Melihat Ara semakin pucat dalam pangkuan Rein,Aiiden kalap dan terlanjur murka dengan tindakan tidak masuk akal lelaki tua yang melepaskan anak panah kepada Ara itu.Anak panah bermata perak dengan hujung daripada pelepah burung berwarna merah itu menancap dalam dan daripada luka pada dada Ara tersebut,baju dimana anak panah itu tertembus sudah menggenangkan darah .Telap dalam tekapan tangan N yang kelihatan panik buat beberapa ketika.
Dengan gigi yang terketap , mata Aiiden tidak berkedip sedikit pun tatkala dia menarik sebatang anak panah daripada bekas kulit yang tersandang pada belakangnya lalu melepaskan anak panah itu ke arah lelaki tersebut.Namun,dengan ketepatan luar biasa lelaki renta itu hanya menggerakkan kepalanya sedikit dan anak panah bermata perak tersebut meleset sekadar beberapa inci dari dahinya.
Sementara itu,Putera Reiid juga dua pengawal peribadi rapatnya itu tidak tahu hendak melakukan apa dalam keadaan yang terlalu mendadak begitu.Bukan sahaja kerana dia sedang memangku tubuh anak muda bernama Andra yang sempat tumbang berhampiran kakinya tetapi juga kerana dia masih tergamam apabila melihat Ara rebah di hadapan matanya sendiri dan ia tidak lain adalah disebabkan oleh gurunya sendiri.
Malahan pandangan matanya saling silih berganti antara Andra yang terketar-ketar berpeluh dingin dan sedang memeluk tangannya kejap menggumamkan sesuatu yang tidak jelas,Ara yang sedang dipangku oleh pemuda tinggi lampai berwajah ketakutan dan akhirnya kepada abang-abang Ara yang saling berdiri menghunuskan senjata masing-masing itu.
Suasana di kawasan hadapan balairong tersebut tiba-tiba sahaja terasa mencengkam.Penuh dengan aura perseteruan yang membuak-buak.Vixx mengetap giginya apabila merasakan ada tenaga aneh yang melingkari tubuh Ara dan ia bagaikan menolak kesan mantera penyembuhan yang digumamkannya dalam usaha mereka untuk menyelamatkan gadis itu.
Setiap kali dia mencuba untuk menggunakan mantera yang lain,Ara kelihatan seperti direnjat oleh aliran elektrik mengakibatkan tubuhnya kejang dan darah yang mengalir dari kedua-dua sudut bibirnya juga bertambah banyak.
" Ara.."
N menyeru nama gadis tersebut sambil menyeka peluh yang berbutir di dahinya.Melihat gadis tersebut dalam keadaan begitu mengingatkan N kepada kejadian sama yang pernah berlaku dulu sehingga menyebabkan mereka kehilangan Ara buat beberapa ketika.
Melihat wajah pucat gadis tersebut dan hujung jarinya yang semakin dingin,N tahu anak panah tersebut bukan sekadar sebatang anak panah bermata perak yang sudah pasti menjejaskan Ara seperti kelazimannya mereka yang berbangsa Zinxs,tetapi juga yakin anak panah tersebut juga mempunyai sihir dan mantera pembunuh.
Kemunculan tiga susuk tubuh berselubung itu sahaja sudah cukup mencetuskan aura aneh dan tenaga luar biasa yang meluap-luap terutamanya dari susuk tubuh lelaki yang kelihatan paling tua antara mereka bertiga itu.
" Bertahanlah,Ara..."
Rein sudah merah padam menahan amukan rasa hatinya melihat Ara dalam keadaan begitu dengan tangan yang juga gementar tidak terkawal menekapkan tapak tangannya ke dahi gadis tersebut dan mulai menggumamkan mantera-mantera penyembuhan daripada Bangsa Nymph yang pernah dipelajarinya.
Dalam masa yang sama juga,dia memang tidak habis fikir tentang mudarat apa yang dimaksudkan lelaki tua itu terutama sekali apabila dia menyebutkan bahawa Ara adalah sendiri adalah Kitab Mirria ! Hendak memijak semut pun gadis itu berfikir banyak kali dan kini entah mengapa dia dikatakan sebagai Kitab Mirria,kitab pembawa malang yang memang disebut banyak kali dalam manuskrip sihir kuno Bangsa Nymphoria.
Ara yang dikenalinya memang agak jauh daripada perkataan normal. Dia kasar, tidak siuman sikapnya, aneh, degil dan menyebalkan tetapi sangat mustahil untuknya melakukan sesuatu yang boleh mendatangkan bencana kepada orang lain. Disebalik himpunan sikapnya begitu, dia pula memiliki semangat setia kawan yang sangat luar biasa malahan mereka berlapan adalah saksi mata bagaimana Ara tidak pernah berfikir dua kali untuk berdepan bahaya demi keselamatan saudara-saudaranya itu.
YOU ARE READING
Last Hunter : Distopia
FantasyKitab Mirria. Kitab itu kitab terkutuk dan sangat tabu .Dalam masa yang sama, kemunculan seorang pemuda membuatkan Ara kembali lagi terjebak ke dalam pertualangan mistik dan berbahaya tanpa dia ketahui ada suatu kejahatan yang mengintai. Sementara K...