BAB BONUS : TRIBUTE TO THE READERS

343 17 61
                                    

especially for those who request and asked about it :
Leena_syiha
BlurryQiQiF
NescafeAisKaw

BEGINNING OF THE END : ONE SHOT

================================

STRING OF FATE : KEN

Pemuda itu sudah beberapa kali mendongakkan kepalanya ke arah siling. Menahan dalam jeda masa tertentu lalu tunduk semula namun termasuk kali itu, sudah tiga kali gumpalan tisu disumbatkan ke lubang hidung tetapi darahnya tetap mengalir.

Dengan tangan kanan tercekak ke sisi pinggang,tangan kirinya menahan gumpalan tisu daripada terjatuh sementara Rein yang takzim di sebelahnya menghulur tisu sedaya-upaya untuk tidak tertawa melihat adegan langka itu berlaku di hadapan matanya.

Seorang pekerja yang baru melaporkan diri ke Jabatan Penyelidik Dan Pembanguna Kumpulan Lycan telah membuatkan hidung Ken berdarah pada hari pertamanya!

Catatkan itu wahai kalian!

Dan si penyebab kejadian itu kini sedang mencangkung di bawah meja cuba untuk mengecutkan dirinya menjadi seekor lipas!

" Ketua sindiket penjual organ? " Mata cokelat Ken terjegil " Dan awak percaya saja kata-kata Ara?! "

Si pelaku angkara itu tunduk tidak berani mengangkat mukanya menatap wajah sang majikan yang merah padam.

" Maafkan saya, tuan.. Saya benar-benar tidak sengaja "

================================

IMBAS SEMULA

Sesiapa pun jika berada di tempat dan situasinya ketika itu pasti ingin memberikan tanggapan pertama yang baik di tempat kerja. Apatah lagi dengan reputasi syarikat yang mengambilnya bekerja itu.

Perbadanan Kumpulan Lycan.

Sebutkan satu sahaja nama mereka yang berkecimpung dalam dunia perniagaan yang tidak mengetahui atau tidak pernah mendengar nama syarikat tersebut. Tidak akan ada! Dan jelas sekali kerana syarikat gergasi tersebut merupakan peneraju dalam dunia hartanah, perkapalan, pembuatan dan juga perkhidmatan.Jika dalam dunia perniagaan ada rajanya, maka Kumpulan Lycan adalah sang junjungan yang berwibawa dan dihormati.

Seni bina bangunan yang menempatkan syarikat itu sahaja pasti akan mendatangkan decak kagum sesiapa yang memandangnya. Bangunan yang menempatkan Perbadanan Kumpulan Lycan merupakan sebuah kompleks bangunan yang direka bersegi lima yang memiliki ketinggian sama setinggi enam tingkat sementara pada bahagian tengah kompleks itu satu menara yang tinggi tersergam megah menunjang ke atas.

Menara yang menempatkan ruangan pejabat pemilik Kumpulan Lycan manakala tingkat bawahnya merupakan sebuah kompleks membeli-belah yang besar dan moden sementara bangunan lain merupakan kompleks pentadbiran untuk semua anak syarikat kumpulan tersebut terutama sekali anak syarikat yang melibatkan urusan pelaburan hartanah, perkapalan, pembuatan, perkhidmatan dan sebuah kompleks penyelidikan dan pembangunan yang mengkhususkan dalam bidang farmaseutikal.

Hari masih terlalu awal tatkala dia menjejakkan kaki ke ruang lobi menara utama kompleks bangunan tersebut. Lot-lot parking masih banyak yang kosong dan kelibat paling ramai dilihatnya ialah kelibat para pekerja pembersihan.Sambil mengepit fail lebih rapat ke dadanya, dia menekan butang lif.

Last Hunter :  DistopiaWhere stories live. Discover now