- 58 -

263 32 30
                                    

Tetua Myn.Walaupun bukan lagi berada dalam wujud asal berupa seorang lelaki berambut putih keperakan dan memiliki mata berwarna hijau seperti kebiasaan Bangsa Nymph yang lain ,N tetap sahaja mengenalinya kerana aura gelap yang menyeruak daripada tubuh pinjamannya ketika itu terasa begitu mencengkam dan mengerikan.

N bingkas bangun namun bagaikan ada rempuhan angina kasar yang dingin memaksanya berdiri terhuyung-hayang di atas kakinya sendiri.Tetua Myn dan kejahatan sepertinya sangat sukar untuk dipisahkan kerana waima ke dunia sebelah sekalipun,dia akan datang dengan membawa kerosakan yang tidak terbendungkan.

Tidak menghairankan bagi N apabila tiba-tiba sahaja cuaca sekitar bertukar daripada petang yang hangat dengan sinaran matahari kepada petang yang mendadak gelap dengan awan hitam sarat memayungi kawasan tersebut.Bagaikan menunggu masa sahaja ribut akan melanda Istana Marduk,angin kasar bertiup kencang menerbangkan daun-daun dan mengakibatkan tanaman hiasan yang tumbuh di sekeliling istana tersebut meliang-liuk tidak ubahnya lalang yang dipuput angin kencang. Saling berlaga pucuk sesama sendiri .Matahari yang sebentar tadi bersinar sudah tenggelam di sebalik gumpalan awan hitam yang besar dan berpusar-pusar.Malahan ada sambaran petir yang sesekali membelah dada langit yang mendadak gelap.

" Tetua Myn !! "

Pandangan mata Aiiden beralih arah dan kini menatap bingkai wajah menyeramkan itu dengan penuh kebencian.Tanpa menyahut apa-apa,Tetua Myn dalam tubuh salah seorang daripada tentera pemberontak itu menggerak-gerakkan lehernya ke kiri dan kanan dalam lagak angkuh.Sambil berjalan mengitari kawasan hadapan balairong Istana Marduk tersebut,sesekali dia memandang tangannya bagaikan sedang menilai seberapa bagus tubuh baru yang berjaya dikuasainya itu.

Bukan sekadar Eiiden dan para sahabatnya malahan para Rabay juga kelihatan tergamam seketika dengan kemunculan lelaki tersebut.Aiiden yang bermandi peluh mengepal penumbuknya lantas mengerling ke arah Ryu dan tatapan sekilas itu segera diketahuinya sebagai isyarat agar dia membawa Ara pergi dari tempat tersebut dengan segera.

Baru sahaja Ryu menggendong Ara yang semakin pucat itu,tiba-tiba sahaja tubuh pemuda Athos itu tercampak ke belakang menyebabkan Ara turut terlucut daripada gendongannya.

" Hendak kau ke manakan dia,Ryu?"

Tetua Myn memandang pemuda itu dengan tatapan sinis dan meremehkan lantas tawa kecilnya meletus apabila melihat pemuda itu yang memang telah berdarah di sana-sini akibat menghadapi serangan salah seorang daripada Rabay Bertiga itu mulai terbatuk dan melelehkan darah dari sudut bibirnya.Dengan mengheret tubuhnya,Ryu merangkak menghampiri Ara yang tergeletak tidak sedarkan diri itu lantas memangku kepala Ara pada lengannya.

Mereka tahu Tetua Myn menghalang Ryu daripada membawa Ara pergi dari tempat itu dan yang pasti ianya bukanlah suatu hal yang tidak perlu dibimbangkan.Ara dan lelaki licik yang mengerikan itu memang ditakdirkan untuk saling terikat antara satu sama lain dan tidak jika keterlaluan mengatakan di dalam tubuh Ara terdapat sebahagian daripada Tetua Myn.

Suatu hakikat yang hanya diketahui mereka dan cuba untuk disembunyikan hatta kepada Ara sendiri dan mereka sedar segala huru-hara dan musibah yang menimpa Ara adalah tidak lain tidak bukan disebabkan oleh serakah Tetua Myn yang ingin mendapatakan semula sebahagian daripada dirinya yang menyatu di dalam tubuh Ara dan untuk melakukan hal tersebut,hanya satu cara yang pasti.

Membunuh Ara !

Menyedari seringai sinis Tetua Myn di dalam tubuh barunya itu,Rein dan Vixx berusaha untuk menghampiri Ara dan Ryu walaupun tubuh masing-masing juga bukan berada dalam situasi yang lebih baik daripada yang lain-lain.

Vixx dengan sudut bibirnya yang pecah dan luka melintang pada pipi kanan sementara Rein juga tidak kurang kusamnya dengan wajah yang lebam dan pelipis yang melelehkan darah.

Baik Eiiden mahupun Aiiden benci sekali dengan basa-basi dan tanpa berkata apa-apa,kedua-duanya meluru ke arah Tetua Myn.Eiiden melibas pedangnya sekuat sisa tenaga yang dia ada namun lelaki itu mudah sekali mengelakkan serangan tersebut dengan melonjak tinggi ke udara bagaikan menafikan daya tarikan graviti.Tubuhnya ringan melayang tidak ubah seekor burung.

