Bunyi langsir disentak lembut menerpa pendengarannya membuatkan dia terlonjak bangun. Dengan rambut bersimpang-siur dan mata yang merah, tanpa sedar dia berlari ke sudut dinding dan pantas menekup telinganya yang mendadak berdesing tajam.Penglihatannya juga tiba-tiba sahaja berkunang-kunang.
" Bangunlah" sepasang mata itu menatapnya teduh " Dia datang lagi. Ada di bawah.. "
N bingkas bangun lalu tergaru-garu. Setiap inci bilik tersebut ditatapnya dengan mata yang membola malahan tatkala dia menyeluruhi wajah Rein, lelaki itu balas menatapnya dengan pandangan aneh dan hairan.
Merasakan pemuda dari bangsa Myrth itu memandangnya bagaikan dari kepalanya menjelma ular yang meliang-liuk, Rein berdecih.
" Bersiap cepat. " Rein menggelengkan kepala prihatin " Jangan biarkan tetamu menunggu lama. "
Ditinggalkan bersendirian, N sehingga menggigit kukunya dan mundar-mandir tidak keruan lalu jari jemarinya naik ke pipi. Menilik tampang wajahnya sendiri pada pantulan cermin dengan ketakutan.
Basah.
Masih terasa lekit pada kedua-dua cerun pipinya. Malahan ada lebam yang masih sangat baru di sudut kanan bibirnya dan sangat sakit apabila dia cuba untuk menekannya dengan jari.
Bersiap ala kadar,N menyelit dari celah pintu dan melangkah berhati-hati. Walaupun tiap lorong dan pintu di tingkat atas rumah itu tidak ada yang berubah, ada kebingungan besar yang sedang menyelubungi kepalanya. Sesekali bunyi berdesing menyambar pendengarannya membuatkan dia terpaksa menggeleng-gelengkan kepala.
Mimpi yang benar-benar aneh. Super aneh malah!
Tangga melingkar yang membawanya ke tingkat bawah berakhir pada lantai marmar putih dengan nuansa keunguan yang samar.
Sama. Tidak ada yang berbeza.
Dan akhirnya kepada belasan pasang mata yang menatapnya dengan pandangan aneh bercampur khuatir.
" Karrme.. "
Pemuda itu hampir tumbang ke belakang apabila entah dari mana dua orang anak kecil dalam lingkungan usia enam atau tujuh tahun tiba-tiba menerpa kakinya dengan salah seorang daripada mereka melonjak tinggi, berpaut pada belakangnya seperti anak monyet.
N terkebil-kebil. Karrme. Perkataan yang membawa maksud pakcik dalam bahasa Myrth. Entah gila apa yang dihidapinya. Seseorang yang berambut kelabu keperakan menyerunya dengan panggilan itu di dalam mimpi aneh dan sedikit menakutkan baginya ketika awan dan langit gegak -gempita dengan imbasan darah di mana-mana.Langit gelap.Awan kelabu dan angin yang ...
" Erza.. " Rein berdehem seketika sebelum kembali meneruskan " Gray.. Karrme masih belum sihat, kan? "
N tidak tahu mana seorang yang dinamakan sebagai Erza dan sebagai Gray kerana sebaik sahaja nama tersebut disebutkan, kedua-dua anak kecil tersebut menggelongsor turun dari belakang dan lengan kanannya lalu berlari sebarangan arah sambil terjerit-jerit entah sedang berebutkan apa.
Jika tidak takut dianggap kurang siuman, N tidak akan berfikir dua kali untuk menjambak rambutnya sendiri.
Apa sebenarnya yang sedang berlaku?
Eiiden yang menatapnya gusar.
Aiiden yang memandangnya kasihan.
Lalu ada pula wajah prihatin Rein dan Ryu. Ken dan Mark yang cuba mengukir senyum aneh kepadanya. Akhir sekali ada Vixx yang pantas berdiri menyonsongnya di hujung tangga lalu menepuk bahunya lembut." Maaf kalau kedatangan saya mengganggu." Seorang pemuda yang kemas dalam balutan kemeja putih dengan lengan yang digulung separas sikut pantas berdiri. Wajahnya resah dan serba-salah.
" Dapat tahu yang N sudah dibolehkan pulang, saya terus ke mari. "
YOU ARE READING
Last Hunter : Distopia
FantasyKitab Mirria. Kitab itu kitab terkutuk dan sangat tabu .Dalam masa yang sama, kemunculan seorang pemuda membuatkan Ara kembali lagi terjebak ke dalam pertualangan mistik dan berbahaya tanpa dia ketahui ada suatu kejahatan yang mengintai. Sementara K...