-30-

233 27 17
                                    

" Kalau anggapan aku betul " Eiiden mencerunkan matanya ke arah Ryu " Siapa pun penggodam tersebut yang berjaya menyahkod benteng pertahanan virus ciptaan Mark, aku rasa dia bukan terlalu bodoh untuk menggunakan kad Ara secara terbuka begitu !"

" Melainkan... "

" Perangkap atapun dia mahu menggerakkan kita kepada sesuatu. "

Begitulah. Mahu tidak mahu dan walaupun dengan hati yang berat, mereka terpaksa juga membicarakan hal tersebut dalam keadaan sangat terpaksa kerana jelas sekali topik perbicaraan itu adalah mengenai Ara. Sepupu gila Ryu dan benih kacang Eiiden yang memeningkan kepalanya!

Lewat petang di Rumah Agam itu sunyi sepi. Ara tidak kelihatan kerana dia keluar sejak awal tengah hari dan masih belum balik. Aneh bagaimana anak itu betah pula keluar ke mana-mana dengan ditemani dua pengawal peribadinya.

" Kita sedang bercakap tentang Ara, Eiid. "

Aiiden mencelah sambil menyeluruhi wajah abang kembarnya yang berkerut.Bagi Eiiden, seseorang perlu memulakan hal tersebut kerana dia tahu hal itu sebenarnya sangat mendesak tetapi tidak ada sesiapa yang berani memperkatakannya secara terang-terangan begitu kerana sudah pasti ia menyangkut soal Ara.Soal Ara sama juga dengan soal mereka berlapan terutama sekali Eiiden -Aiiden-Ken dan Ryu sebagai saudaranya yang masih amat dekat.

Mark yang memasuki bilik tersebut sejak tadi hanya mendiamkan diri namun telinganya tetap mendengar butir bicara para sahabatnya dengan saksama.

" Kerana ia menyangkut soal Ara, maka aku panggil kalian semua ke sini. Ketepikan isu saham Kumpulan Lycan dan fokuskan kepada Ara. Tidak ada sesiapakah yang berasa pelik tentang kejadian ini? "

" Maaf kalau kedengaran kasar, Eiid. Tapi aku merasakan memang ada yang tidak kena dengan Ara selepas kejadian penculikan tu. "

Rein duduk menyangkutkan punggung ke jenang lebar tingkap bilik tersebut yang tinggi hampir mencecah siling memecahkan suasana senyap yang mendadak menyelimuti ruangan itu sebaik sahaja mendengar kata-kata daripada Eiiden.

" Entah apa tapi pasti ia ada kaitan dengan pemuda berambut kelabu keperakan di kompleks tempoh hari."

Sebenarnya jika mengambil kira kejadian sebelum ini tentang bagaimana pasti ada saja konspirasi licik untuk menghapuskan Ara,mereka perlu mempertimbangkan dan memikirkan segala kebarangkalian yang ada. Dengan misteri Sihir Napaheas Tetua Myn, mereka tidak tahu apa lagi yang bakal dirancangkan oleh makhluk kejam itu untuk kembali semula dan menguasai Ara sepenuhnya.

Sedang dia boleh sahaja mengekori Ara walaupun setelah Ara 'terlempar' semula ke dunia manusia dan menggunakan tubuh orang lain untuk mendapatkan gadis itu, apatah lagi setelah dia berada di dunia sebenar tempatnya dilahirkan. Dengan segala kelicikan dan kelebihan yang dimiliki Tetua Myn, tidak sukar untuknya kembali semula dan mengancam Ara sekali lagi.

" Aku rasa semua orang patut tahu hal ini.Ingat tidak bila aku balik jumpa Umma dan Abba? "

Tiba pula giliran Vixx untuk mencelah dan sebenarnya hal tersebut sudah lama menghantuinya hanya sahaja dia tidak tahu hendak mengkhabarkan bagaimana kepada yang lain-lain terutama sekali Eiiden dan Aiiden.

" Umma dan Abba kata Ara ada singgah sekejap. "

Dia menyambung lagi apabila wajahnya kini menjadi sasaran pandangan tujuh lagi wajah lain di dalam bilik tersebut.

" Ara tidak akan pergi tanpa berteman. " Eiiden mencelah " Apatah lagi jika ke Perkampungan Nymph yang jauh
macam tu. "

" Bukan itu soalnya. " Aiiden kembali angkat suara dan menatap cemas ke arah Vixx dan juga N " Masa tu Ara ada bersama aku dan juga N di lapang sasar! "

Last Hunter :  DistopiaWhere stories live. Discover now