-10-

349 37 74
                                    

Menjadi seorang Luna Arabella tidak akan pernah mudah!

Sekurang-kurangnya itulah apa yang dirasakan Ara tiap kali melihat raut wajah damai abang-abangnya itu tatkala mereka sedang melelapkan mata dengan nyenyak.Menatap wajah mereka seorang demi seorang begitu, kadangkala Ara tertanya-tanya apakah amal kebaikan yang sudah dilakukannya sebelum ini atau sudah pernahkah dia menyelamatkan dunia sehingga dikurniakan lapan orang abang yang tampak benar selalu mendahulukan dia dalam apa sahaja keadaan sebagai imbalan kepada jasa dan kebaikan tersebut?

Wajah Eiiden yang kelihatan tenang memeluk hujung selimut ditatap lama-lama oleh Ara sambil tanpa sedar bibirnya membentuk segaris senyuman.

Eiiden. Pemuda tinggi lampai yang memiliki bahu lebar nan tegap juga teguh.Dengan rambut berwarna cokelat gelap menghampiri warna madu itu, raut wajahnya dibingkaikan oleh satu garis rahang yang tirus membiaskan nuansa tegas sedangkan kening hitam yang dimilikinya memayungi sepasang mata yang jika menatap tajam membuatkan sesiapa sahaja akan bertukar gugup.

Sementara pada kelopak mata kanannya, berderet  tanda lahir berupa dua titik hitam yang kecil barangkali membawa tanda bahawa dia tidak dilahirkan keseorangan kerana memiliki Aiiden sebagai adik kembar yang sangat seiras melengkapkan hidung yang kukuh serta dan bibir yang sangat jarang tersenyum. Justeru kerana itu, Ara memang akan berfikir dua kali untuk melakukan hal yang tidak-tidak dihadapan Eiiden.

Tsundere. Barangkali itu adalah gambaran paling tepat untuk meringkaskan keperibadian pemuda bernama Eiiden itu. Disebalik sikap tegas dan kelihatan sukar untuk bertolak ansur, dia sebenarnya seorang yang sangat mengambil berat tetapi dalam caranya sendiri. Ara sedar jika yang lain-lain melayaninya tidak ubah seperti anak kecil yang perlu dijauhkan dari sebarang bahaya-tetapi istilah mengambil berat versi Eiiden tampak sangat berbeza malah ada kalanya sedikit kejam.Tidak lain adalah kerana dia mahu Ara tumbuh menjadi satu susuk yang berkeperibadian teguh, kuat, berdikari, tegas dan tahan banting.

Ara juga tahu. Jika Dayang Chi dan Cik Nara tiba-tiba sahaja mengalah dan membiarkan dia melakukan sesuatu yang pada hemat dua wanita itu adalah pekerjaan yang sangat tidak wajar dikerjakan oleh seorang yang berstatus Puan Muda sepertinya-ia adalah tidak lain kerana Eiiden melonggarkan dan membenarkan hal tersebut berlaku.

Walaupun memiliki raut wajah yang sangat serupa dan hanya dibezakan dengan warna rambut yang hitam bertona sedikit keunguan serta tidak memiliki tanda lahir seperti Eiiden, sebaliknya Aiiden adalah kebalikan 180 darjah dalam hal yang melibatkan Ara.Dia tidak teragak-agak menentang abang kembarnya jika Eiiden sedang ligat memarahi Ara.Sikap tegas dan bertanggungjawab Aiiden akan dikompromikan apabila berurusan dengannya malahan dia bertukar menjadi susuk yang selalu mengalah kepada Ara.

Dua sepupu dari keturunan Bangsa Zinxs itu sedang berada dalam musim paling ranum sebagai pemuda dalam usia akhir 20-an , lahir sebagai pewaris kekayaan keluarga bangsawan Lycan dan memiliki wujud fizikal diatas rata-rata. Mereka sepatutnya sudah mulai memikirkan tentang memiliki keluarga sendiri dan bersedia menghadapi kehidupan yang lebih mapan bersama isteri dan anak-anak.

Namun, lihatlah keadaan mereka. Tidur saling berdesakan di atas lantai hanya untuk memastikan mereka akan segera terjaga ditengah malam jika Ara memerlukan sesuatu.Tersekat dalam perjalanan takdir aneh yang sepertinya hanya berkisar untuk melindungi Ara daripada ancaman yang begitu ajaib kerana datang bertubi-tubi dan
ia adalah satu hal yang membuatkan Ara selalu rasa bersalah sehingga kadangkala membuatkan dia membenci dirinya sendiri.

Selesai merapikan selimut yang menyerkup Aiiden, Ara beralih kepada satu susuk tubuh di atas sofa panjang yang tidur menelentang dengan meletakkan kedua-dua tangannya ke atas dada. Berbaring tanpa selimut dan tidak sempat menanggalkan kaca matanya.Ken.Salah seorang daripada sepupunya yang merupakan garis tulen bangsawan Athos bahkan bakal menaiki takhta Istana Besar kelak.

Last Hunter :  DistopiaWhere stories live. Discover now