Darah pewaris?
Eidden menatap Ara dengan wajah pucat dan bibir menggeletar.Saling berganti dengan Putera Reiid yang kelihatan seperti sedang dirasuki suatu semangat jahat.
Wajahnya datar dengan pandangan mata yang kosong namun jelas daripada batang tubuhnya Eiiden merasakan luapan tenaga gelap yang seratus peratus pasti disebabkan oleh lelaki bernama Tetua Myn yang sedang tertawa-tawa penuh kemenangan itu.
Ibu semangat?
" Semangat yang ditempa ke dalam Pedang Armos.."
Eiiden sudah tidak berdaya untuk menoleh walaupun kedengaran suara N di belakang kepalanya.Dan jika benar seperti yang diteka olehnya,Ara dan Putera Reiid adalah pelengkap kepada seluruh rentetan kejahatan yang telah lama dirancang oleh Tetua Myn sejak dahulu lagi.
Jika Ara diketahui mereka sebagai Napaheas yang diciptakan oleh Tetua Myn secara tidak sengaja,cerita Putera Reiid pasti berbeza. Melihat bagaimana para Rabay tergamak mencederakan Ara sehingga begitu sekali pasti adalah disebabkan demi melindungi sang putera mahkota daripada menjadi sebahagian daripada cerita kejahatan ahli sihir licik itu.
"Tuanku.." Salah seorang daripada pemuda yang terlihat selalu mendampingi putera tersebut memekik lantang " Jangan terpengaruh dengan bisikan jahat itu.Ini bukan diri tuanku yang sebenar !!"
Tetua Myn meligas dengan biji mata yang semakin memerah seperti gagak lalu mengibaskan tangannya.Serentak dengan itu juga,pemuda tersebut tumbang ke belakang .
" Katakan apa sahaja yang kalian
inginkan ! " Dekah Tetua Myn " Ia tetap tidak akan mengubah apa-apa.Aku hanya datang untuk mengambil semula apa yang sepatutnya menjadi milik aku lama dulu.Dan selepas ini,tidak ada sesiapa yang akan mampu untuk menghalang aku lagi ."Dalam keadaan pandangan mata yang semakin mengabur dan tubuh yang terasa melayang-layang,Eiiden bangkit juga.Mengumpulkan sisa kekuatan terakhirnya lalu meluru laju seraya melibas pedang di tangannya kea rah Tetua Myn.
Melihat Eiiden bingkas,Aiiden tanpa bertangguh turut berdiri . Membiarkan Ara dan Eiiden berdepan dengan bahaya begitu adalah perkara terakhir yang akan dilakukannya.Dia tidak akan sekali-kali berputus-asa terhadap Ara kerana dia tahu setiap apa sahaja yang dilakukannya adalah di luar kehendaknya sendiri.Tanpa Eiiden dan Ara,seluruh empayar Keluarga Lycan sama sekali tidak akan bermakna baginya.
Tindakan dua adik beradik kembar itu hanya dianggap remeh oleh Tetua Myn dan tampak benar dia tidak berusaha untuk menangkis serangan tersebut.Seluruh perhatiannya disita kepada dua susuk tubuh yang kini berdiri di hadapannya ketika itu.
" Santai sahaja kalian,Rabay Tua. Aku selesaikan dulu urusanku dengan anak-anak hingusan ini.Giliran kalian akan tiba juga akhirnya."
Demikian ujar Tetua Myn seraya berdiri menghadap Eiiden dan Aiiden yang berdiri bersebelahan lalu mengerling pula kepada Mark dan lain-lain yang juga sedang berusaha untuk bangkit semula dengan bersusah-payah.
Dengan sebelah mata yang sudah membengkak dan biru,Aiiden menarik busur panahnya sambil mengetap gigi.Tidak ada istilah menyerah kalah sebelum bertempur dalam kamus perbendaharaan kata hidupnya.Walau apa sahaja taruhan dan keputusan akhirnya kelak,dia tidak akan dihambat rasa kesal seumur hidup lagi kerana telah mencuba sehingga kudratnya yang terakhir.
Satu panahan dilepaskan dan diikuti dengan panahan yang lain tetapi anak panah bermata perak kepunyaan Aiiden sekadar ditepis seperti menepis buih sabun namun sebaliknya hanya dalam sekelip mata,kaki Aiiden sudah terangkat dari permukaan tanah dengan tangan berjari runcing Tetua Myn mencengkam kejap batang lehernya.
" Lepaskan dia,tak guna !!"
Eiiden meluru pantas dan dalam masa yang sama menghayun pedangnya sekuat tenaga yang dia mampu tetapi tepat ketika hanya tinggal beberapa inci sahaja mata pedang tersebut hinggap pada lengan kanannya,mata pedan Eiiden terhenti di udara dan ketika itu jugalah dia merasakan hujung tongkat Tetua Myn singgah pada perutnya.Pemuda itu melenguh kesakitan dan tunduk menekup perutnya .Terhempas di atas lututnya sendiri.
YOU ARE READING
Last Hunter : Distopia
FantasyKitab Mirria. Kitab itu kitab terkutuk dan sangat tabu .Dalam masa yang sama, kemunculan seorang pemuda membuatkan Ara kembali lagi terjebak ke dalam pertualangan mistik dan berbahaya tanpa dia ketahui ada suatu kejahatan yang mengintai. Sementara K...