BAB 32

175 20 5
                                    

Perjalanan pulang ke Malaysia ditangguhkan lagi kerana dikatakan kabus tebal sedang melanda di beberapa kawasan. Cikgu Alim juga sudah menelefon Jauhari untuk mendapatkan kepastian. Jauhari juga meminta bantuan rakan-rakan baiknya untuk menghantar gambar nota untuk dia belajar sendiri di sini.

"Arghhhh! Study. Aku tak pernah study macam ni. Susahnya study macam ni. Aku nak pergi kelas. Cikgu~ Tolong la buat kelas online. Aku seorang je dekat sini. Mungkin aku tak patut balik sini." Jauhari mengeluh. Dia sudah berguling-guling di atas katil sendirian.

Sementara itu, Faiz sedang bermain-main dengan kucing jantan berwarna putih milik keluarga ini. Di dalam rumah ini hanya ada tiga ekor kucing berwarna putih yang memiliki bulu gebu. Seekor jantan, seekor betina dan seekor anak kucing betina.

Faiz suka gomol-gomol kucing jantan itu kerana kelihatan gemuk dan sedap untuk dipeluk. Dia tidak akan lepas kucing itu selagi dia tidak puas. Biasanya dia jadikan bantal alas kepala ketika baring di ruang tamu. Si kucing terpaksa pasrah. Kerana itu juga si kucing akan melarikan diri apabila terlihat Faiz.

Berbeza pula ketika dia melayani kucing betina. Dia sangat baik dan membelainya dengan penuh kasih sayang. Bak katanya "Ibu yang lepas bersalin tak boleh ganas-ganas." Walaupun kucing itu sudah tiga bulan melahirkan anaknya. Hanya seekor yang mampu hidup.

"Sushi. Nak lari mana tu?" Jerit Faiz kepada kucing jantan tersebut.

Hanya dia yang memanggil kucing itu dengan nama Sushi. Nama kucing itu sebenarnya ialah Cobby. Nama yang diberi oleh Jauhari ketika keluarganya membela sepasang kucing tersebut. Cobby dan Cendy. Anaknya bernama, Cetty.

Cobby berlari ke arah pohon sakura lalu memanjat pokok tersebut. Dia melompat terus ke kawasan rumah Estes. Faiz mengekori Cobby. Dia berhenti seketika di atas pokok itu. "Alamak. Nak masuk ke tak masuk?"

Matanya melihat ke arah beberapa orang ahli Glory sedang berbual-bual ditaman itu. Cobby pula menyorok dicelah-celah pokok bunga renek.

"Disebabkan Ame Sakura dah buat perjanjian malam tadi dengan Glory. Jadi, boleh masuk la, kan? Kena bagi salam dulu. Assalamualaikum?" Katanya perlahan.

Dia terus terjun ke kawasan rumah Estes dan berlari ke arah tempat persembunyian Cobby. Faiz berjaya menarik ekor Cobby. Cobby mencakar tangannya sehingga terlepas ekor tersebut lalu melarikan diri.

Faiz menjerit kerana geram. "Sushi! Tak guna kau. Aku dapat kau. Aku bunuh kau."

Ketika ini lima orang ahli Glory melihat ke arah Faiz. Masing-masing mengeluarkan pistol. Faiz mengabaikan mereka. Dia cuba mengejar Cobby.

"Ada penceroboh." Lapor salah seorang daripada mereka melalui alat penghubung.

Faiz berlari ke arah pintu rumah yang luas dibuka apabila dia melihat Cobby masuk ke dalam rumah itu. Tetapi dirinya ditahan oleh lima orang ahli Glory sebelum dia sempat masuk ke dalam rumah.

"Kau siapa? Siapa hantar kau ke sini?" Tanya lelaki tadi.

"Saya, Fa. Jiran sebelah. Saya tengah kejar kucing saya. Boleh saya masuk?" Jujurnya.

"Jangan fikir kami boleh tertipu dengan helah kau. Jiran sebelah tak pernah masuk kawasan ni. Kau datang sini sebab nak culik Cik Chihaya, kan?"

"Eh? Buat apa nak culik Chihaya? Dia kawan saya. Daripada saya culik Chihaya. Lebih baik saya culik abang saya." Katanya acuh tak acuh.

"Keluar dari sini sebelum kami tembak kau." Kata seorang lagi lelaki.

"Tapi kucing saya ada dekat dalam. Nanti abang saya marah sebab kucing dia hilang." Kata Faiz.

DETEKTIF YAKUZAWhere stories live. Discover now