especially for those who request and ask about it :
ariatiusman
BlurryQiQiF Leena_syiha
NescafeAisKawBEGINNING OF THE END:ONE SHOT
================================STRING OF FATE : N
A/N :I am way too free due to Movement Control Order and two week self quarantine plus I miss this story so much. So, why not?
================================
Ketul batu-batu leper sederhana besar yang diangkut Aiiden segera disusun membentuk bulatan sebelum Ken menyalakan api di tengah lingkaran batu tersebut.
Boleh sahaja mereka menyalakan api di sebarangan tempat tetapi Ara yang kambuh lagi sikap merepeknya itu bermati-matian menegaskan mereka perlukan batu-batu tersebut bagi mengelakkan api daripada merebak sehingga mengakibatkan hutan tersebut terbakar.
Maka, dituruti sahajalah kegilaannya tanpa banyak soal. Silap andai ada yang mengatakan mereka terlalu memanjakan Ara dengan menuruti apa sahaja permintaannya tetapi seisi rumah tahu mereka berlapan memang tidak tahan jika Ara sudah berulah yang tidak-tidak. Lalu untuk selamat, ya.. biarkan sahaja dia melakukan sekehendak hatinya asalkan bukan perkara yang berbahaya.
Tetapi, dengan Ara-bahaya apa lagi yang belum pernah ditempuhi anak itu?
Walaupun cuaca musim luruh tidak terlalu dingin menjelang malam namun menyalakan unggun api adalah hal pertama yang perlu dilakukan mereka sebaik sahaja sampai ke kawasan tersebut dengan niat asap daripada unggun api itu berjaya menghalau serangga terutama sekali nyamuk yang meraikan pesta menyambut kedatangan sembilan susuk tubuh tersebut ke situ.
Eiiden yang memang terkenal tidak banyak kata segera mengeluarkan isi beg yang disandang Mark berupa pek-pek makanan kering dan juga peralatan memasak sementara Ryu yang menghilang sebentar ke dalam semak-samun berhampiran tebing sungai tersebut muncul tidak lama kemudian dengan menjinjit seikat dahan juga ranting kering untuk dijadikan kayu bakar.
Minggu senggang N akhirnya tiba setelah Kumpulan Lycan berjaya melancarkan koleksi pakaian yang terbaru dan sudah menjadi kebiasaan sesiapa sahaja yang telah menyelesaikan satu-satu tugasan besar akan diberikan cuti dan sejumlah insentif sebagai tanggungjawab sosial dan kebajikan Kumpulan Lycan kepada para kakitangannya.
Dan ketika N mempelawa Ara menyertainya berkunjung ke Permukiman Aldion,Ara bukan kepalang gembira.Tetapi sepertinya pemergian ke permukiman Bangsa Myrth itu mempunyai kesan domino yang aneh.
Sebaik sahaja Rein juga Ryu termakan pujukan Ara untuk menyertainya, Eiiden sudah tidak senang duduk. Bukan dia tidak mempercayai tiga orang sahabat karibnya itu dalam hal yang menyangkut keselamatan Ara kerana mereka tahu Ara boleh menjaga dirinya sendiri.
Namun apa yang membimbangkannya ialah tiga orang tersebut memang terkenal sebagai biang kepada hal-hal yang tidak masuk akal terutama sekali Ara.
Kebimbangan Eiiden bukan tidak berasas lalu senyap-senyap dia sengaja melapangkan jadualnya yang sibuk dan mengatakan dia ingin sekali menjenguk ayah dan ibu N setelah agak lama tidak bertanya khabar.
YOU ARE READING
Last Hunter : Distopia
FantasyKitab Mirria. Kitab itu kitab terkutuk dan sangat tabu .Dalam masa yang sama, kemunculan seorang pemuda membuatkan Ara kembali lagi terjebak ke dalam pertualangan mistik dan berbahaya tanpa dia ketahui ada suatu kejahatan yang mengintai. Sementara K...