-39-

276 31 16
                                    

Bilah sinar keperakan matahari lambat-lambat menyentuh seluruh lembah tersebut dan menyerlahkan sebuah gubuk beratapkan jalinan jerami dengan dinding tanah liat di hujung jalan tanah merah di hadapan Ara ketika itu.

Pada bahagian kiri dan kanan jalan tanah merah itu,pagar daripad kayu bulat di pacak ke dalam tanah-saling berdekatan antara satu sama lain sementara ada ranting bersaiz sederhana diikat melintang menghubungkan tiang kayu tersebut membentuk pagar yang memisahkan di antara jalan tersebut dengan batas-batas tanaman sara diri yang menghijau.

Ada kawasan yang ditanam dengan barli yang sudah matang menunggu untuk dituai.Bersebelahan dengannya,pohon-pohon jagung meliang-liuk di tiup angin pagi.Ada pula batas-batas sayur yang subur dengan kubis berdaun lebar berkilat menadah pucuk muda berwarna putih yang bulat dan besar.

Lalu pada sisi pagar yang lain ada pula jaluran batas-batas kentang yang berbunga ungu,ubi keledek menjalar di atas tanah,batas tomato yang dipacakkan junjung dan kelihatan sarat dengan buah yang bergayutan dengan hijau atau kemerahan menunggu masa untuk dipetik. Begitu juga dengan tanaman kekacang seperti kacang pis,batas terung serta cili. Semuanya pegun dalam limpahan mewah sinar matahari dan dingin embun yang masih bergayutan di hujung daun.

Kuda yang ditunggangi oleh Ara menapak perlahan-lahan mengekori kuda tunggangan yang dinaiki bersama Panglima Cassius dan Putera Reiid lalu berhenti tepat di luar pagar yang juga diperbuat daripada kayu bulat yang dipacakkan ke dalam tanah.

Walaupun sedikit meringis akibat rasa sakit pada tangan kanannya yang sudah bertukar menjadi rasa kebas, Ara menggagahkan diri juga untuk turun daripada kuda yang ditungganginya dengan perlahan-lahan. Panglima Cassius yang melihatnya segera melompat turun lalu mencapai tali kekang kuda tunggangan Ara dan segera menambatnya pada salah satu daripada batang pagar yang dilihat paling kukuh dan besar di situ.

Masih berdiri sambil menahan kesakitan ,mata Ara segera merayapi kawasan gubuk tersebut yang jelas terjaga dan bersih.Ada hamparan halaman yang sederhana luas dan beberapa dulang bersusun diatas sebuah pangkin yang terletak di bawah naungan sebatang pohon zaitun yang sudah hampir tidak berdaun manakala pasu-pasu berisi tanaman hiasan bersusun kemas di tepi pagar.Meriah mengeluarkan putik-putik bunga pelbagai warna dan menyeruakkan wangian yang bercampur-campur.

Sementara gubuk tersebut adalah merupakan sebuah pondok yang sederhana dan beratapkan jalinan jerami yang dipintal rapat dan berdinding tanah liat,ia kelihatan selesa dengan sebuah serambi yang rendah tetapi tidak berdinding.Daun tingkap-tingkap berbingkai kayu itu dibuka luas disanggah dengan kayu dan ada asap berbau harum kopi dibawa angin.Menyeruap dalam dingin pagi yang masih bersisa .

Putera Reiid mendahului mereka dengan menguak pintu pagar rendah hanya separas perut yang juga diperbuat daripada ranting-ranting lalu diikat rapat antara satu sama lain meninggalkan dua ekor kuda tunggangan mereka di luar pagar dan kelihatan kedua-dua kuda tersebut berdiri tenang mengibas-ngibas surai ekor masing-masing.

Baru beberapa saat Ara menempatkan punggungnya di antara dulang daripada anyaman batang mensiang yang menadah bijirin kering berupa butir-butir jagung dan barli itu,pintu pondok tersebut dikuak dari dalam dan kelakuan Putera Reiid yang segera menapak laju ke arah pintu membuatkan Ara kembali berdiri.

" Mak.."

Begitu suara Putera Reiid kedengaran dan hanya dalam satu jangkauan,tubuh wanita separuh usia itu sudah tenggelam dalam dakapan tangan pemuda itu.Kejap.Hanya melepaskan pelukannya apabila Panglima Cassius datang menghampiri dan pemuda itu segera menundukkan kepalanya dengan hormat di hadapan wanita tersebut.

" Betulkah desas-desus yang patik dengar,Tuanku?"

" Maaflah kalau ia membuatkan
Mak risau."

Last Hunter :  DistopiaWhere stories live. Discover now