BAB BONUS : TRIBUTE TO THE READERS

305 19 72
                                    

especially for those who request and asked about it :
Leena_syiha
BlurryQiQiF
NescafeAisKaw

BEGINNING OF THE END : ONE SHOT
================================

STRING OF FATE : MARK

Tahukah kalian hal apa yang paling menjengkelkan hati seorang Mark? Orang yang tidak menepati masa !! Tunggulah nasib manusia kurus melidi itu.Kalau dia tidak membekuk leher N sekali dua,jangan panggil dia Mark.

Restoren kecil yang terletak di hujung jalan itu jelas sekali mempamerkan tema flora barangkali menyesuaikan dengan musim bunga yang baru bermula di luar sana.Di mana-mana ceruk,pasu-pasu bunga yang pelbagai saiz tersusun kemas dan tanaman berupa tumbuhan berdaun hijau dan lebar berkilat itu tegak dalam limpahan cahaya neon.

Potret-potret abstrak yang rata-rata menggambarkan imej kuntuman bunga itu tergantung di dinding.Ada pula hiasan-hiasan kecil di dalam rak malahan ruang hadapan yang menempatkan kaunter itu kelihatan seperti sedang berada di bawah sebuah gerbang yang dililiti tumbuhan menjalar berbunga putih.

Maka,tidak hairan jika restoren itu menghantar nuansa seperti sedang berada di sebuah taman terbuka ketika kemuncak musim bunga.Malahan bau yang menguasai keseluruhan ruangan tersebut didominasi dengan bau haruman Sakura yang sejuk dan wangi.

Suasana santai dan nyaman begitu ternyata tidak mampu menenangkan hati Mark yang bergelojak.Sebab utama pastinya kerana N masih belum kelihatan batang hidungnya walaupun sudah hampir sejam Mark menunggu di situ.

Sebab kedua? Apa tidak ada tempat lainkah ? Mark dan bunga di mana-mana bukan satu padanan yang serasi.Sudahlah demikian,menunggu seorang diri di situ sebenarnya membuatkan Mark menyedari ada juga pasang mata yang menatapnya dengan pandangan aneh.

Duduk di tepi tingkap dengan sudah dua gelas kosong menyisakan hanya ketulan ais di dalamnya.Bukankah ia sangat mirip dengan adegan drama dimana seorang pemuda sedang menunggu belahan jiwa yang tidak kunjung tiba?

Ataupun serupa sekali dengan kejadian dimana luahan hatinya ditolak dengan kejam sehingga membuatkan dia termangu-mangu sendiri di situ ?

Tunggu sekejap lagi.Kalau N tidak tampak juga ,tahulah nasibnya nanti !

Menunggu buat beberapa ketika,Mark tidak pernah mahu mengambil endah keadaan sekeliling dalam suasana hatinya yang sedang tidak nyaman disebabkan ulah N.

Kalau diikutkan hati,ingin sahaja Mark menjambak rambutnya sendiri tetapi pasti ia akan menambahkan buruk tanggapan orang kepada keadaannya ketika itu.Ditinggalkan lalu mengalami tekanan perasaan ! Tidak mahu tanggapan sedemikian hinggap padanya walaupun hatinya memang sedang memberontak tidak terima sama sekali perlakuan N kepadanya.

Entah apa yang difikirkan anak yang satu itu semasa membuat janji begitu, dia juga tidak tahu.Benar bukan.Penyakit gila Ara memang mudah menular dan kini N sudah dijangkiti dengan begitu akut sekali !

Loceng gangsa yang diikat berangkai-rangkai pada pemegang pintu berdenting menandakan ada seseorang yang menolaknya dari luar membuatkan Mark menoleh dengan harapan agar yang baru tiba itu ialah N.Meleset.Bukan tubuh kurus N melainkan beberapa susuk tubuh wanita dan dua tiga orang pemuda yang berpakaian kemas.

Ketika salah seorang daripada mereka di tunjukkan satu ruangan di sudut kanan restoren tersebut,Mark serta- merta sedar mereka pastinya orang yang telah menempah tiga buah meja di sudut restoren itu kerana meja-meja tersebut diletakkan satu penanda kertas yang bertulis- DITEMPAH – dengan menggunakan tulisan kemas dan mudah dilihat.Barangkali agar tidak ada pengunjung lain yang menduduki meja tersebut .

Last Hunter :  DistopiaWhere stories live. Discover now