BAB BONUS

220 16 68
                                    

BEGINNING OF THE END:ONE SHOT
================================

Selajur bilik mesyuarat berpintu dua daripada kayu cokelat kehitaman yang berukir dan divarnis itu terbuka,beberapa susuk tubuh kelihatan menyelit keluar melalui celah nganga daun pintu.

Antaranya ialah Eiiden yang kemas dalam dandanan korporatnya berupa kemeja biru pastel dengan seluar putih longgar yang mendakap sepasang kakinya sementara tali leher kelabu tergantung di bawah dagu.

Sambil sesekali menganggukkan kepala hormat ke arah para tetamu yang hadir ke mesyuarat tersebut,tampak dia membuka kancing kemeja pada pergelangan tangan lalu melipat hujung kemeja menghampiri paras siku.Pahatan wajahnya langsung tidak berubah hanya sahaja dengan rambut yang kekal hitam begitu,tona cerah kulitnya semakin kelihatan kontra.

Berdiri di sebelahnya –dengan bingkai wajah yang sangat mirip tentu sahaja susuk tubuh sang adik,Aiiden.Kemeja putih kosong tanpa sebarang corak membaluti rangka tubuhnya yang tegap lampai dan dipadankan pula dengan seluar hitam yang melengkapi pakaiannya hari itu.

Mesyuarat hanya akan disambung lagi tepat jam dua petang dan sehingga itu,semua ahli lembaga pengarah Kumpulan Lycan serta wakil daripada syarikat lain yang hadir boleh menikmati menu makan tengah hari yang telah disediakan. 

Reiid antara yang hadir ke mesyuarat tersebut dengan ditemani oleh Cassius dan Zethus menjadi antara orang terakhir yang meninggalkan bilik itu setelah berpamitan dengan Vixx dan Mark yang masih membincangkan sesuatu .

Ketiga-tiga wakil dari Kumpulan Tristar itu tampak seragam dalam balutan kemas sut hitam masing-masing menampilkan diri secara formal sesuai kebiasaan dalam persekitaran niaga yang dijalankan mereka.

Mesyuarat bersama ahli lembaga pengarah Kumpulan Lycan bagi membolehkan wakil setiap syarikat yang berminat dalam persaingan hak untuk menjadi pereka hiasan dalaman cawangan kompleks membeli-belah yang baru di Metro Barat.

Satu peluang terbaik yang tidak akan disia-siakan mereka untuk membuka jalan kerjasama dengan gergasi konglomerat seperti Kumpulan Lycan itu.

"Terima kasih sudi datang, Tuan Reiid."

Eiiden menjabat kejap tangan berjari runcing pemuda itu seraya melayangkan senyuman sekilasnya.

" Sama-sama Tuan Eiiden.Mana mungkin saya melepaskan peluang untuk bkerjasama dengan Kumpulan Lycan."

Ujar Reiid meningkahi kata-kata daripada Eiiden yang masih mempamerkan senyuman lebarnya.

" Silakan ke bilik di hujung sana,Tuan" Aiiden pula mendepakan tangan kanannya ke sebelah kanan.
" Menu makan tengah hari sudah disediakan.Terlebih dahulu maafkan kami jika pilihan menu tidak menepati citarasa tuan-tuan semua."

Reiid ataupun Zethus balas tersenyum lalu mengangguk hormat sebagai respon kepada pelawaan penuh sopan daripada pemuda yang satu itu.Tidak hairanlah jika Kumpulan Lycan menjadi jaguh dalam dunia perniagaan di seluruh metro.

Mereka bukan sahaja memiliki aset fizikal yang baik malahan aset paling berharga mereka ialah keperibadian para petinggi yakni pemilik Kumpulan Lycan yang terkenal ramah dan sangat mudah didekati oleh sesiapa sahaja.

Baru sahaja dua atau tiga langkah diatur oleh kaki berkasut hitam milik Reiid ,pintu utama bilik mesyuarat tersebut sudah dibuka dari luar dan tanpa sedar kakinya terpaku ke permukaan lantai berjubin. Memberikan peluang untuk tetamu masuk terlebih dahulu.

Dari celah pintu,enam susuk tubuh menyelit ke dalam bilik mesyuarat tersebut dengan sedikit riuh rendah.

Empat orang kanak-kanak berusia hampir sebaya sementara seorang susuk dewasa menjinjit sebuah bekas segiempat berzip pada tangan kanan dan sekeping fail berkulit keras pada tangan kirinya.Kaca matanya. Dandanannya malah riak wajahnya ketika menyeka peluh di sudut kening tanpa sedar menghadirkan senyum pada bibir pemuda itu.

Last Hunter :  DistopiaWhere stories live. Discover now