-41-

246 24 8
                                    

IMBAS SEMULA.
2 JAM SEBELUM

 Si No.4 yang duduk di sebelah ruang tempat memandu itu hanya memerhatkan premis tersebut dengan tatapan mata setajam helang.Di tengah limpahan sinar matahari yang tidak panas pada pagi musim bunga itu,premis tersebut kelihatan kemas dan terjaga.Pintu dan juga dinding yang menghadap ke jalan utama itu semuanya diperbuat daripada kaca pandang sehala yang jika dilihat dari jauh berwarna sedikit gelap.

Pasu-pasu bunga berdaun hijau yang licin berkilat berjejer di tepi dinding dalam jarak yang tidak terlalu rapat sementara dua pasu besar yang ditanami tanaman hiasan berupa rimbun-rimbun keladi liar berdaun lebar mengapit pintu kaca yang telah sedia mempamerkan tanda BUKA yang digantung bagi mewar-warkan klinik tersebut beroperasi seperti biasa.Dan tepat di atas bingkai pintu,satu papan tanda perniagaan yang bertulis KLINIK REV dalam tulisan yang terang dan jelas hingga ke seberang jalan.

" Okey.." Tiba-tiba sahaja suara Irisa memecah kesunyian di dalam van tersebut yang sejak daritadi hanya dipenuhi bunti gemertak jari-jari kurus Si Kembar Olga itu mengetuk papan kekunci komputer di atas ribanya. " Semuanya sudah sedia.Kamera keselamatan tidak akan merakam apa-apa dalam tempoh masa satu jam dari sekarang."

" Baik." No.4 meraih gagang pintu van sambil menyarung topi hitam ke kepalanya .Dalam masa yang sama, jari kanannya menekan punat tertentu pada jam tangan yang melingkar pada lengan kanannya mengaktifkan tetapan tertentu pada jam tangan tersebut " Sepuluh
minit.."

Irisa dan No.7 sekadar menganggukkan kepala kerana masing-masing tahu bagaimana mereka bekerja secara berpasukan seperti selalu.Sepuluh minit yang dimaksudkan No.4 adalah tempoh masa kritikal di mana mereka perlu menyelesaikan segala apa yang telah dirancang sebelum ini.Mandatori.Tidak boleh gagal sama sekali ! 

Sementara No.4 melangkah tenang menuju ke premis tersebut,Si No.7 menanggalkan pakaian yang dipakainya tatkala menyelinap masuk ke dalam premis tersebut dengan menyamar sebagai salah seorang daripada pekerja penyelenggaraan yang melakukan pemeriksaan berkala terhadap sistem pengaliran udara di permis itu.Baju berwarna biru tua dengan empat poket pada bahagian hadapan dada itu dicampak semberono ke ruang belakang van.

Tidak terlalu sukar untuk mereka melakukannya berkat kemahiran dan bakat menggodam yang dimiliki oleh Irisa.Mel elektronik dihantar ke peti masuk klinik tersebut dua hari yang lepas  dengan menyatakan bahawa sistem pengaliran udara di premis tersebut perlu diselenggara dan tanpa banyak soal Si No.7 dibenarkan memasuki klinik tersebut-dengan pengenalan palsu tentunya.

Penyamaran No.7 terlalu bersahaja sehingga tidak mengundang curiga para kakitangan klinik tersebut apatah lagi setelah memperlihatkan surat arahan penyelenggaraan yang tertera jata pihak berkuasa tempatan dan juga kotak segi empat yang dijinjit pemuda itu.Segala-galanya palsu tetapi tampak benar dan meyakinkan.

 Perlu masa hanya lima minit untuk No.7 memasang satu penyembur kecil yang berisi pekatan tinggi cecair Midazolam,salah satu sedatif yang kuat ke dalam penyaman udara yang terpasang pada bilik di mana sasaran mereka iaitu Ara akan bertemu dengan kaunselor dengan nama Dr.Rev itu.Ditetapkan pada selang masa beberapa saat untuk penyembur tersebut menyemburkan cecair Midazolam ke ruangan itu dan dalam kemolaran yang tinggi yang telah dihitung dosnya mengikut keluasan bilik tersebut,sesiapa sahaja yang terhidu wap bahan sedatif itu pasti akan tidak sedarkan diri dalam masa beberapa minit kemudian.

Bunyi melenguh seperti kerbau yang berusaha untuk melepaskan diri daripada ikatan serentak membuatkan mereka berdua menoleh. Di ruangan belakang van tersebut,satu susuk tubuh terbaring di atas lantai tanpa beralaskan apa-apa dengan mata,tangan dan juga kaki yang sudah diikat dengan tali.

Last Hunter :  DistopiaWhere stories live. Discover now