BAB 60

151 15 0
                                    

Helios melaksanakan tugasnya dengan baik kerana dia tidak mahu mengecewakan tuannya. Hal ini memerlukan dia keluar rumah ketika menjalankan tugas. Terutama apabila Jauhari keluar bersama-sama Inspektor Fartini. Dia ditugaskan untuk menjaga keselamatan Inspektor Fartini dalam diam.

Sejak Jauhari dan Inspektor Fartini bergelar kekasih. Jauhari sering sekali mengajak Helios keluar menemaninya bertemu dengan Inspektor Fartini. Melepak di kedai makan berhampiran balai polis sudah menjadi perkara biasa bagi Jauhari jika dia tiada kelas tambahan pada waktu petang.

"Tuan Zao betul-betul cintakan dia ke?" Soal Helios sambil memerhati kedai makan tersebut dari jauh. Dia tidak masuk ke dalam kedai makan itu kerana sibuk dengan komputer riba miliknya.

Walaupun dia sedang bertugas ketika ini. Tugasan untuk subjek di universiti juga sangat penting untuk disiapkan. Hal ini membuatkan Jauhari mengarahkan dia untuk siapkan kerja sendiri terlebih dahulu sebelum melaksanakan tugas yang diberi olehnya. Pendidikan lebih penting pada pandangan Jauhari.

"Hati manusia. Kita bukan tahu pun." Kata VALE 012 yang berdiri di hadapan tetingkap  Microsoft Word.

Dia sedang membaca setiap ayat yang ditulis oleh Helios untuk menyemak kesalahan perkataan dan ayat. Itu sudah menjadi tugasnya sebagai A.I dalam komputer riba milik Helios selain daripada membantu Helios mengodam sistem.

"Ni typo. Ayat ni tak faham la nak sampaikan apa. Ringkaskan. Bagi senang faham. Ni pun tak ada kaitan dengan isi." Tegur VALE 012 sambil menggariskan ayat-ayat tersebut menggunakan warna merah.

Helios melihat ke arah komputer ribanya. "Ayat apa yang sesuai? Cuba abang buat ayat. Aku dah buntu."

VALE 012 tunjuk wajah tidak berpuas hati kepada Helios. "Siapa yang belajar sebenarnya ni? Aku ke kau?"

Helios tersengih. "Ah. Perangai sama je macam abang aku yang betul." Rungut hatinya.

*

Jauhari dan dua orang anggota polis yang sudah menjadi rakannya itu sedang berbual-bual tentang beberapa kes pembunuhan misteri. Gadis yang dibunuh di rumah sendiri itu merupakan salah satu daripada kes pembunuhan misteri itu. Kes ini jelas tiada kaitan dengan Nightmare.

Pihak polis telah menyelongkar rumah mangsa-mangsa kejadian. Tiada sebarang senjata dijumpai, sama ada milik mangsa atau milik pembunuh. Pihak forensik juga telah menjalankan proses bedah siasat. Tiada sebarang racun dijumpai dalam tubuh semua mangsa.

Mangsa berusia dalam lingkungan 17 tahun sehingga 30 tahun. Semuanya perempuan. Masa pembunuhan berlaku ketika mangsa sendirian di dalam rumah. Tiada kesan cekek dan tiada kesan pergelutan. Hal ini membuatkan pihak polis buntu kerana tiada petunjuk.

Jauhari melihat ke arah Inspektor Nizam dan Khalid di hadapannya. Hari ini dia tidak bertemu dengan kekasihnya kerana Inspektor Fartini sibuk menjalankan tugas. "Ada maklumat contact?"

"Kami dah periksa. Tak ada sebarang mesej ancaman dalam telefon mangsa. Tak ada yang mencurigakan. Semua mangsa single. Pihak keluarga mangsa tak pernah tahu jika mangsa ada kekasih." Jelas Khalid.

"Macam mana kalau semua mesej dipadam lepas chat?" Teka Jauhari dengan lagak berfikir.

"Itu mungkin berlaku. Tapi dalam telefon mereka tak ada nombor telefon atau nama yang sama untuk kita jejak." Kata Inspektor Nizam.

"Fake." Kata Jauhari sambil senyum.

"Fake?" Khalid rasa hairan dengan perkataan tersebut.

Inspektor Nizam tersentak. Dia seperti memahami maksud Jauhari. Pantas dia melihat ke arah Jauhari dengan pandangan serius. "Macam kes Maxsium Bill? Fake."

DETEKTIF YAKUZAWhere stories live. Discover now