" Kesetiaan sesama kalian masih sahaja mengagumkan tetapi ia tidak cukup untuk menghalang aku daripada mendapatkan apa yang sepatutnya menjadi milik aku selama ini !"

" Ara bukan kepunyaan siapa-siapa,Tetua Myn ! "

Mark sudah tidak mengendahkan lelaki yang menjadi lawannya sebentar tadi dan dengan cungap nafas yang masih mencengkam dada, dia berlari ke arah Eiiden lalu berdiri di sebelah pemuda itu.

Tetua Myn berdecih dalam nada memperkecil-kecilkan dan memandang deretan wajah para anak muda yang pernah menjadi anak muridnya itu dengan tatapan sinis sedang mereka balas menatap Tetua Myn dengan nanar dan nyalang sekali.

Tidak ada seorang pun antara mereka yang tidak merasakan luapan kejahatan yang menyeruak daripada susuk tubuh pinjaman Tetua Myn itu lebih kuat daripada apa yang pernah mereka rasakan sebelum ini.Entah apa yang telah dilakukannya untuk memperolehi tenaga begitu.

" Darah pewaris."

Dekah Tetua Myn membuatkan N terbelalak ngeri. Hanya dengan menggerakkan tangannya bagaikan sedang menarik sesuatu,tubuh Ara yang longlai itu terheret kasar dalam keadaan melentang lalu berhenti tepat di hujung kakinya.Ryu yang berusaha untuk mendakap tubuh Ara itu melenguh kesakitan bagaikan wajahnya baru sahaja menerima satu penumbuk yang berat dan kukuh walhal Tetua Myn tidak pun meletakkan jari kepadanya.Dengan sinar mata yang mendadak gelap,kepalanya meligas pantas ke arah Rabay Tua.

" Telah kau apakan dia,orang tua tak guna?"

Dalam masa yang sama,gamam Rabay Tua tidak terlalu lama dan apabila dia merasakan luapan tenaga aneh yang tidak pernah dirasakannya sebelum ini menyeruak begitu kuat daripada susuk tubuh lelaki yang tiba-tiba sahaja bangkit walaupun diketahui mereka tentera pemberontak itu adalah antara tentera yang terkorban dalam serangan bersenjata ke atas Istana Marduk tersebut-dia mengangkat lagi tongkatnya tinggi lantas menghentamkan hujung tongkat tersebut ke atas permukaan tanah.

Hentaman tongkat kayu beserta sihir yang digumamkan Rabay Tua mengakibatkan tanah yang berada di bawah tapak kaki masing-masing bergegar dengan kuat dan jelas ia membuatkan tiap susuk tubuh yang berada di situ terumbang-ambing malahan ada yang terjatuh ke sebarangan arah menyisakan susuk tubuh lelaki muda yang dipanggil Tetua Myn itu masih tegak berdiri.

" Hanya aku yang boleh membunuh dia dan bukannya lelaki renta seperti kau !"

Tempikan suara Tetua Myn bagaikan mengundang tiupan angin yang kasar dan lagak mencabar lelaki tersebut membuatkan Para Rabay saling bertukar pandang dengan penuh curiga.

" Guru ! " Putera Reiid mencengkam pergelangan tangan Rabay Tua tersebut dengan kejap " Apa masih belum jelaskah bahawa bukan Ara dan saudaranya yang perlu kita hadapi tetapi sebaliknya lelaki tersebut?"

Kata-kata yang didengarinya daripada Putera Reiid membuatkan Rabay Tua mencerunkan pandangan matanya seraya menepis tangan pemuda itu.Renta memang benar tetapi indera keenamnya tidak mudah dibohongi.Dia pernah merasakan tenaga kejahatan seperti itu lama dulu dan ia adalah hal terakhir yang diinginkannya ketika itu.

Dan dengan kemunculan lelaki tersebut,segala sesuatu yang disebutkan lagenda serta catatan kuno tentang Kitab Mirria yang mengundang bencana itu ternyata tidak meleset.Jika ada ketikanya dia meragui hal yang disampaikan Raksasa Pirrha kepadanya tentang kedatangan seseorang yang memiliki bau darah yang sama seperti seseorang yang pernah sampai ke Lembah Zardus itu lama dulu,kini segalanya semakin jelas dan masuk akal.

Wajar. Malah sangat sebenarnya apabila Raksasa Pirrha mengatakan bahawa susuk tubuh yang pernah memporak-porandakan Bangsa Apollyon itu kembali lagi tetapi dalam wujud susuk tubuh seorang gadis bernama Ara. Dan kaitannya dengan semangat yang berjaya menaklukkan penunggu Tasik Erebus itu tidak dapat dihuraikan sehingga hari ini.

Jelas sekali gadis bernama Ara itu dengan pemuda tersebut sangat serupa walaupun berbeza wujud entah bagaimana.

" Ark." Getusnya dengan suara rendah " Tidak sangka kita bertemu lagi !"

Tetua Myn dalam tubuh tentera pemberontak itu tiba-tiba sahaja tertawa kasar disertai dengan dentuman guruh yang muncul entah dari mana.Tangannya merentang lebar di kedua-dua sisi tubuh seperti sedang mempersilakan seseorang untuk mendakapnya.

" Guru.."

+              +               +

Last Hunter :  DistopiaWhere stories live. Discover now