Bunyi kersak-kersik yang kedengaran dari hujung meja membuatkan Aiiden mengerling ke arah kanannya sementara Mark sudah menggaru dahinya yang tidak gatal melihat Eiiden menghela nafasnya kasar.
Buat seketika suasana ruangan tersebut mendadak sunyi seperti baru di sambar garuda manakala beberapa susuk tubuh lelaki dan wanita yang duduk takzim diatas kerusi ditepi dinding menoleh serentak ke arah bunyi tersebut.
Ara yang masih tidak menyedari dia menjadi tatapan belasan pasang mata di dalam ruangan tersebut terus mengunyah snek dari dalam bungkusan yang baru di bukanya. Snek berupa hirisan kentang yang berperisa masin pedas itu dikunyah dengan diiringi senandung riang tanpa lirik yang jelas dan dalam masa yang sama tangannya menconteng sesuatu pada kertas kosong di hadapannya.
Dalam balutan baju berlengan panjang warna biru pastel yang dilipat ke paras siku dan dipadankan dengan seluar warna khaki itu,Eiiden sudah bercekak pinggang dan menyepetkan matanya tetapi Ara tetap sahaja tidak tahu tatapan nanar Eiiden diarahkan kepadanya.
Burrpppp..
" Tak apa, tuan-tuan. " Aiiden mendadak angkat suara melihat kening Eiiden sudah bercantum di tengah dahi " Kita sambung selepas dua jam. Di sini."
"Tuan-tuan boleh terus ke kafeteria pekerja di tingkat bawah. " Mark pantas mencelah " Saya akan hubungi bahagian pengurusan. Minum pagi dan makan tengah hari akan disediakan oleh syarikat.Tuan-tuan boleh ikut Puan Emelda ".
Seorang demi seorang bangun lalu mengucapkan terima kasih dan mengekori seorang wanita pertengahan usia yang sudah berdiri berhampiran pintu sambil melorekkan senyumannya. Dan sebaik sahaja pengarah kreatif pasukan penerbitan majalah dan katalog itu keluar,Mark mengarahkan pandangannya ke arah Eiiden yang masih bercekak pinggang.
" Ara.. "
Barangkali mendengar suara Aiiden menyeru namanya begitu, gadis tersebut mengangkat wajah dan Mark yang turut sama memandang Ara hampir sahaja tergelak apabila melihat Ara menatap Aiiden dengan mata membulat sementara pada mulutnya masih terselit sekeping kerepek kentang .
" Ara nak makan apa-apa sebelum Ryu datang? "
" Tak lapar. "
" Tak lapar apanya? " Sahut Eiiden dari hujung meja " Dari tadi asyik mengunyah kerepek.Kenyangkah makan makanan macam tu? "
" Makanan macam tu tak sihat, Ara. " Kali ini giliran Mark pula mencelah . " Takkan Ara tak tahu? "
" Dahlah. "
Aiiden bingkas bangun dan menyambar kot hitam yang tersangkut pada kepala kerusi empuk yang didudukinya lalu menyarung kot hitam itu ke tubuh.Tanpa mengancingkannya, hanya sekadar mengemaskan letak kolar kot hitam tersebut yang menindih kemeja putih berkancing yang melekap pada lengannya-Aiiden menjangkau telefon bimbit dan dompet di atas meja.
" Eiid dan Mark nak makan apa? "
Aiiden bertanya sambil meraih pula baju labuh hijau lumut kepunyaan Ara lalu menarik kolar baju gadis tersebut yang masih tidak tahu kepala Eiiden jika dianimasikan pasti sudah mengeluarkan dua tanduk bercabang tujuh dari celah rambut berwarna cokelat muda itu kerana masih juga khusyuk mengunyah kerepek kentang di hadapannya. Mark yang lebih suka memerhatikan situasi itu sekadar tersenyum melihat karenah dua beradik itu.
" Tak apa." Mark menyahut " Nanti aku turun sendiri."
" Eiid?"
Lelaki itu tidak menyahut tetapi bahasa tubuhnya yang mengerutkan kening dan berpeluk tubuh menghantar isyarat tidak senang dan membuatkan Aiiden segera memahaminya bahawa sudah tiba masanya untuk melarikan Ara dari tempat tersebut.
YOU ARE READING
Last Hunter : Distopia
FantasyKitab Mirria. Kitab itu kitab terkutuk dan sangat tabu .Dalam masa yang sama, kemunculan seorang pemuda membuatkan Ara kembali lagi terjebak ke dalam pertualangan mistik dan berbahaya tanpa dia ketahui ada suatu kejahatan yang mengintai. Sementara K...