-8-

346 42 78
                                    

Vixx yang berlari anak menaiki tangga menuju ke tingkat atas Rumah Agam menolak pintu dengan kasar dengan wajah bersimbah peluh.Sementara rambut kelabu dengan tona hitam pada pangkalnya itu sedikit berantakan, kot luar yang biasa dikenakan pemuda itu sudah tidak ada. Hanya menyisakan kemeja T hitam berlengan pendek tidak berkolar dan jeans biru.Petanda dia balik dalam keadaan paling tergesa-gesa dan tidak mengejutkan andai dia mengatakan urusan dengan pembekal di Metro Selatan masih belum selesai.

" Eiid.. " pantas dia bertanya walau dengan nafas masih menyendat dipangkal dada. " Apa yang berlaku sebenarnya? "

Eiiden tidak segera menjawab tetapi sebaliknya mundar-mandir di hadapan meja sambil sesekali meraup wajah.Segera pandangan Vixx ditolehkan kearah Aiiden dan kemudian kepada Ken yang masih bercakap sesuatu dengan seseorang dihujung talian sana.

" Ara hilang. " Rein mencelah " Dan Ryu yang bertanggungjawab "

" Hei!! " Ryu mengetatkan wajah."Hati-hati dengan perkataan tu.Pembetulan. Yang betulnya adalah seseorang yang menyerupai aku "

Rein mengangkat kedua-dua tangannya ke paras telinga dengan lagak menyerah kalah dan Ryu mendengus sekali lagi. Dia tahu Rein tidak bermaksud sedemikian tetapi rasanya tidak ada perkataan yang paling tepat bagi menggambarkan situasi tersebut ketika itu.Kerana bagaimana mungkin dia dikatakan membawa Ara sedangkan dia baru sahaja tiba dan Ara sudah tidak ada di situ.

" Sudah laporkan ke Biro Keselamatan? "

" Perlu lebih daripada 24 jam. "

Vixx bingkas bangun demi mendengarkan kata-kata Ken begitu. Menunggu untuk tempoh 24 jam adalah perkara paling meresahkan kerana sudah lebih enam jam Ara hilang tanpa dapat dikesan walaupun mereka sudah berkeliling mencarinya hampir di setiap ceruk bandar Metro Sentral itu.

Ara tidak pernah pergi bersendirian tanpa ditemani oleh Zeeo dan Aeizi apatah lagi memandu sendiri kerana mereka tidak pernah pula membenarkan Ara berpergian seorang diri tanpa berteman. Dan kenyataan bahawa dia tidak pernah memandu sendiri sudah cukup menjadi alasan untuk mereka risau kerana tidak mungkin Ara pergi ke mana-mana tanpa pengetahuan mereka.

" Ara.. " N separuh bergumam " Kali ini apa lagi ?"

+ + +

Ara tersentak dan pantas membuka matanya apabila mendengar ada suara yang sayup memanggil namanya. Bersimpang siur seperti siaran radio yang terganggu. Berdengung tenggelam timbul dan memaksanya untuk duduk. Gelap dan ada bau karat memenuhi deria bau Ara dan setiap kali dia menggerakkan kaki dan tangannya-kulitnya semakin perit apabila bergesel dengan tali kasar yang digunakan untuk mengikatnya.

Dengan mata, kaki dan tangan yang terikat begitu Ara meligas ke kiri dan ke kanan cuba menajamkan deria pendengarannya tetapi tidak ada bunyi jelas yang didengarnya. Hanya bunyi menderu yang sayup entah apa.

Ara tidak tahu bagaimana dia boleh berada di tempat itu dan apabila menyedari keadaannya yang berikat dan sedang terperosok di atas lantai yang sejuk dan berdebu,jika Ryu yang melakukan hal tersebut untuk tujuan bergurau-hanya dua patah perkataan yang melintas di dalam fikiran Ara.

SANGAT MELAMPAU !!

Hal terakhir yang diingati Ara adalah Ryu tidak memandu kereta yang membawa mereka ke Istana Besar melalui jalan biasa tetapi sebaliknya menggunakan jalan yang dirasakan Ara lebih jauh dan sunyi atas alasan jalan biasa menuju ke Istana Besar mengalami kerosakan akibat tanah runtuh dan entah mengapa ada bau aneh yang meruap melalui pendingin hawa kereta Ryu membuatkan Ara diserang rasa mengantuk yang hampir serta-merta mengakibatkan kepalanya berat.

Last Hunter :  DistopiaWhere stories live. Discover now