BAB 36

176 22 9
                                    

Hilmi dah Adlan baru sahaja pulang dari daripada latihan bola sepak di padang awam. Mereka akan berlatih bersama-sama pasukan mereka pada petang Sabtu kerana waktu pagi ada kelas tambahan untuk pelajar tingkatan enam.

Kebiasaanya mereka akan singgah di sebuah kedai runcit sebelum pulang ke rumah untuk membeli makanan ringan. Rumah mereka tidak jauh dari kawasan padang awam.

"Kira." Kata seorang remaja lelaki yang memakai hud di atas kepalanya selepas meletakkan semua barang-barang yang dia mahu beli. Makanan, minuman, pen, pembaris, buku nota dan sebagainya.

Adlan dan Hilmi hanya melihat ke arah manusia itu di meja kaunter. Ketika ini mereka sedang membuat pembayaran. Hairan seketika melihat manusia berpakaian sedemikian ketika cuaca panas ini. Hujan pun hanya sebentar pada pagi tadi.

Pekerja kaunter pembayaran segera mengira barang-barang yang dibeli oleh remaja itu selepas Adlan membuat pembayaran tadi. Mereka berdua keluar dari situ untuk pulang ke rumah.

Disebabkan rumah mereka tidak terlalu jauh dari situ. Mereka hanya berjalan kaki sahaja. Di kawasan ini juga tidak banyak kenderaan yang lalu-lalang kecuali di simpang empat antara padang awam dengan kedai tersebut.

"Abang. Tengok tu. Tu bukan kawan abang ke? Apa hal kena kepung dengan pakcik-pakcik tu? Ada buat kes ke?" Kata Hilmi sambil melihat seorang rakan Adlan sudah terduduk akibat dibelasah beberapa minit yang lalu.

"Kau tunggu sini." Kata Adlan sebelum pergi menghampiri lima orang lelaki bertubuh sasa di kawasan lorong untuk ke kawasan  perumahannya.

"Apa korang nak daripada kawan aku?" Tanya Adlan dengan berani.

Mereka melihat ke arah Adlan. "Oh. Kawan kau. Bagus sangat. Kawan kau ni tak berguna. Aku harap kau berguna berbanding dia." Kata lelaki bermisai nipis dan tinggi itu.

"Apa maksud kau?"

"Dekat sekolah kau ada budak nama Jauhari Shin, kan? Kau tahu dia tinggal dekat mana?" Tanya seorang lelaki berwajah bengis.

"Macam mana korang tahu kami satu sekolah dengan dia?" Tanya Adlan.

"Mestilah kami tahu sebab kawan kau ni dah mengaku dia sekolah situ. Dan kenal Jauhari tu. Jadi, kau pun mesti kenal, kan?" Kata lelaki bermisai nipis tadi.

"Aku tak tahu rumah dia sebab dia bukan satu kelas dengan aku. Aku pun kenal dia dulu sebab kami selalu terlibat dalam pertandingan silat. Aku tak tahu lebih daripada tu." Kata Adlan.

"Ceh. Tak guna juga rupanya budak ni. Macam mana kita nak cari rumah dia ni?" Kata rakannya yang sedang merokok itu.

"Kenapa nak jumpa dia?"

"Budak-budak tak payah masuk campur. Ni hal antara hidup dan mati. Kalau kau nak mati. Boleh je."

Adlan tergamam.

Bunyi brek basikal telah memeranjatkan mereka. Masing-masing melihat ke arah manusia berhud itu.

"Apa hal buat sekatan jalan raya dekat jalan tikus yang sempit ni? Lain kali buat la dekat jalan gajah. Aku nak lalu." Kata remaja lelaki itu.

"Kalah nak lalu. Bayar dulu." Kata seorang lelaki yang sedang membelek-belek tin minuman pada tangan kanannya.

"Ala. Pakcik ni. Dah tua pun tak ada kerja ke? Nak minta duit budak sekolah menengah macam saya, buat apa?"

"Kau sekolah dekat mana?"

"SMK Sutera Nuri. Dah kenapa pula tanya? Nak masuk sekolah semula ke? Ambil SPM?"

"Kalau kau sekolah situ. Maksudnya kau kenal la Jauhari Shin?" Tanya seorang lelaki yang bersandar pada keretanya.

Remaja itu melihat ke arah mangsa yang tercedera pada bibir akibat ditumbuk itu. "Oh. Patut la belasah orang. Cari maklumat rupanya. Mereka tak ada kaitan dalam hal ni. Kalau kau nak maklumat pasal Jauhari Shin. Aku ada. Tapi dengan syarat. Kita tengok siapa mati dulu."

DETEKTIF YAKUZAWhere stories live. Discover now