BAB 91

140 16 0
                                    

Izaya memerhati Jauhari yang memakai topeng separuh wajah yang berwarna hitam dengan corak naga berwarna emas. Pakaiannya juga sangat bergaya kerana itu ialah baju rasmi ketua SHIN Protection. Hari ini dia ada majlis rasmi kerjasama antara SHIN Protection dan EVOS yang dilaksanakan oleh Juni di sebuah dewan hotel milik suami Juni.

"Cantiknya pakaian. Macam nak menyanyi atas pentas. Nak ke mana?" Kata Ryoma kepada Jauhari sambil mencapai sudu di atas pinggannya.

Mereka sedang sarapan di meja makan bersama-sama. Semua ahli Natsu Band berada di situ bersama-sama Jauhari, Faiz dan Umar. Hari Sabtu memang jarang orang sarapan pagi awal macam mereka kerana masing-masing cuti kerja.

Jauhari meneguk teh suam sebelum menjawab soalan tersebut dalam bahasa Jepun. "Saya ada majlis rasmi untuk syarikat saya dengan syarikat kawan ibu."

"Syarikat apa tu?" Tanya Kaizu pula.

"SHIN Protection. Syarikat perkhidmatan keselamatan. Kami akan kerjasama dengan pasukan khas dan melibatkan pihak polis selain daripada penyiasat persendirian. Rasanya untuk misi akan datang. Dah bertambah 20 orang ahli pasukan tu." Jelasnya kepada mereka.

"Wow. Hebatnya. Kamu mesti CEO syarikat tu, kan?" Ryoma meneka.

"Tak. Dia ni, CEO. Abang saya pemilik syarikat tu." Kata Faiz yang merujuk kepada Umar.

Umar sedang menaip sesuatu pada telefon pintar sambil makan karipap pada tangan kanannya. Dia sentiasa sibuk dengan telefon pintar ketika waktu sarapan. Sibuk baca laporan berita terkini daripada artikal SHIN News yang hanya boleh dibaca oleh ahli keluarga Shinigami dan para pekerja dalam syarikat milik Jauhari.

"Serius la? Muda lagi dah berjaya. Sonosuke tak pernah beritahu pun dia ada adik hebat macam ni." Kata Ryoma yang teruja itu.

Izaya di sebelah kanannya pula hanya mendiamkan diri ketika menjamu selera. Tidak seperti Ryoma yang suka bercakap tidak tentu masa. Walaupun begitu, suaranya tetap sedap ketika menyanyi bersama-sama dengan Kaizu di atas pentas.

"Aku yang tak tahu sebenarnya." Kata Sonosuke yang sedar tentang kelemahan diri sendiri. Dia tidak tahu perkembangan semasa tentang Jauhari dan Ame Sakura sejak keluar dari rumah yakuza itu.

"Selamat pagi." Sapa Ardin yang baru muncul di situ. Dia mengambil tempat duduk di sebelah kiri Umar.

"Hai. Selamat pagi." Kata Ryoma dengan ceria kepada Ardin.

"My name is Ardin." Ardin memperkenalkan dirinya kepada mereka kerana dia baru sahaja bertemu dengan mereka pada pagi ini.

"Nice to meet you. I'm, Ryoma. This is Izaya, Sonosuke, Kaizu and Akatsuki. We're from Natsu Band. Want to come to our concert today?" Katanya dengan ramah.

"Sorry. I have event today."

"Event?" Tanya Ryoma.

"He will go with me." Beritahu Jauhari kepada Ryoma.

"Okay." Katanya dengan bersemangat.

Jauhari melihat ke arah Izaya yang mendiamkan diri sejak tadi. Mungkin dia masih bergaduh dengan Sonosuke atau sebaliknya. "Izaya-san. Saya boleh beri kontrak khidmat SHIN Protection malam ni kalau setuju dengan tawaran saya malam tadi. Malam tadi saya dah hantar seorang ninja dan lima orang ahli SHIN Protection untuk jaga keselamatan keluarga Izaya-san."

Izaya melihat ke arah Jauhari. "Macam mana kamu tahu alamat rumah saya?"

"Cari alamat seseorang tak susah kalau ada caranya. Tapi jangan risau. Saya akan jaga dengan baik maklumat peribadi Izaya-san. Di rumah Sono-chan pun saya dah hantar dua orang ninja untuk buat pemerhatian. Mungkin orang tu datang lagi. Untuk hari ni pula. Fa dengan pasukan dia akan ikut untuk buat pemantauan dan jaga keselamatan. Pasukan Jessica dah ada di tempat konsert untuk buat persiapan. Kita tak tahu kalau musuh  ikut ke negara ni atau tak. Tapi persediaan tu penting untuk hadapi masa depan." Kata Jauhari dengan tenang.

DETEKTIF YAKUZAWhere stories live. Discover now