-60-

299 31 30
                                    

Rabay Tua masih belum lupa segala-galanya.

Anak itu lahir tatkala alam bagaikan sedang murka entah mengapa.Langit menumpahkan hujan selebat-lebatnya dan guruh juga berdentum di segenap pelusuk langit Lembah Zardus.Kilat sabung menyabung menyambar kegelapan malam yang menyelimuti seluruh permukiman.Angin pula bertiup kasar menumbangkan pohon-pohon yang akarnya masih belum kukuh mencengkam bumi.Gelap.Dingin di mana-mana.

Sedang di luar alam gegak gempita,suasana di dalam istana juga tegang mencengkam dengan Raja Aurius mundar-mandir tidak keruan di luar pintu.Wajahnya kusut dan gusar.Tidak menghairankan jika karisma seorang raja luruh begitu sahaja ketika menghadapi situasi seperti itu.Dari celah pintu ,kedengaran sayup-sayup suara erangan dan sesekali diiringi jeritan kecil yang tertahan-tahan membuatkan Raja Aurius semakin gusar setengah mati.

Aduhai anaknda junjungan hati.Usahlah berdegil dan menyiksa ibunda mu,wahai anakku.

Barangkali begitu sang baginda raja merafakkan rayuan dalam cemas yang menyendat pangkal dadanya.Sudah beberapa ketika sejak tabib istana mengatakan sudah tiba masa untuk permaisuri melahirkan tetapi sehingga kini sang cahaya mata yang ditunggu-tunggu oleh keluarga diraja malahan seluruh rakyat Lembah Zardus seakan-akan kejap benar mencengkam tali pusatnya dan sama sekali tidak sudi keluar untuk melihat dunia.

Para pembesar negara walaupun tidak mundar-mandir seperti sang baginda raja,hati masing-masing juga diaduk resah.Jika keresahan Raja Aurius difahami sebagai resah seorang suami yang tertunggu-tunggu kelahiran zuriat dan keselamatan isteri tercinta,resah para pembesar juga tidak boleh dianggap tidak penting.Lahirnya anak itu bakal menentukan pewaris takhta Istana Marduk dan menghentikan segala prahara perebutan tampuk pemerintahan.

Rabay Tua yang masih berada dalam usia akhir lima puluhan itu melangkah tergesa-gesa dalam amukan butir hujan yang kasar.Perkhabaran dari istana membuatkan dia tidak senang duduk.Walaupun dia terpaksa meredah hujan dan sabung sang petir,dia tidak perduli kerana kebimbangan yang dirasakannya sejak beberapa ketika jauh melebihi kerisauannya menempuh perjalanan jauh dari Hut Amra ke istana kota.

Ada hal penting yang perlu disampaikan sendiri olehnya kepada Raja Aurius.

" Tuanku.."

Begitu Rabay Tua menundukkan kepala hormat sebaik sahaja dia tiba di hadapan pintu bilik tabib istana.Dan demi mendengarkan sahaja suaranya,Raja Aurius pantas menoleh.

" Boleh kita berbicara sebentar?" Pintanya dalam nada suara yang rendah dan penuh makna " Empat mata."

Wajah Raja Aurius segera berubah daripada cemas kepada gurat takut yang jelas.Rabay Tua jika berbicara dalam nada begitu,pasti ada sesuatu yang penting ingin dikatakannya.Sambil menghela nafas,Raja Aurius menoleh ke arah para pembesar negara yang berdiri di belakangnya.

Hanya dengan anggukan sekilas,seorang demi seorang daripada mereka segera menjauh dan menyelitkan diri melalui celah pintu menyisakan mereka berdua.Mematuhi kehendak sang raja agar meninggalkan mereka berdua sahaja berada di ruangan tersebut.

" Katakan." Raja Aurius menatap lurus wajah berselubung Rabay Tua.

" Apa yang kita takuti sudah berlaku ,Tuanku.."

Raja Aurius menggenggam penumbuknya kejap dan wajahnya semakin merah padam.Jelas dia tahu apa yang dimaksudkan oleh Rabay Tua itu.

"Mana mungkin beta tergamak melakukan hal tersebut" Gusar sekali Raja Aurius menyahut " Dia satu-satunya anaknda beta.Penyambung zuriat takhta Istana Marduk.Jika dulu pun beta tidak sampai hati melakukan hal tersebut,apatah lagi kini ."

" Patik faham kerisauan Tuanku.Dan kerana itulah patik ke mari."

" Maksud kamu apa?"

" Patik akan meletakkan sihir pelindung kepada baginda dan jika perlu baginda hendaklah sentiasa berada dalam pengawasan patik."

Last Hunter :  DistopiaWhere stories live. Discover now