BAB 16

210 25 0
                                    

Tangan Puan Aqila disalam dan pipi kanannya dicium oleh anak tunggalnya. Dia sebenarnya berat hati untuk membenarkan Jauhari pergi ke luar negara sendirian tetapi hatinya rasa sedikit lega apabila Faiz, Fareez, Umar dan beberapa orang ahli pasukan Faiz menemani Jauhari dalam perjalanan ke sana.

Dia hanya diberitahu oleh Jauhari tujuan ke sana untuk menyiasat sesuatu kes tetapi tidak diberitahu bahawa diri anaknya itu sedang diburu oleh orang jahat. Jauhari tidak mahu ibunya risau. Namun, si ibu ada naluri sendiri. Dia faham anaknya itu. Jadi, dia tidak bertanya kerana dia yakin anaknya tahu cara terbaik untuk selesaikan masalah itu.

"Zao minta diri dulu. Ibu jaga diri, ya. Nanti Zao balik sebelum habis cuti sekolah." Katanya selepas bersalaman.

"Hati-hati. Kirim salam rindu dekat ayah." Kata si ibu dengan senyuman manisnya.

"Baik, ibu." Katanya.

Dia masuk ke dalam kereta yang dipandu oleh seorang ahli pasukan Umar. Di hadapan dan belakang kereta tersebut terdapat dua buah kereta yang lain. Kereta itu diduduki oleh ahli pasukan Faiz yang dipandu oleh ahli pasukan Umar. Umar tidak membawa ahli pasukannya ke sana kerana kebanyakan daripada mereka berasal dari Malaysia. Tidak pernah seorang pun dibawa ke sana kecuali pembantunya, Jessica. Di sana juga Umar sudah ada pasukan sendiri yang dikendalikan oleh orang kanannya. SHIN Protection juga ditubuhkan di Jepun sebagai hub Shinigami.

Kereta dipandu terus ke lapangan terbang KLIA. Masa yang diambil untuk perjalanan ke sana ialah lebih 30 minit kerana tidak dekat dengan rumahnya. Ditambah pula dengan kesesakan jalan raya.

*

"Fa. Aku nak pergi tandas kejap." Beritahu Jauhari kepada Faiz selepas selesai makan di sebuah kedai makan.

Ketika ini mereka semua masih sedang menjamu selera. Jauhari berdiri lalu terus ke arah tandas kedai tersebut. Kelihatan ada tiga orang sedang menunggu giliran. Dia tidak mahu membuang masa lalu dia keluar dari kedai itu untuk ke tandas awam di dalam kawasan lapangan terbang ini. Faiz dan yang lain tidak tahu kerana tidak melihatnya. Mereka sangka Jauhari pergi ke tandas di dalam kedai ini.

Jauhari segera memilih kubikel tandas setianya dia di tandas lelaki. Rasa lega kerana tiada orang beratur di sini. Di sini hanya ada dia dan sebuah pintu tandas yang ditutup. Mungkin ada orang di dalamnya.

Lebih daripada lima minit masa diambil untuk urusannya di tandas ini. Pintu dibuka dan dia keluar dari situ. Terus ke singki untuk mencuci tangannya. Di sebelahnya berdiri seseorang berhud serba hitam dengan jaket labuh sehingga ke lutut.

Jauhari terkejut ketika melihat manusia itu dari pantulan imej di cermin. Lelaki itu sedang melihat ke arahnya. Sebilah pedang dikeluarkan lalu dia menyerang Jauhari. Jauhari segera mengelak. Tidak sempat dia menutup paip air di singki.

"Dia wujud." Kata Jauhari dalam hati tatkala terkenang mimpinya semalam.

"Kau siapa?" Soal Jauhari kepada lelaki itu.

"Kau tak perlu tahu siapa aku sebab nyawa kau akan tamat di sini." Katanya lalu menyerang Jauhari.

"Dia ikut aku sejak awal ke? Macam mana aku boleh tak perasan ni? Tak akan la ninja pula? Ninja? Tak akan la Fa pun tak dapat kesan dia ni?" Jauhari terus mengelak libasan pedang itu.

Dia tidak mampu berlawan dengan tangan kosong apabila bertemu dengan si pengguna pedang. Sangat berisiko kerana libasannya sangat laju.

"Dari cara pergerakan. Dia ni bukan dari pasukan Fa. Jadi, dia orang luar. Aku tak boleh tengok muka dia. Dia pakai topeng. Dari bahagian mulut dia. Aku tak dapat bayangkan muka dia. Tak guna. Aku sepatutnya ajak Fa tadi."

DETEKTIF YAKUZAWhere stories live. Discover now