BAB BONUS:TRIBUTE TO THE READERS

270 26 36
                                    

especially for those who request and asked about it :
Leena_syiha
BlurryQiQiF
NescafeAisKaw

BEGINNING OF THE END: ONE SHOT

================================

STRING OF FATE : EIIDEN

Anak muda dalam lingkungan usia awal dua puluhan yang merupakan pekerja di ruangan itu sekadar mengetap giginya tidak suka.

Tingkat dua sayap kiri gedung membeli-belah tersebut memang direka sedemikian rupa dan menjadi tempat tujuan pengunjung dengan adanya ruangan itu.Seluruh tingkat yang menjadi tempat untuk segala jenis permainan arked sememangnya merupakan syurga bagi anak-anak.Daripada segala macam jenis aiskrim dan gula-gula kapas sehinggalah kepada permainan-permainan seperti papan gelongsor dan trampoline yang dipenuhi bola pelbagai warna.

Menjadi pekerja di tingkat tersebut sememangnya memerlukan tahap kesabaran yang tinggi kerana perlu berhadapan dengan karenah dan rengekan anak-anak.Menyedari betapa aspek keselamatan merupakan hal paling penting di ruangan tersebut,para pengawal keselamatan serta kamera litar tertutup sentiasa ada untuk memantau keadaan bagi membolehkan anak-anak menikmati segala permainan yang ditawarkan pusat membeli-belah itu dengan selamat dan terjaga daripada ancaman luar.

Hendak berhadapan dengan anak-anak,memang mereka yang berkerja di bahagian tersebut telah dilatih agar sentiasa bersabar dan juga lebih peka kepada para pengunjung tetapi jika pengunjungnya seperti susuk tubuh dalam baju berhud itu,sesiapa pun pasti akan hilang sabar !

Hendak dikatakan sebagai anak-anak,jauh sekali.Tetapi karenahnya jauh lebih teruk daripada anak-anak.Malahan,jika dilihat dari jauh dia tidak ubah seperti magnet yang menarik kanak-kanak kepadanya ke mana-mana.Apa tidaknya,setiap kali bidikannya mengenai sasaran,hadiah berupa anak patung yang wujud dalam pelbagai saiz dan rupa itu diberikan kepada kanak-kanak tersebut yang sudah pastinya akan menerima hadiah percuma itu dengan girang dan lonjakan senang.

Mulia? Pasti.Hanya sahaja sepatutnya had umur perlu dikuatkuasakan bagi menyekat orang sepertinya daripada mengunjungi tempat tersebut.Betapakan tidak. Setiap bidikannya tidak pernah tersasar sehingga menimbulkan cemas kepada penjaga kaunter permainan tersebut.Bayangkan jika dia terus dibiarkan,pasti anak patung yang berderet-deret itu habis dijatuhkannya !

Hendak ditegah,polisi syarikat meletakkan pelanggan sebagai keutamaan namun telatah susuk tubuh itu memang semakin melampau.

Jelas anak-anak yang mengekorinya bersorak-sorai dan melonjak gembira memberikan sokongan kepada sang idola setiap kali dia berjaya menembak plat nombor yang tertulis pada sekeping papan dalam ukuran kecil yang terletak dalam jarak 10 meter dari kaunter tersebut.

Setiap nombor yang tertera pada plat tersebut menyamai label yang dilekatkan pada anak patung di tepi kaunter.Jika tembakannya mengenai nombor tertentu,maka hadiah yang diperolehi adalah anak patung dengan nombor sama yang tertera pada plat tersebut.

" Adik manis mahukan nombor berapa?"

Susuk tubuh tersebut merendahkan tubuhnya ke arah seorang kanak-kanak perempuan yang setia menemaninya sejak dari tadi.Dengan malu-malu,kanak-kanak tersebut menunding kepada anak patung beruang yang bersaiz paling besar di dalam rak kaca berkunci itu membuatkan si penjaga kaunter sudah menepuk dahi.

" Baiklah.."

Dia kembali berdiri sambil memikul senapang mainan di bahu kanannya seakan lagak angkuh seorang pemburu yang baru berjaya menumbangkan seekor gajah.Dengan senyuman ,dia meraih ke dalam poket lalu mengeluarkan peluru tiruan berisi kapur tersebut.

Last Hunter :  DistopiaWhere stories live. Discover now