Tubuh Ara yang lembik pantas disambar oleh Rein dan pemuda itu tanpa sedar menggeletar tidak keruan.Wajah Ara yang perlahan-lahan bertukar pucat dipandangnya dengan mata yang terbelalak.
Sementara itu, Eiiden dan yang lain-lain berhamburan berlari menuju ke arah Rein yang terduduk melutut memangku Ara.Eiiden sama halnya seperti Rein menekap pangkal anak panah yang menancap ke dada kiri Ara juga dengan jari-jari yang menggeletar. Merasakan ada darah hangat yang menggenangi jari, pemuda itu menoleh semula ke belakang dengan mata yang kemerahan dan urat-urat timbul pada pelipisnya.
" Siapa?? "
Geramnya melalui celah gigi yang diketap. Walaupun suaranya tidak melengking nyaring, Aiiden-Mark dan Andra hampir bergidik ngeri apabila mendengar suara rendah penuh kemarahan itu dilontarkan Eiiden.
Tidak lain kerana ia adalah suara sang alfa yang tidak akan teragak-agak mencarikkan kerongkong mangsanya!
Manakala Vixx dan N pantas menerpa Rein yang menggeletar dengan wajah yang juga memerah hingga ke telinga.Suasana di ruang halaman hadapan balairong yang tidak berbumbung itu mendadak senyap seperti padang jarak padang tekukur. Putera Reiid yang tergamam dan Panglima Cassius yang terpegun. Kedua-duanya kaku dengan mata yang terkebil-kebil.
" Siapa??!! "
Tempik Eiiden membuatkan bahu yang lain-lain terlonjak bagaikan dicucuh api. Mendengarnya, Mark dan Ken berlari siaga dan berdiri di sebelah Eiiden yang semakin hilang sabar.
Bukan mereka sahaja malahan setiap orang yang berada di situ juga menoleh ke arah pintu utama dan perlahan-lahan ada susuk tubuh yang semakin jelas.
" Guru !" Putera Reiid merasakan rahangnya hendak terjatuh apabila imej tiga orang lelaki tersebut semakin jelas dalam penglihatannya.
Dan demi mendengarkan nama tersebut disebutkan oleh Putera Reiid,setiap pasang kepala yang berada di situ meligas dan serentak pula Eiiden dan yang lain-lain menatap pemuda itu dengan rahang yang kaku.
" Aappaa yaaang Guru lakukan?"
Tiga susuk tubuh yang berselubung hingga ke mata kaki itu menurunkan penutup kepala mereka hampir serentak.Rabay Tua yang sudah kelihatan renta dengan mata hampir tertutup itu melangkah amat perlahan sambil tongkat di tangannya ditujahkan ke tanah ,membantu tubuhnya menampung beratnya sendiri.
" Patik melakukan apa yang sepatutnya,Tuanku!"
Eiiden menggeram dengan rahang yang kaku dan tatapan tajam dilayangkan kepada tiga susuk tubuh di hadapannya itu.
" Katakan apa sangat mudarat yang boleh didatangkan oleh Ara kepada kalian ! "
Mark dengan wajah kelam mengeraskan suara dan tanpa sedar telah menghunuskan pedang ditangan kanannya.
Seperti mana yang telah dipersetujui mereka sebelum berangkat dengan memaksa Andra sebagai penunjuk jalan,seboleh-bolehnya mereka tidak akan melakukan sesuatu yang boleh dianggap sebagai suatu bentuk perlanggaran undang-undang dan adat resam setempat.
Tambahan pula,terlalu sedikit maklumat yang diperolehi mereka tentang penempatan Bangsa Apollyon tersebut dan ia sudah cukup menjadikan mereka sangat berhati-hati.Niat mereka Cuma satu yakni membawa Ara pulang semula ke Rumah Agam dan menyelesaikan masalah lain yang sedang menanti mereka.Hanya itu dan hal-hal lain mereka tidak mahu ambil perduli.
Namun apabila melihat Ara terbaring dalam keadaan separuh sedar begitu,segala perjanjian tidak bertulis sesama mereka buyar mendadak.
Persetan dengan semuanya!
Mendengar pertanyaan daripada pemuda yang memperkenalkan diri sebagai Eiiden itu,Putera Reiid merasakan wajahnya seperti disimbah oleh air panas dan wajah Ara yang mulai pucat itu memenuhi segenap pandangannya.
YOU ARE READING
Last Hunter : Distopia
FantasyKitab Mirria. Kitab itu kitab terkutuk dan sangat tabu .Dalam masa yang sama, kemunculan seorang pemuda membuatkan Ara kembali lagi terjebak ke dalam pertualangan mistik dan berbahaya tanpa dia ketahui ada suatu kejahatan yang mengintai. Sementara K...