BAB 35

172 20 0
                                    

Membunuh bukan sesuatu yang mudah bagi Jauhari. Begitu juga dengan bergaduh. Dia sangat malas membuang tenaga walaupun dia kuat kerana dia tidak mahu menunjukkan kekuatannya kepada orang lain. Namun, kali ini dia tidak dapat mengelak. Dia dan pihak lawannya sama-sama tangkas kerana mereka berdua antara pelajar silat yang hebat di sekolah ini. Walaupun mereka hanya bertemu ketika tingkatan enam.

Kejadian ini berpunca daripada Hilmi yang mengadu kepada abangnya dari tingkatan enam atas. Dia memberitahu bahawa Jauhari sengaja sabotaj dia dan menuduhnya terhadap kes buli sebelum ini. Pelbagai hasutan diberitahu kepada abang sulungnya itu.

Jauhari diserang secara tiba-tiba ketika dia menapak turun anak tangga pada waktu pulang. Rakan-rakan sama tingkatan dengan mereka berdua terkejut melihat pergaduah itu. Tumbukan padu berjaya dielak. Jauhari terus terjun dari tangga dan melarikan diri. Tetapi pihak lawannya juga pantas.

"Adlan. Apa ni? Aku tak pernah cari pasal dengan kau pun." Kata Jauhari yang sudah berhenti melangkah.

Adlan berdiri di hadapannya. "Kau cari masalah dengan adik aku. Jadi, bermaksud kau cari masalah dengan aku. Aku baru tahu sikap kau macam ni rupanya selama aku tak ada dekat sekolah ni."

"Apa benda kau merepek ni?" Soal Jauhari yang tidak berpuas hati.

Mereka berdua dari kelas yang berbeza. Beberapa orang pelajar dan guru menjadi pemerhati di situ. Cikgu Alim cuba untuk leraikan pergaduhan tersebut tetapi Adlan memberi amaran. Dia tidak mahu libatkan orang lain dalam hal ni sebab dia dah lama simpan rasa marah terhadap Jauhari. Marah kerana kalah dalam pertandingan silat hanya disebabkan oleh dia tidak sihat ketika itu. Walhal silap sendiri.

"Wei, Adlan. Aku tak ada masa la nak kacau adik kau tu. Dia yang buat masalah disiplin. Aku jalankan tugas aku je. Adoi la. Macam budak-budak." Jauhari mula tinggi suara.

Sudah la dia mahu pulang awal sebab mengantuk sangat. Nak rehat kejap sebelum jalankan tugas dia sebagai ketua Shinigami. Adlan pula mengganggu jadual yang dia dah rancang tadi.

"Kita lawan."

"Agak-agak la dekat sekolah ni. Nak gaduh pun. Dekat luar la. Kau ni bodoh ke? STPM dah tak lama dah." Tegas Jauhari.

Sudahnya mereka berdiri di tengah panas. Lagi panas rasanya berhadapan dengan manusia tiada otak seperti Adlan itu.

"Adlan. Kalau kamu bergaduh dekat sini. Cikgu lapor kepada cikgu disiplin." Kata seorang guru wanita berkaum India itu. Dia mengajar subjek Pengajian Perniagaan di kelas Jauhari sebelum waktu pulang tadi.

"Bising la cikgu ni." Kata Adlan. Dia masih berada dalam dunia sendiri.

"Macam ni ke pelajar terbaik sekolah kau? Tak pernah hormat cikgu ke? Macam ni ke ahli terhebat silat sekolah? Suka tunjuk hebat depan orang." Kata Jauhari dengan tenang.

"Masa tu aku tak sihat. Jadi, tak adil." Katanya.

"Aku tak suka bergaduh. Tapi aku tak boleh la kalau ada orang depan aku yang tak hormat cikgu. Rasa tercabar. Tapi kalau aku gaduh nanti. Ibu bising pula. Aku balik dulu la." Kata Jauhari dan mahu melangkah pergi.

Hilmi dan rakan-rakannya melihat suasana di hadapan bangunan tingkatan enam dari koridor tingkat tiga. "Biar betul abang ni? Gaduh depan ni? Berani sangat ni."

Adlan menyerang Jauhari ketika Jauhari mengabaikannya. Jauhari menepis serangan tersebut dan melompat ke tapi. "Adoi. Aku serius tak ada masa layan kau. Kau buta ke? Cikgu-cikgu tengah tengok kita."

"Kalau ada orang tengok. Baru ada saksi. Siapa menang dan siapa kalah."

"Kau ni kena sampuk ke, Adlan?" Soal Jauhari acuh tak acuh.

DETEKTIF YAKUZAWhere stories live. Discover now