BAB 42

164 19 8
                                    

SEPULUH TAHUN LALU.

Kanak-kanak berusia 10 tahun telah dibawa ke sebuah tempat penjualan manusia untuk memilih sesiapa sahaja yang mahu dibeli olehnya. Dia dibawa ke sini oleh seorang lelaki bergelar gengster yang kaya di Malaysia. Manusia tersebut membawanya ke sini untuk menebus ganjaran kerana dia telah menyelamatkan nyawa lelaki tersebut ketika diserang oleh pihak musuh. Kanak-kanak itu juga tidak tahu bahawa manusia yang dia berbual-bual ketika di kedai runcit sebelum ini dan diselamatkan itu ialah seorang ketua gengster.

"Selamat datang, Tuan King. Mahu pilih yang mana hari ini?" Tanya si penjual manusia di hadapan sangkar berisi para manusia bernasib malang itu.

Mata kanak-kanak itu memerhati dengan penuh perasaan amarah tetapi dia mampu menyembunyikan kemarahannya itu.

"Hari ni bukan aku yang memilih. Adi yang pilih." Bahu kanan kanak-kanak di sisinya itu ditepuk.

Kanak-kanak itu cuba untuk senyum. "Saya boleh pilih berapa?"

"Satu." Jawab King.

"Satu? Kena pilih betul-betul ni. Tapi saya tak boleh bawa balik ke rumah. Nanti ibu mesti marah sebab bawa balik orang tak dikenali. Macam mana?"

"Tak apa. Biar pakcik uruskan hal tempat tinggal. Dah besar nanti. Adi kerja la dengan pakcik. Adi hebat."

Adi berlakon menjadi teruja. "Wah. Kerja apa?"

"Bodyguard."

"Macam seronok." Katanya.

"Baiklah. Pilih betul-betul." Kata lelaki itu.

Adi melihat semua kandang berisi manusia itu. Dia tidak mampu selamatkan semuanya. Dia perlu selamatkan seorang dan rancang strategi lain.

Pandangannya tertacap ke arah sebuah sangkar kecil berisi dua orang kanak-kanak dalam usia dua tahun lagi tua daripada dirinya. Mereka memiliki wajah yang sama. Kedua-duanya lelaki.

"Tauke. Yang dua tu boleh diskaun tak?" Adi petah berbicara.

King ketawa. Rasa terhibur seketika melihat Adi. "Dia nak dua juga."

"Diskaun?"

"Ya. Saya beli satu. Dapat dua. Tengok. Muka sama. Jadi, saya beli satu muka. Dapat dua orang."

Kali ini King tidak mampu tahan ketawa. Sudahnya, dia ketawa terbahak-bahak mendengar kata-kata Adi itu. Adi, nama samaran. Dia tidak mengetahuinya.

"Satu muka, dua orang? Hmmm... Baiklah. Disebabkan kamu dibawa boleh Tuan King. Saya beri harga untuk satu orang." Kata si penjual dengan mesra.

"Terima kasih. Tauke ni baik la. Dah besar nanti saya datang sini lagi. Bagi diskaun lagi, ya." Adi tersengih.

Mereka berdua ketawa. Adi hanya tersenyum. Tiada sesiapa tahu maksud kata-katanya itu.

*

Dua orang kanak-kanak berusia 12 rasa teruja apabila mereka dapat keluar dari tempat penjualan manusia itu walaupun mereka tidak tahu nasib sebenar mereka berdua. Mereka tinggal di rumah mewah milik King. Pakaian dan makanan disediakan untuk mereka berdua. Mereka tidak diberikan layanan istimewa. Mereka akan bekerja sebagai hamba di dalam rumah tersebut tanpa pengetahuan Adi. Itu yang dirancang orang King. Namun, rancangan tersebut gagal.

Adi membuat tawaran. Dia mahu berlawan dengan orang-orang bawahan King. Jika dia menang, King perlu berikan sebuah rumah kepada kembar tersebut. Lokasi rumah ditetapkan oleh Adi. King juga tidak menyangka bahawa kanak-kanak berusia 10 tahun itu memiliki pemikiran di luar kotak. Kata-kata itu diucapkan selepas dia keluar dari kereta pada hari tersebut. Dia dihantar pulang ke rumah dengan alamat palsu.

DETEKTIF YAKUZAWhere stories live. Discover now