BAB 11

244 22 0
                                    

Jam loceng ditutup selepas terjaga daripada lena. Dia duduk di atas katil sambil melihat jam pada tangan kanannya. Jam itu diletak kembali ke atas meja di sebelah kanan katil. Azan Subuh mula berkumandang. Lampu di atas meja di nyalakan.

"Fa. Bangun. Subuh." Panggil Jauhari sambil menarik bantal golek yang dipeluk oleh Faiz.

Faiz membuka matanya. Mata dipisat-pisat. "Lima minit lagi."

Jauhari menarik telinga kiri Faiz sebelum bangun dari katil. Dia terus menutup lampu meja dan berjalan ke arah dinding bilik. Lampu bilik dibuka. Kain tuala dicapai sebelum keluar dari bilik itu dengan hanya berseluar pendek. Tuala pula di atas bahu.

Faiz duduk atas katil dia menguap. Termenung seketika melihat ke hadapan. "Aku buat apa dekat sini semalam?"

Mindanya ligat mengorek kembali memorinya. Dilihatnya tapak tangan kiri yang kelihatan merah seperti kesan lipasan rotan buluh yang halus. Tangannya digenggam. Masih terasa sakit walaupun tidak terlalu sakit.

Dia telah dirotan dua kali sekuat hati sehingga rotan itu patah oleh Jauhari kerana misinya pada malam tadi telah meragut dua nyawa pihak polis. Hukuman kerana telah gagal lindungi semua orang di situ daripada pihak musuh. Namun, Faiz telah tumbang di situ kerana terlalu mengatuk sebab sudah beberapa hari dia tidak tidur. Memerhati balai polis yang mungkin menjadi sasaran itu.

Jauhari pula tidak sampai hati mengejutkan Faiz. Lalu dia angkat Faiz untuk tidur di atas katilnya. Walaupun dia tegas. Dia tetap seorang penyayang. Tambahan pula, Faiz setia di sisinya menjalankan tugas tanpa bantahan.

"Kena beli rotan baru. Nanti tak ada pula kalau nak guna."Katanya lalu bangun dari katil untuk keluar dari bilik itu.

Sementara itu, Jauhari sedang berendam dalam kolam air panas di dalam rumah itu. Bilik mandi dalam rumah ini sangat menarik kerana situasinya seperti di Jepun. Ada kolam air panas dan tempat mandi biasa. Ada juga bilik mandi peribadi yang ditutupi dengan kaca. Tandas pula terletak di luar bilik mandi. Begitu juga dengan bilik mandi untuk perempuan. Di dalam rumah ini juga ada orang perempuan selain Puan Aqila, iaitu lima orang pembantu rumah. Ada di antara mereka sudah berkahwin dalam kalangan ahli keluarga Shinigami. Mereka tinggal di rumah ini juga.

Kepala seseorang terapung-apung di atas permukaan air sambil menghembus buih-buih dari mulut. Matanya melihat ke arah belakang Jauhari yang memiliki tatu. Bukan tatu kekal. Hanya tatu lukisan inai yang berwarna-warni. Lukisan itu sama seperti lukisan tatu pada belakang badan Kawazaki.

Kawazaki masih memiliki tatu itu walaupun sudah tukar agama kerana dia takut sakit dengan menjalani operasi pembuangan tatu di belakangnya itu. Dia juga telah bertanya kepada beberapa orang yang pakar dalam hal agama. Ada yang menyatakan bahawa tidak perlu buang jika ada risiko.

"Cantiknya lukisan tu. Rumit la nak lukis. Aku suka la tengok. Tapi hari tu tak ada. Hari ni ada semula. Tatu tak kekal. Inai? Siapa lukis? Mustahil Tuan Zao lukis sendiri." Fikirnya yang masih sedemikian.

Jauhari pula membelakangi remaja lelaki berusia 13 tahun itu. Dia sedang memikirkan sesuatu sambil kedua-dua tangannya diletakkan di atas tebing kolam air panas untuk menampung dagunya.

"Rasanya aku tak boleh simpan lama-lama kes ni. Nanti makin ramai mangsa pelajar sekolah dia culik walaupun malam tadi dah bagi amaran. Aku rasa kena rancang tindakan segera. Tapi bukan di markas."

Jauhari tiba-tiba ketawa selepas merancang sesuatu untuk tindakan sepenuhnya. Remaja lelaki yang melihatnya pula terkejut. Dia ialah anak seorang pembantu rumah bersama-sama seorang saintis keluarga Shinigami, Carlos. Namanya ialah Azlan.

Pintu bilik mandi dibuka. Masing-masing melihat ke arah Faiz yang masuk ke dalam bilik mandi itu. Dia terus ke bahagian bilik mandi peribadi sebelum dia melompat masuk ke dalam kolam air panas ini. Waktu pagi memang mereka sering berendam di dalam kolam air panas untuk segarkan badan berbanding Azlan. Dia hanya meluangkan masa di sini jika bangun awal.

DETEKTIF YAKUZAWhere stories live. Discover now