidak pernah sesiapa pun yang bertemu mereka dan menjadi saksi hidup tentang kewujudan kaum tersebut. Misteri. Aneh dan tidak diketahui keberadaan mereka.
Andra tidak tahu rintangan apa yang bakal dihadapi Ara untuk mendapatkan kitab tersebut dalam keadaan dia masih merupakan salah seorang daripada pemilik takhta Istana Besar. Barangkali, andai sahaja nenek moyang mereka ratusan tahun silam dapat melihat masa hadapan pasti mereka tidak akan melakukan sesuatu yang akan menjadi punca penyesalan seumur hidup.
Terlalu sedikit maklumat yang dimiliki dan diketahui Andra tentang kaum Mereka Yang Tidak Dinamakan itu untuk dikongsikan dengan Ara.Hanya mengetahui bahawa kaum tersebut pada suatu ketika dahulu adalah merupakan salah satu daripada empat kaum terkuat sebelum berlaku penjarahan besar-besaran yang didalangi oleh Istana Besar.Bangsa Zinxs, Bangsa Athos, Bangsa Penyihir yakni Bangsa Nymph dan Bangsa Myrth serta bangsa Mereka Yang Tidak Dinamakan yang pada suatu ketika dulu dikenali dengan nama Bangsa Apollyon.
YOU ARE READING
Last Hunter : Distopia
FantasyKitab Mirria. Kitab itu kitab terkutuk dan sangat tabu .Dalam masa yang sama, kemunculan seorang pemuda membuatkan Ara kembali lagi terjebak ke dalam pertualangan mistik dan berbahaya tanpa dia ketahui ada suatu kejahatan yang mengintai. Sementara K...