-51-

284 32 19
                                    

Terperanjat bukan kepalang!

Itulah yang dirasakan Ara sehingga membuatkan hampir benar dia tumbang ke belakang apabila beberapa susuk tubuh menjelma di sebelahnya dalam hitungan hanya beberapa detik.

Ken yang berkaca mata mengait lengan Eiiden dan juga Vixx manakala Ryu pula memegang bahu Rein dan Aiiden sementara Andra mencengkam bahu N dan Mark.

Jeneral Arke sempat berundur dua tiga langkah apabila muncul sekelip mata sembilan batang tubuh di hadapannya diiringi bunyi berdetus dan salah seorang daripada mereka pantas menjewer cuping telinga Ara sambil mengetap gigi.

Jika sang jeneral berundur kaget, Putera Reiid juga tidak kurang terperanjatnya dan sekilas dia melihat Ara begitu-kesan mengagumkan pada gadis tersebut hilang begitu sahaja dan kini dia tidak ubah seperti anak nakal yang dimarahi akibat tertangkap melakukan hal tidak senonoh.

Kedatangan para pemuda yang memiliki ketinggian hampir sama itu memicu rasa hairan yang bukan kecil di dalam hati Putera Reiid tetapi bukan masa yang sesuai untuknya bertanya.Namun yang pasti, daripada cara pemakaian juga dandanan mereka dan juga riak wajah Ara ketika menyebutkan satu nama itu sudah cukup membuktikan bahawa dia mengenali mereka.

" Ara..." Andra pantas menghampiri Ara yang masih menyeringai mengusap cuping telinganya " Ara tak apa-apa? "

Sejenak Ara membisu tidak menjawab pertanyaan Andra sebaliknya kembali memungut Pedang Armos kepunyaannya yang sempat tercampak kerana terlalu terkejut dengan kedatangan mereka dalam keadaan yang sangat tidak diduganya.

" Ada hal yang perlu saya bereskan. " Jawab Ara dan dia kembali membetul-betulkan bajunya " Andra pun sama!  Banyak hal yang perlu dijelaskan "

Eiiden menghela lagi nafasnya sambil memperingatkan kepada yang lain-lain agar kembali menumpukan perhatian kerana nyata sekali mereka tiba pada masa yang sangat tidak sesuai.

Tentu sahaja dia tidak mengharapkan agar kedatangan mereka disambut secara besar-besaran dan diarak dengan bunyi-bunyian namun menjelma di tengah-tengah medan pertempuran antara dua kelompok yang siap memakai baju besi, membawa lembing dan pedang ataupun kuda perang begitu juga bukan satu pilihan yang bagus kerana jelas sekali Ara sedang terlibat dengan sesuatu.

Sama ada mahu atau tidak, mereka berlapan sudah terlibat dalam hal
tersebut kerana hal yang melibatkan Ara adalah hal mereka juga!

Bunyi Shofar yang ditiup sahut-sahutan membuatkan mereka kembali berdiri saling bersebelahan di antara satu sama lain.

" Apa semua ni, Ara? "

" Kerana aku terhutang nyawa dengan mereka bertiga, sewajarnya aku juga harus membantu ketika mereka berada di dalam kesusahan seperti sekarang ini"

Mendengar jawapan Ara di dalam kepalanya begitu menyebabkan Eiiden menoleh ke sisi kanannya dan Ara yang pada ketika itu sedang memandangnya dengan sinar mata yang yakin.

" Tapi, perlukah sehingga melibatkan diri dalam hal begini? Kenapalah Ara tidak pernah belajar daripada kejadian sebelum-sebelum ini? "

Ara menoleh pula ke arah Mark dan pemuda itu sedang mengetatkan tampang wajahnya sebagai isyarat yang sangat jelas bahawa dia tidak bersetuju dengan tindakan Ara mencampuri urusan yang tidak sepatutnya seperti itu.

" Tawaran aku tidak berganjak " Tuan Medea yang memerhatikan kejadian beberapa detik itu berteriak mengeraskan suaranya " Serahkan dia dan seluruh istana kota akan
selamat! "

" Maka,jawapan beta juga tidak berubah. Lupakan saja!! "

Sambil menapak ke hadapan, Putera Reiid menyahut lantang tetapi dalam masa yang sama jawapannya mengundang kerut di kening Eiiden.

Last Hunter :  DistopiaWhere stories live. Discover now