BAB 94

160 12 0
                                    

Haisah mengekori kereta Umar pulang ke rumah. Dia tergamam melihat sebuah rumah rekaan Jepun berdiri di kawasan tanah lapang milik tanah persendirian. Di sini juga ada beberapa bangunan yang berkaitan keluarga Shinigami seperti markas milik SHIN Protection, bukan bangunan kerja.

"Kenapa ada rumah macam tu? Aku tak pernah tengok sebelum ni. Macam rumah yakuza je." Dia melihat dari cermin tingkap dan jauh sedikit dari rumah itu.

Ketika dia sedang leka melihat rumah itu. Seseorang telah masuk ke dalam kereta. Bunyi pintu kereta ditutup telah memeranjatkan wanita itu. Dia melihat ke belakang. Umar sedang mengacu sepucuk pistol tepat pada dahi wanita tersebut.

"Tak sangka kau ikut aku sampai sini." Kata Umar dengan gaya bahasa yang berbeza.

Dia sedar dirinya ekori tetapi dia membawa Haisah masuk ke dalam perangkapnya. Dia mahu selesaikan semuanya di sini.

"Awak... Kenapa awak ada pistol?" Tanya wanita itu yang mula ketakutan.

"Soalan bodoh apa ni? Sebab aku yakuza la aku ada pistol. Kau fikir aku siapa? Pencuci tandas?"

"Yakuza? Jadi, selama ni awak tipu saya?"

"Apa salahnya? Kau pun mata duitan. Aku hanya buat eksperimen je. Sejauh mana kau bersama aku dan bila waktu yang sesuai untuk aku jual kau dalam underground. Tapi kau jumpa orang lain pula. Sekarang. Kau datang cari aku lagi. Untungnya aku. Jumpa semula dengan kau." Sengaja dia takutkan Haisah terhadap ugutan tersebut.

Umar tersengih. "Tapi hari ni aku dah tukar rancangan. Daripada aku jual kau. Apa kata kalau aku bunuh kau? Ya. Mati dalam tangan aku lebih baik daripada adik-adik aku yang bunuh kau. Tak ada yang tahu kau ada di sini. Lagi pun, kau dah tengok muka ibu aku dan adik aku tadi. Kalau bukan aku bunuh kau. Mungkin musuh aku bunuh kau. Kau pilih mana satu?"

"Saya tak akan ganggu awak. Saya tak akan buka mulut pasal awak. Tolong jangan bunuh saya." Dia menangis sambil merayu.

"Dulu aku hidup susah. Cari duit nak makan pun susah. Tapi masa tu aku tak belajar sampai universiti lagi. Tempat aku, dunia orang-orang jahat. Aku bunuh orang. Aku rompak orang. Curi duit. Aku hacker yang paling dikehendaki tapi tak jumpa. Lepas aku masuk dalam keluarga ni. Mereka anggap aku macam adik-beradik. Aku sambung belajar dan kerja sampai aku berjaya macam sekarang. Aku tak perlu membunuh tanpa arahan. Kalau kau tahu aku macam ni masa dulu. Kau nak jadi kekasih aku ke?"

Haisah geleng kepala.

"Tu dah pasti. Tapi aku pula akan hantuk hidup kau. Sampai kau mati. Aku tahu alamat rumah kau. Segala maklumat peribadi kau. Aku boleh tukar semuanya. Aku pun boleh upah untuk orang menyamar jadi kau. Tapi kau pula, aku bunuh."

"Tolong la. Saya nak hidup lagi. Saya janji tak ganggu awak."

"Kalau macam tu. Ikut aku."

"Pergi mana?"

"Neraka." Jawab Umar lalu melepaskan tembakan pada dahi Haisah.

Wanita itu pengsan. Pintu kereta dibuka. Dia melihat ke arah Faiz yang berdiri di tepi kereta tersebut.

"Lamanya. Memang sengaja nak buat aku jadi ikan kering bawah matahari ni ke?" Kata Faiz yang pedas seperti biasa.

Pintu pemandu dibuka. Haisah diangkat oleh Umar. "Kenapa tak masuk tadi?"

"Malas kacau orang dating."

"Kepala hotak kau." Bidas Umar.

Faiz menutup menutup pintu kereta belakang sebelum dia masuk ke tempat duduk pemandu. Pintu ditutup lalu dia memandu ke arah pintu pagar bahagian garaj kereta. Faiz sudah boleh memandu tetapi dia belum membuat lesen memandu. Disebabkan itu, Faiz dilarang memandu kenderaan di atas jalan raya kecuali basikal. Bak kata Jauhari, ikut undang-undang negara kalau nak selamat.

DETEKTIF YAKUZAWhere stories live. Discover now