BAB 41

161 18 4
                                    

Alex rasa gementar apabila dirinya dipanggil oleh Jauhari pada malam kejadian. Dia diminta untuk bertemu dengan Jauhari di ruang tamu yang memaparkan sebilah pedang bilik Kawazaki. Di dalam ruang tamu itu hanya ada Jauhari, Faiz, Umar dan Alex. Hanya dia seorang sahaja wanita di situ. Wajah masing-masing pula kelihatan serius.

"Alex Bill." Kata Jauhari.

"Ya, saya."

"Beritahu kami semua tentang Max. Saya akan pertimbangkan situasi awak kalau awak beri kerjasama." Kata Jauhari. Dia cuba untuk berunding dengan Alex.

Alex angguk kepala. "Baiklah. Saya sedia beri kerjasama."

"Awak tak boleh berselindung. Beritahu dengan jujur semuanya. Itu lebih baik daripada awak diseksa oleh Fa untuk dapatkan maklumat." Kata Umar pula.

Alex rasa gerun. Dia minat ke arah Faiz yang mengunyah bertih jagung di sebelah kanan Jauhari.

"Baiklah." Katanya.

*

Jauhari mengunyah bertih jagung yang disuap oleh Faiz sambil merenung bulan purnama pada malam itu. Mereka berdua duduk bersila di atas lantai menghadap ke arah kolam ikan.

"Rasa tenang sikit lepas dapat maklumat pasal Max tu?" Soal Faiz kepada Jauhari.

"Ya. Stress sebab tak tahu siapa dia. Tu je."

"Dan dia tu bodoh juga sebab tegur depan-depan. Kantoi." Kata Faiz yang mengetahui hal sebenar.

"Memang bodoh."

"Apa rancangan? Dia mungkin cuba hasut keluarga kita nanti. Risau dia hantar spy je?"

"Umar dah cancel pengambilan ahli baru SHIN Protection untuk misi khas. Bahagian pengurusan juga hanya pengurus je boleh masuk. Pembantu tak dibenarkan buat masa sekarang ni. Segala data dari unit data hanya dua orang je jaga. Semuanya dari keluarga Shinigami. Buat masa sekarang ni. Kita tak boleh kawal semua orang. Kita hanya boleh kawal keluarga kita."

"Meliniar pun ada ninja macam hari tu. Saya kena buat persiapan juga. Risau tak sedar mereka muncul."

"Ya. Mereka bahaya. Kau pun tak dapat kesan dia." Kata Jauhari.

"Saya minta maaf."

"Kau tak salah." Jauhari merangkul leher adiknya.

"Walau apa pun terjadi. Saya tak akan benarkan abang dibunuh oleh mereka. Yang patut mati ialah Max."

Jauhari senyum. "Kau hebat, Fa. Aku masih tak mampu hilangkan rasa takut. Aku takut dosa kerana membunuh. Aku takut hilang waras dan terus membunuh."

Faiz senyum kelat. "Dosa membunuh? Saya tak rasa saya salah. Saya cuba lindungi Abang Zao. Saya bukan bunuh orang awam."

"Aku minta maaf. Kerana aku... Kau terpaksa membunuh. Aku rasa aku patut lepaskan kau hidup normal. Tapi aku takut orang lain pergunakan kau pula nanti."

Faiz memeluk Jauhari. "Saya tak akan ikut orang lain. Abang Zao tak salah. Kalau bukan sebab Abang Zao. Saya tak mampu balas dendam yang selama ni saya simpan dalam hati. Saya jadi kuat sebab ada Abang Zao."

Jauhari mengusap rambut Faiz. Dia senyum. "Jangan la menangis. Melekat hingus dekat baju nanti."

"Tak menangis. Habuk masuk mata je."

Mereka berdua ketawa.

Ketika ini, Aqila tersenyum melihat dua orang anaknya sedang ketawa. Dia diam-diam mengintai mereka berdua di situ. "Syukurlah. Zao dah kembali."

*

Libasan pedang yang pantas itu disambut dengan cekap oleh Faiz walaupun dia sendiri terkejut. Mereka berdua sedang berlatih teknik ninja terbaru di dalam bilik latihan. Malas pergi ke dojo waktu malam. Berlatih di dalam rumah sahaja selepas selesai makan bertih jagung tadi. Masing-masing juga menggunakan pedang kayu.

DETEKTIF YAKUZAWhere stories live. Discover now