BAB BONUS : MODUS OPERANDI 1

227 17 80
                                    

BEGINNING OF THE END: ONE SHOT
================================
A/N : Saya akan terus update cerita ni selagi ada idea sampailah pembaca termuntah. So, read it or just leave it.
================================

Buat kali pertama sepanjang puluhan tahun usianya,Reiid memahami bagaimana perasaan seekor pelanduk yang dicampak ke dalam kandang harimau.Ditatap seperti dia telah melakukan satu dosa nan tidak terampunkan masih terbilang hal biasa buat Reiid kerana itu adalah pandangan biasa yang diterimanya setiap kali dia berkunjung ke Rumah Agam atapun ketika terserempak di mana-mana .

Tetapi apabila sepasang mata memandangnya bagaikan dia ialah ketulan daging segar penuntas rasa lapar para kaum singa dan harimau dan ada pula seringai senget yang memperlihatkan sedikit deret gigi begitu,Reiid tidak tahu hendak melakukan apa lagi.

Erza.Reiid tahu nama anak dengan rambut panjang mencecah tengkuk dan diikat sebahagian itu dan dia terpaksa akur dari mana anak tersebut memperolehi tatapan yang mempunyai aura penunduk begitu.Tentu sahaja dia memperolehinya daripada sang ayah yang pada awal perkenalan mereka dahulu sempat dilabelkan Reiid sebagai seorang pemuda dengan tampang menggerunkan.

Bergabung pula dengan genetik ibunya yang dikhabarkan merupakan seorang pakar pemprofilan jenayah-lahirlah Erza dengan persona intimidasi begitu.Malahan ketika sedang berdiri di hadapannya-walaupun tinggi Erza hanya beberapa inci di paras dada-Reiid merasakan dirinya seakan-akan sedang berdiri tegak memegang papan bernombor di dalam sebuah bilik kawad cam Biro Keselamatan Persekutuan.

Dengan rambut diikat sebahagian di tengah kepala,gelinjang otot bisep dan trisep pada lengannya yang jelas kelihatan kerana hanya menyarung baju hitam tanpa lengan dan sangat diyakini Reiid sebagai hasil latihan dan minat anehnya kepada seni mempertahankan diri,baju pola petak-petak hitam biru yang diikatkan ke pinggang,menyandang beg pada bahu kanan,jeans hitam yang mendakap kakinya dan akhir sekali kepada sepasang kasut but bertapak tebal begitu-Reiid sangat yakin satu perkara.

Dididik dengan betul,Erza pasti membesar dan mewarisi perniagaan keluarga dan tampil sebagai seorang CEO muda dengan karisma dingin dan aneh.Atau tergelincir sedikit,dia mungkin akan memperagakan pakaian daripada jenama terkenal dan mempamerkan raut wajah misterius begitu di atas pentas peragaan sebagai seorang model kerana walaupun masih kecil,anak itu sudah memiliki nisbah tubuh yang seimbang.Atau paling kurang,dia boleh berakhir menjadi seorang bintang filem yang membintangi filem-filem dan drama pecah panggung.

Tetapi jika tergelincir sangat jauh-walaupun kedengaran mustahil-dalam balutan dan imejnya begitu,Reiid dapat membayangkan anak ini menjadi seorang petarung di tengah gelanggang dalam susuk berdarah di sana sini ataupun menjadi jaguh jalanan yang digeruni,tangguh dan tahan banting.

Merajai gerombolan penjahat dan memerintah dengan kekuatan serta bidikan senjata api.Betapa tidak.Lihat sahaja otot lengan dan kakinya.Kukuh.Pejal dan mampat.Jangan lupakan kenyataan bahawa dia baru sahaja mendapat peringkat kedua tali pinggang hitam yang ditandai dengan garis benang keperakan pada hujung tali hitam yang melilit pinggangnya walaupun usianya baru mencecah 9 tahun.

Haih..ketepikan dahulu kemungkinan-kemungkinan aneh begitu dan buat masa ini,susuk anak dengan aura aneh itulah yang perlu dihadapi terlebih dahulu.

Satu- Reiid memang tidak tahu bagaimana hendak melayani kanak-kanak kerana dia lahir sebagai satu-satunya anak dalam keluarga.Dua-anak itu pula ialah Erza salin-tampal kepada susuk sang ayah.Pemuda yang menyeruak nuansa mencengkam dan perlu berfikir banyak kali agar tidak berurusan dalam keadaan tidak menyenangkan dengannya.

Nah..bagaimana Reiid boleh terjebak dalam situasi begitu salahkan tiga ratus peratus kepada Zethus dan Cassius.Seperti tahun-tahun yang sudah,Kumpulan Tristar yang merupakan antara penyumbang dana kepada beberapa buah sekolah sebagai memenuhi tanggungjawab sosial akan terlibat secara langsung kepada acara tahunan berupa 'Hari Kerjaya' dan ia merupakan acara rasmi dalam kalender korporat syarikat tersebut.

Last Hunter :  DistopiaWhere stories live. Discover now