-14-

256 27 9
                                    

" Cik Nara.. "

Begitu perkataan pertama yang kedengaran daripada mulut Eiiden sebaik sahaja wanita bersanggul kemas yang merupakan pengurus kepada Rumah Agam itu sudah menyambutnya di muka pintu.

" Ara." Ujar pemuda itu lagi sambil melonggarkan ikatan tali leher
yang melilit kolar sut hitam
pada tubuhnya ketika itu
" Semakin bertambah baik? "

" Masih sama, Tuan Eiiden. "

Eiiden seketika menghela nafasnya lalu melayangkan anggukan sekilas ke arah wanita itu yang segera mengerti isyarat tersebut sebagai petanda bahawa dia sendiri akan menghantarkan makanan kepada Ara.

Tidak dapat dipastikan apa yang sebenarnya sedang berlaku tetapi ketika dia melihat Aiiden menggendong Ara tergesa-gesa dan tidak lama kemudian doktor peribadi Rumah Agam- Dr. Rade - sudah datang dengan langkah yang besar
separuh berlari anak,pasti ada sesuatu yang telah berlaku.

Dan jika melibatkan hal Ara, wajar sahaja seisi Rumah Agam terutamanya Eiiden dan Aiiden menjadi cemas kerana seisi rumah tahu siapa Ara kepada mereka.

Namun satu hal yang sering membuatkan para pembantu tertanya-tanya adalah bagaimana Ara selalu sahaja terlibat dengan masalah yang bukan kecil sedangkan pada hemat mereka-membunuh semut sahaja Puan Muda Rumah Agam itu tidak sanggup apatah lagi mendatangkan ancaman kepada orang lain.

Namun hakikatnya adalah bukan sekali dua pula gadis itu digendong atau dipapah dalam keadaan luka-luka ataupun tidak sedarkan diri sama seperti dua hari yang sudah.

Hairan bagaimana sekalipun, mereka masih tahu batas apa yang perlu dijaga dan mencampuri urusan tuan rumah adalah perkara terakhir yang akan mereka lakukan.

Dengan kedua-dua tangannya menatang dulang berisi makanan sementara Cik Nara memutar tombol pintu, Eiiden menyelit dari celah rekahan daun pintu yang ditolak dan susuk tubuh Ara yang duduk memeluk lutut di beranda memenuhi  pandangan mata pemuda itu.

" Kenapa Ara tak makan? "

Demikian kata Eiiden sambil meletakkan dulang ke sebelah Ara yang tidak mengendahkan langsung kehadirannya di situ dan dalam masa yang sama pandangannya dilontarkan jauh ke hadapan.

Tahu bahawa pertanyaannya tidak akan segera dijawab, Eiiden beralih lagi ke dalam bilik tidur tersebut lalu menyelak langsir berat berwarna hijau muda itu dengan sekali rentap. Membuka tingkap gelongsor menyebabkan ruangan tersebut serta-merta terang dan ada angin petang menerobos masuk.

" Tak ada selera. "

Empat patah perkataan ditanyakan tetapi jawapan yang diperolehi hanya sekadar tiga patah perkataan.

" Cubalah untuk makan walau
sedikit."

Eiiden menolak pinggan yang berisi potongan buah-buahan ke sebelah Ara sebelum dia menyertai gadis tersebut duduk bersandar ke dinding beranda.Butang pada kedua-dua pangkal lengan baju kemeja berlengan panjang itu dibukanya perlahan lalu lengan baju tersebut dilipat menghampiri paras siku menyerlahkan ruas tangan berkulit cerah yang dijalari urat timbul sedikit kehijauan.

" Dalam keadaan begini? " Ara masih tidak menoleh.

" Ara hanya perlu bertenang dan biarkan kami uruskan hal-hal yang lain. "

" Cuba sahaja ada orang bersungguh-sungguh mencelakai Eiid dan dalam masa yang sama Eiid tidak mengingati apa-apa manakala orang-orang di sekeliling nampak sangat sedang merahsiakan sesuatu. Aku nak tengok selera Eiid masih ada atau tidak! "

Spontan Eiiden menggaru kepalanya yang tidak gatal atau lebih tepatnya dia memang tidak tahu bagaimana hendak membantah kata Ara itu. Ia adalah terlalu tepat untuk diprotes.

Last Hunter :  DistopiaWhere stories live. Discover now