BAB BONUS - TRIBUTE TO THE READERS

419 25 83
                                    

especially for those who request and asked about it :
Leena_syiha
BlurryQiQiF
NescafeAisKaw

BEGINNING OF THE END : ONE SHOT

================================
STRING OF FATE : AIIDEN

Aiiden buat beberapa saat terkedu dan air liurnya mendadak bertakung di kerongkong membuatkan dia terbatuk keras.Deretan aksara membentuk ratusan patah perkataan itu ditulis dalam tulisan tangan yang tidak boleh dikatakan sebagai tulisan yang kemas tetapi tetap sahaja dapat dibaca.

Kononnya pada suatu ketika dahulu, Dewi Bulan yang merasa terhina dengan ejekan Dewa Hist kerana sang dewi sering dirindui oleh seekor pungguk telah menyumpah Dewa Hist agar terikat dengan seorang pasangan sahaja seumur hidup tetapi untuk mengenali pasangan takdirnya itu masih merupakan hal paling misteri dan tidak diberitahu sedikit pun oleh Dewi Bulan dengan tujuan untuk menghukum Dewa Hist.Dewi Bulan lalu menolaknya sehingga terlempar ke bumi.

Dewa Hist terpaksa menyesuaikan diri dengan kehadiran makhluk lain dan menjelma menjadi manusia tetapi pada waktu-waktu tertentu Dewa Hist akan menjelmakan dirinya menjadi seekor serigala dan sering memarahi Dewi Bulan kerana menghumbankannya ke dunia terutama sekali ketika sang dewi memperlihatkan diri dengan jelas yakni semasa bulan purnama penuh.

Menurut mitos,para makhluk serigala jadian akan dapat mengenali pasangan masing-masing yang disebutkan sebagai 'Mate' itu melalui bau khusus yang hanya diketahui oleh sang empunya pasangan sendiri.

Aiiden menyengetkan kepalanya.Risih .Rimas dan jengkel dengan bait perkataan tersebut yang entah mengapa terasa menjentik kemarahannya secara tiba-tiba.Nama juga mitos dan tidak ada pula bukti yang mampu mengesahkan kesahihan cerita tersebut.

Hakikatnya,Bangsa Zinxs seperti mereka akan mendapatkan tenaga aneh daripada sinaran terang bulan purnama dan dalam keadaan yang tidak dikawal-para makhluk daripada Bangsa Zinxs akan bertukar menjadi lebih ganas dan dominan pada masa tersebut.

Ya.Untung sahaja mereka memilih untuk memasang implan yang ditanamkan ke pangkal saraf tunjang untuk mengawal trait semulajadi tersebut.

Pembohong besar ! Detak hati Aiiden sambil kepalanya terpusing ke segenap arah cuba mencari siapa gerangan pemilik helaian kertas yang memaparkan kisah mengarut paling tidak masuk akal tersebut.

Ruang kedai buku tersebut senyap-sunyi dan jumlah pelanggan yang mendatangi premis tersebut hanya seramai tiga orang termasuk dengannya.

" Hei !! "

Aiiden terjerit apabila dari celah buku yang tidak rapat susunannya di dalam rak, satu tangan tiba-tiba terjulur dari lorong sebelah yang dipisahkan dengan rak tinggi berisi buku tersebut menjangkau helaian kertas yang dipegangnya.

Dengan mengetap gigi akibat tindakan yang dianggapnya sangat tidak ada tatakarama itu,Aiiden melebarkan langkah memasuki lorong sebelah.

" Pulangkan ! "

Aiiden menyambar pantas pergelangan tangan susuk tubuh tersebut membuatkan pemilik tangan itu terhenti dan beberapa helai kertas berhamburan jatuh di hujung kasut pemuda itu.

Helaian yang sama.Tulisan tangan yang sama .

" Ini.." Aiiden meluruskan semula tubuhnya setelah membongkok untuk mengutip kertas yang bertaburan di hadapannya." Leyna ?"

Last Hunter :  DistopiaWhere stories live. Discover now