-59-

270 32 26
                                    

Jika tidak melihat sendiri apa yang telah dilakukan oleh lelaki yang sedang merentangkan tangan kepadanya itu,Rabay Tua sudah pasti akan mengalu-alukankan kedatangannya ke Lembah Zardus.Mynhy yang kemudiannya diberikan nama sebagai Ark yang membawa maksud Terpilih dalam Bahasa Apollyon purba itu masih sahaja merupakan anak muridnya yang paling berbakat.

Anak muda berbangsa Nymphoria yang sejak mula lagi disedarinya sangat berbakat dengan rambut putih keperakan dan bermata hijau itu hampir segera menempati posisi tertinggi dalam kalangan anak-anak muda yang mengikutinya dan mempelajari segala sesuatu tentang ilmu kuno Bangsa Apollyon.

Selain berbakat,dia juga paling ringan tulang dan tidak perlu diarah-arah untuk melakukan pekerjaan rutin di Hut Amra.Hal-hal sukar yang melibatkan penguasaan ilmu sihir serta dunia perubatan dan herba-herba itu dikuasainya dengan mudah.Maka jelas sekali ia adalah hasil daripada kerja keras dan juga kebolehan yang mengalir dalam darahnya sebagai salah seorang daripada keturunan tulen bangsa penyihir Nymphoria.

Guru mana juga yang tidak berbangga jika menyaksikan sendiri perkembangan anak muridnya menjadi seorang yang berjaya namun lama kelamaan ada sesuatu yang menjentik nurani Rabay Tua apabila pada suatu malam Ark mengutarakan sesuatu yang sebenarnya sangat dikesali olehnya sehingga kini.

Apabila Ark bertanyakan sesuatu tentang sihir pemisah jiwa ,Rabay Tua sudah mengernyit bingung kerana mahu tidak mahu terpaksa dia mengakui bahawa Ark semakin memiliki kecenderungan untuk mengetahui tentang sihir-sihir terkutuk dunia kegelapan.

Sihir Napahea.Menyebutkan nama tersebut sahaja sudah cukup membuatkan Rabay Tua bergidik ngeri.Entah dari mana pemuda itu mendengar akan hal tersebut Rabay Tua sendiri tidak tahu.Sepanjang pengetahuannya,terlalu sedikit catatan yang pernah ditemuinya menyebutkan nama sihir tersebut kerana ia jelas sekali adalah satu sihir yang sangat tabu hatta kepada mereka yakni bangsa penyihir sekalipun.

Kutukan terbesar yang bagaimana lagi boleh dikatakan kepada mereka yang memisah-misahkan jiwa sendiri dan menyembunyikan sisa tersebut sehinggakan pemilik asal jiwa itu sukar untuk dikalahkan? Bukan sahaja sangat melanggar tataan alam malahan ia juga sangat dilarang dalam kalangan bangsa penyihir.

Hendak memisahkan satu jiwa sahaja memerlukan tumbal darah yang bukan sedikit.Dan lebih daripada itu,apa logik akal yang menjelaskan tentang Ark bertanyakan ilmu tersebut kepadanya sedangkan Sihir Napahea sebenarnya pernah dilakukan oleh Bangsa Nymph dari suku Helead sendiri?

Pertama kali dikhabarkan oleh Raksasa Pirrha tentang kewujudan seseorang gadis yang memiliki sesuatu persamaan dengan pemuda yang pernah diharamkan untuk memijakkan kaki lagi ke tanah di permukiman Bangsa Apollyon kerana berusaha untuk mempelajari ilmu gelap Sihir Napahea itu-hatinya sudah berdetak tidak senang.

Rabay Tua masih sangat keliru apabila merasakan ada ketikanya aura kegelapan di dalam tubuh gadis tersebut seakan-akan hendak meledak tetapi dihalangi oleh sesuatu entah apa.Seakan-akan di dalam tubuh gadis tersebut ada tenaga kejahatan dan kebaikan yang saling bertembung sesama sendiri.

Dak keraguannya telah terjawab kini ! Ark atau Mynhy-pemuda yang diharamkan menjejak kaki ke Lembah Zardus itu terpacak tegak lagi di hadapannya dengan kekuatan gelap yang sukar dijelaskan.

" Sihir Napahea.." Mata tua lelaki itu mengerjap kesal " Apa ini yang kau inginkan,Ark?"

Ledak tawa Tetua Myn menjawab mewakili jawapannya dalam nada paling biadap dan tidak perduli.Sedangkan dalam masa yang sama N,Vixx dan juga Rein yang mengetahui serba-sedikit tentang hal tersebut sudah terpegun kaget dan saling berpandangan sesama sendiri.

Hendak melarikan Ara daripada situasi berbahaya tersebut sudah menjadi suatu hal yang sangat mustahil kerana setiap kali Tetua Myn melangkah,tubuh longlai berlumuran darah Ara yang terapung beberapa kaki daripada permukaan tanah tersebut akan mengikutinya.Ditunjang dan diheret oleh suatu tenaga gelap yang tidak kelihatan,lebih malang lagi setiap kali mereka cuba untuk mendapatkan Ara semula-setiap kali itu jugalah tubuh mereka akan tercampak semula ke belakang bagaikan dirempuh oleh sesuatu.

Last Hunter :  DistopiaWhere stories live. Discover now