-42-

249 33 14
                                    

" Kau apakan Ara hah??"

Andra yang sudah tumbang ke belakang akibat menerima tujahan penumbuk berat Aiiden itu menatap bingkai wajah tersebut dalam keadaan terpinga-pinga tidak faham.Andai sahaja Ken tidak menghalang dengan mencengkam bahu pemuda itu,pasti Andra akan menerima satu lagi penumbuk ketika itu juga.

Memandang wajah Aiiden yang melayangkan tatapan nyalang ke arahnya ataupun N yang berpeluk tubuh membuatkan Andra cuba untuk mengutip kembali kesedarannya yang sempat berterbangan entah ke mana.Betapakan tidak.Tiada angin tiada ribut dan tanpa sebarang amaran,pintunya dibuka paksa malahan salah seorang daripada tetamu tidak diundang itu pula melayangkan penumbuk ke arah dagunya membuatkan dia terbanting ke belakang.

Lambat-lambat Andra bangkit semula lalu menyeka sudut bibirnya yang terasa perit.Sambil mendengus,sudut bibirnya yang pecah itu ditujah dengan jari telunjuk.

" Duduk dulu.." Andra mengisyaratkan agar tiga orang pemuda itu bertenang seketika dengan menunjukkan kerusi kayu di tepi tingkap menggunakan ekor matanya.

Jauh di sudut hatinya,Andra tahu tidak ada gunanya dia melawan arus apabila berhadapan dengan pemuda-pemuda itu terutama sekali Aiiden kerana dia tahu pemuda tersebut sangat tidak berkompromi dalam apa sahaja hal yang melibatkan Ara sementara Mark pula dengan kesetiaannya yang tidak berbelah-bahagi terhadap Keluarga Lycan.

Seperti halnya dengan Aiiden,pemuda itu juga tidak akan teragak-agak untuk turun tangan jika sesuatu yang pada hematnya bakal menimbulkan ancaman kepada Ara sedang berlaku.Walaupun Mark tidak bersuara sedikit pun tetapi tatapan kerasnya sedikitpun tidak kunjung longgar dan dengan telatahnya yang menggenggam jari tangan kanannya beberapa kali,sang Alfa Keluarga Evas itu juga pasti tidak berfikir dua kali untuk menambah koyak sudut bibir Andra ketika itu.

Lebih daripada itu,Andra faham jengkel Mark kepadanya bukan sekadar berpunca daripada Ara tetapi lebih daripada itu.Insiden kegagalan Projek M 2.0 tempoh hari pasti masih membekas di dalam hati Mark dan dengan segala bukti yang ditinggalkan sedikit demi sedikit oleh Andra,segalanya menjurus kepadanya dan wajar sahaja dia ditatap dengan tatapan penuh kemarahan.

" Kau pun tahu bahawa kau sedang berada dalam keadaan yang sangat tidak menyebelahi dan kau juga tidak mempunyai pilihan lain selain mengatakan semuanya.Tidak begitu?"

Sekali lagi senyuman entah mengapa terukir di kedua-dua ulas bibir Andra apabila mendengar kata-kata Ken yang bersahaja tetapi mengandungi kebenaran yang tidak dapat disangkal lagi.Hanya sahaja dia tidak menyangka bahawa mereka akan menemuinya secepat begini dalam keadaan dia sepatutnya masih sangat menjaga janjinya dengan Ara yang berada di Lembah Zardus itu.

Namun,dia masih terlalu berat hati untuk menjelaskan semuanya tetapi juga sangat mustahil untuk melepaskan diri daripada mereka terutama sekali dengan kehadiran N yang sedang menatapnya dengan pandangan nanar begitu.Lambat laun pasti mereka akan mengetahui juga kebenaran tersebut sama ada dengan atau tanpa Andra sekalipun!

" Saya masih mempunyai pilihan kalau saya mahu.."

" Cuba sahaja ! " Desis N mengetap gigi
" Itupun jika kau berjaya melarikan diri daripada aku."

" Baik.Pertama sekali,ini untuk apa?"

Telunjuk Andra menunding sudut bibirnya yang bengkak itu sambil mengarahkan tatapan matanya ke wajah Aiiden yang masih keruh dan kelihatan sangat tidak bersahabat.

" Kalau sahaja aku tahu kau ada kaitan dengan kehilangan Ara,kau akan dapat lebih daripada itu !!"

" Ara hilang?" Mendadak mata Andra membola sebaik sahaja mendengar ancaman kejam Aiiden sebentar tadi.

"Cubalah untuk berlakon dengan mimik wajah yang lebih meyakinkan"

Andra bingkas bangun tanpa memperdulikan sindiran berbisa daripada Mark yang berdiri di tepi pintu seakan-akan ingin menjadi gerbang yang akan menghalang Andra sekiranya dia bertindak untuk melarikan diri daripada mereka berempat.

Last Hunter :  DistopiaWhere stories live. Discover now